Terasa nak makan Apam Balik Crispy? Kalau teringin, mari cuba buat sendiri. Resipi perkongsian saudari Noor Ashikin Yusuf ni memang mudah. Sekejap je dah siap dan boleh makan. Sekali buat boleh dapat dapat banyak. Memang puas makan.
CARA MEMASAK: 1.Masukkan bahan satu persatu mengikut urutan. Setiap kali tambah bahan, setiap kali tu la perlu dikisar.Jangan letak semua sekaligus. Perlu kisar satu persatu. 2. Selepas dikisar, peram adunan selama 30 minit. Lebih pun tidak mengapa. 3. Panaskan kuali non-stick menggunakan api sederhana. 4. Sendukkan 1 senduk kecil adunan dan ratakan senipis-nipisnya. 5. Bila permukaan atas sudah mula berlubang ekcil, masukkan topping dengan secukupnya mengikut selera masing-masing.
6. Bila Apam Balik mula kelihatan coklat disekelilingnya, bolehlah dilipat dan diangkat. 7. Apam Balik Crispy sedia untuk dimakan.
Resipi ketam masak kam heong, kalau selalu kita dengar ayam masak kam heong, kali ini jom cuba pula dengan ketam. Hidangan popular di restoran Cina Muslim ini memang terkenal dengan rasa berempah, pedas, manis dan beraroma daun kari.
Kalau makan di luar harga boleh tahan mahal, jadi lebih jimat kalau masak sendiri di rumah.
Menu ini bukan saja menyelerakan, tapi kuahnya yang pekat penuh rasa memang padu dimakan bersama nasi putih panas. Lauk ini sesuai sangat kalau mahu sediakan hidangan yang istimewa meraikan famili.
Resipi Ketam Masak Kam Heong
Bahan-Bahan
4 ekor ketam – dibersihkan, gaul kunyit & garam, goreng sekejap
3 ulas bawang putih – ditumbuk/dititik
1 biji bawang besar – dihiris
½ paket serbuk kari ketam (jika ketam lebih boleh guna 1 paket kecil)
Udang kering – direndam air panas, tumbuk kasar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
Kicap secukupnya
1 sudu makan gula
Cili padi – ikut tahap pedas
Daun sup & daun bawang secukupnya
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak, goreng ketam yang sudah digaul kunyit dan garam sekejap. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih dan bawang besar dengan minyak gorengan tadi. Keluarkan sedikit minyak jika terlalu banyak.
3.Masukkan serbuk kari ketam, tambah sedikit air dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk kasar. Kacau rata.
5. Tambahkan sos cili, sos tiram, kicap dan gula. Gaul sebati.
6. Masukkan cili padi, diikuti ketam goreng tadi. Gaul rata hingga ketam bersalut kuah.
7. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Kacau sebentar, angkat dan hidangkan.
Tip
Lebih sedap kalau gunakan ketam bunga atau ketam nipah yang segar.
Jika suka rasa lebih berlemak, boleh tambah sedikit susu cair atau santan pekat semasa menumis.
Udang kering jangan dikisar terlalu halus, biarkan kasar supaya teksturnya lebih terasa.
Masakan Cina mempunyai gaya masakan yang tersendiri, ia sememangnya sedap dan mengekalkan kesegaran bahan yang digunakan dalam masakan. Dihidangkan pula panas-panas dari dapur. Kepada anda penggemar masakan Cina, berikut RASA bawakan Chef Patrick Ng, Head Chinese Chef, Restoran Cina Tung Yuen, Grand Bluewave Hotel Shah Alam yang berbesar hati untuk berkongsi lima menu istimewa masakan Cina yang sedap untuk anda cuba sendiri di rumah.
AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU
BAHAN-BAHAN
1/2 ekor ayam | bersihkan, potong kecil
Air secukupnya | untuk rebus
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:
200gm halia muda
75gm cuka putih
100gm gula
30gm madu
BAHAN UNTUK PERAP:
1 biji telur
50gm tepung jagung
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
CARA-MEMASAK
Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG
BAHAN-BAHAN:
600gm daging rusa
150gm daun bawang | hiris
50gm hirisan halia
30gm bawang putih | cincang
Minyak masak secukupnya
BAHAN PERAP:
1 biji telur | ambil bahagian putih sahaja
Sedikit serbuk ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit garam
BAHAN B
20gm serbuk ayam
10gm kicap
10gm sos tiram
5gm gula
10gm kicap pekat
CARA MEMASAK:
Hiris daging rusa, bersihkan. Kemudian satukan bersama putih telur, serbuk ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Perap seketika. Ketepikan.
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan halia hingga terbit harum. Masukkan bawang putih dan kacau sebati.
Masukkan hirisan daging rusa bersama bahan B. Gaul sebati selama seminit. Masukkan daun bawang.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA
BAHAN-BAHAN:
600gm udang | bersihkan
5gm daun kari
2 biji cili padi | cincang
2 biji kuning telur masin
150gm planta
10gm serbuk ayam
5gm gula
50gm susu cair
Minyak masak secukupnya
Air untuk mengukus secukupnya
CARA MEMASAK:
Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan.
Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yang dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata.
Masukkan udang harimau yang siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW
BAHAN-BAHAN
1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
Air secukupnya
BAHAN SOS TEOH CHEW:
100gm sayuran masin | hiris
1 biji tomato | belah enam
30gm cendawan hitam | cincang
2 biji cili padi | hiris
5gm halia | hiris
1 biji jeruk plum
500gm sup ayam
60gm serbuk ayam
20gm garam
10gm gula
2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
Sedia dinikmati.
HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
700gm Hong Kong Cyoh Sam
200gm isi ayam | kisar
50gm cendawan | hiris
50gm bawang putih | cincang
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh kicap pekat
1 sudu teh kicap manis
Sedikit serbuk ayam
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum.
Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak.
Milo chocolate mousse ni memang sedap dimakan sejuk-sejuk. Kali ini RASA kongsikan resipi hidangan pencuci mulut yang ummmph.
Rasanya tak terlalu manis. Lemak berkrim je sebab menggunakan susu penuh krim. Milo dan coklat gelap pula menambah cita rasa wow.
MILO CHOCOLATE MOUSSE
BAHAN-BAHAN
1 ¾ cawan susu penuh krim 1/3 cawan tepung jagung 60gm serbuk milo 1 sudu besar serbuk koko 2 sudu besar gula 50gm coklat masakan gelap
CARA MEMBUAT:
1. Dalam periuk, satukan semua bahan kecuali coklat masakan gelap. 2. Kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul. 3. Masukkan coklat masakan gelap dan kacau rata. 4. Letak atas dapur, hidupkan api dan masak menggunakan api sederhana.
5. Sentiasa kacau sehingga adunan menjadi sebati dan likat. Tutupkan api. 6. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dioles dengan sedikit minyak masak. 7. Sejukkan seketika dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam. 8. Untuk dihidang, keluarkan daripada acuan dan taburkan serbuk milo.
Ketahui khasiat air barli yang luar biasa untuk kesihatan dari bantu penyembuhan luka, turunkan berat badan, hingga sejukkan badan secara semula jadi. Rugi kalau tak minum air barli setiap hari!