BAHAN-BAHAN:

  • 300 gm daging rebus | hiris nipis
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu teh Sos Cili SAJI
  • 1  sudu teh Sos Tomato SAJI
  • 3 cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 1 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili kering, kacau hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya masukkan Sos Cili SAJI dan Sos Tomato SAJI diikuti dengan hirisan daging.
  4. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.
  5. Setelah cukup rasa, tutup api dan daging sedia dihidangkan.