Rendang Ayam Cili Hijau Memang Padu Rasa

Share

Hujung minggu ni ada sanak saudara nak berkunjung ke rumah. Bila dah keluarga nak berkumpul kita masaklah yang istimewa. Rendang ayam

cili hijau ni dimasak dengan menggunakan ayam pencen, memang padu rasanya.Dimasak dengan api perlahan selama empat jam baru lembut isinya.

Rendang Ayam Cili Hijau

 Bahan-bahan:

  • 5 ekor ayam pencen
  • 10 biji bawang besar
  • 2 labu bawang putih- beli online di sini
  • 15 batang serai
  • 100g lengkuas
  • 150g halia
  • 6 biji buah keras
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 200g kunyit hidup (Nak lebihkan pun boleh)-beli online di sini
  • 300g cili akar
  • 300g cili hijau-beli online di sini

Cara memasak:

1.Kisar semua bahan-bahan di atas,masukkan ke dalam kuali yang berisi ayam tadi.

2.Buka api perlahan masak hingga mereneh sambil kacau dalam sejam.

3.Kemudian masukkan santan pekat 1 1/2kg,kerisik 400g,1 biji Gula Melaka,Garam, ajinomoto dan gula secukup rasa.

4.Kalau tak keluar minyak masukkan minyak masak supaya rendang tu nampak berminyak sikit.Guna santan kotak memang tak keluar minyak, jadi tambah minyak kemudian.

5.Bila ayam dah lembut masukkan daun kunyit yang telah diracik halus.

6.Kacau dan tutup api.

7.Dah siap.

Kredit: Nazri Mat Zain

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN