BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm isi kupang
  • 600 ml santan pekat
  • 4 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan kerisik
  • 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 4 cm kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 2 helai daun salam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan Minyak Masak SAJI

CARA MEMASAK:

  1. Bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia, serai dan kunyit dikisar menjadi pes yang halus. Ketepikan.
  2. Panaskan Minyak Masak SAJI di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga cili masak.
  4. Masukkan daun salam, isi kupang dan santan. Masak hingga santan agak kering. Sentiasa kacau rendang semasa masak supaya tidak berkerak.
  5. Masukkan kerisik, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga agak kering.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI