Kali ini RASA ingin kongsikan resipi rendang ayam pedas. Rasanya memang pedas kerana menggunakan cili padi. Warnanya juga tidak merah gelap seperti rendang yang lazim dibuat.
Jom kita lihat resipinya.
RENDANG AYAM PEDAS
BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menumis
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
10 tangkai cili padi (ditumbuk kasar)
5 batang serai
2 inci kunyit hidup
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 cawan santan pekat
Sedikit kerisik
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit
Ads
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, serai dan kunyit hidup. Tumis sehingga agak garing.
3. Masukkan ayam. Biarkan sehingga air ayam keluar.
Ads
Masukkan ayam.Biarkan air ayam keluar.
4. Masukkan santan pekat. Kacau rata. Biarkan mereneh.
Masukkan santan.
5. Masukkan pula kerisik, garam dan gula. Gaul.
6. Apabila kuah semakin pekat, matikan api.
7. Hiris daun kunyit. Taburkan saja ke atas ayam.
Masakan Melayu menjadi perhatian dan tarikan utama. Tidak kira sama ada lauk pauk atau pun kuih muihnya. Setiap satu memiliki rasa yang sudah pasti memukau selera untuk dinikmati. Kali ini dikongsikan 6 resipi masakan tradisi yang membangkitkan rasa. Lebih istimewa apabila kesemua itu merupakan air tangan chef berbangsa India yang merupakan pakar masakan Melayu di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Chef Rathakrishnan. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
BAHAN PERAPAN DAGING:
BAHAN SANGAI DAN KISAR HALUS:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Lebih baik perapan daging disimpan dalam peti ais.
…..
Saiz hidangan: 6 orang.
Masa Memasak: 20 minit.
Cara Memasak: Goreng tanpa minyak dan tumis.
Jenis Masakan: Lauk pauk.
Keistimewaan: Enak dengan rasa pedas-pedas manis berkicap.
Anggaran kos RM12.
BAHAN-BAHAN:
Bahan B (KISAR):
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Jangan masak telur terlalu lama kerana ia akan menjadi keras.
…….
Saiz hidangan: 5 orang.
Masa Memasak: 20 minit.
Cara Memasak: Reneh.
Jenis Masakan: Lauk pauk (telur).
Keistimewaan: Rasa enak lemak pedas telur memecah selera makan
Anggaran kos RM10
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Anda boleh goreng ayam separuh masak dahulu, supaya rendang lebih cepat masak dan tidak hancur.
…..
Saiz hidangan: 6 orang.
Masa Memasak: 30 minit.
Cara Memasak: Tumis dan reneh.
Jenis Masakan: Lauk pauk (ayam).
Keistimewaan: Gabungan pedas dan lemak yang sedap.
Anggaran kos RM15
Bahan-bahan:
BAHAN SOS PERCIK:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Sotong Sumbat Pulut ini enak dihidangkana panas-panas.
……
Saiz hidangan: 5 orang.
Masa Memasak: 30 minit.
Cara Memasak: Kukus, bakar dan tumis.
Jenis Masakan: Lauk pauk
Keistimewaan: Rasa manis-manis lemak dan sotong yang segar.
Anggaran kos RM30
BAHAN-BAHAN:
BAHAN KISAR:
BAHAN HIRIS:
Cara memasak:
INFO CHEF: Elakkan dari memasak terlalu lama kerana akan hilang rasa manis ketam.
…….
Saiz hidangan: 5 orang.
Masa Memasak: 20 minit.
Cara Memasak: Tumis dan reneh.
Jenis Masakan: Lauk pauk (ketam).
Keistimewaan: Gabungan manis ketam dan nanas menjadikan gulai sungguh enak.
Anggaran kos RM30
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
INFO CHEF: Lebih sedap jika anda menggunakan petai segar .
…….
Saiz hidangan: 8 orang.
Masa Memasak: 30 minit.
Cara Memasak: Goreng dan tumis.
Jenis Masakan: Sambal (udang).
Keistimewaan: Enak, pedas dan terasa manis udangnya.
Anggaran kos RM20
TEKS: NURUL AZWA ABU BAKAR
FOTO: JAZLAN NANGAR
RESIPI: CHEF RATHAKRISHNAN A/L KARNAYA, MALAY BANQUET CHEF
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sedapnya Ayam Bistik perkongsian saudari Rozmaliza Omar ni. Jika anda dan keluarga sukakan menu yang bersos, nah…lauk sebegini tentunya sangat sesuai untuk anda. Bahan-bahannya mudah didapati malah rasanya juga enak sekali. Andai tiada ayam, boleh sahaja gantikan dengan telur ataupun daging. Sama sedapnya. Enak dimakan bersama nasi dan juga roti benggali. Jomlah cuba! Anda pasti puas hati.
1.Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kekuningan. Ketepikan.
2.Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat. Panaskan sedikit minyak dan tumis hingga naik bau. 3.Masukkan lada hitam tumbuk dan kesemua jenis sos. Kacau rata dan masukkan air, kiub ayam, gula dan garam dengan secukup rasa.
4.Masukkan isi ayam dan kentang goreng tadi. Biarkan kuah mendidih. 5.Masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau sesekali biar rata. 6.Masukkan hirisan cili merah, buah tomato dan kacang peas atau mix vege. Masak sampai kuah nampak sedikit pekat. 7.Hiaskan dengan hirisan daun sup hiris. Siap. Ayam Bistik juga sedap dimakan bersama roti benggali.
Ayam bakar atau panggang persis sajian restoran mahal ni nampak mudah dan senang disediakan. Bahan-bahannya pun ada dijual di pasaraya. Bagi anda yang nak cuba sajikan hidangan ini buat keluarga, resipi perkongsian Puan Salimah Olie ini adalah yang terbaik untuk dicuba. Nak makan dengan nasi boleh, nak hidang dengan pasta dan kentang putar pun sesuai.
Ketahui cara buat Popia Sira Sambal yang berkilat cantik, pedas manis dan kekal rangup sampai petang. Lengkap dengan resipi, teknik menyira dan tip daripada peniaga.