Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari Hazirah Zaihan yang boleh dicuba. Persis Popia Sira Sambal yang kita beli di pasar malam. Memang sedap. Popia yang rangup, sambal yang likat bersalut. Memang best lah. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
Dapatkan MUZY MICROFIBER TOWEL SET 2.0dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan codeRASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis udang geragau sebentar. Kemudian masukkan bawang putih. Tumis lagi hingga wangi. 2. Masukkan sengkuang dan lobak merah. Kacau rata. 3. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya. Goreng sekejap kemudian tutup api. 4. Angkat inti tadi dan masukkan ke dalam tapis untuk toskan air dan minyak. Ketepikan.
5. Untuk menyediakan sambal, tumis bawang putih hingga wangi. 6. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. 7. Masukkan sos cili dan serbuk perasa (jangan masukkan air). Kacau rata dan masukkan gula. 8. Tumis sambal sampai berbuih kemudian masukkan bijan. Kacau rata dan tutup api. Biarkan sambal sejuk. 9. Bila inti sudah sejuk, isikan pada kulit popia dan gulung seperti biasa. 10. Panaskan minyak guna api sederhana dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyak. 11. Bila popia sudah sejuk, gaulkan dengan sambal sira tadi. 12. Tabur bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan.
Kalau tak ada idea nak memasak, cubalah resipi butter chicken ini. Dikongsikan oleh Maisarah Humaira’ di laman facebook group RASA Share Resepi. Memang nampak sangat menyelerakan.
Bab memasak ni, yang paling utama adalah senang nak disediakan dan hidangan tu boleh buka selera. Butter chicken ni memang sedap dan senang. Ada rasa lemak, pedas dan masin yang jadi pelengkap pada setiap cita rasa.
BUTTER CHICKEN SIMPLE
BAHAN SALUT AYAM GORENG
Tepung Bestari pedas secukupnya
Sedikit tepung beras
Air secukupnya
Ayam secukupnya
CARA MEMBUAT AYAM GORENG
1. Masukkan Tepung Bestari dan tepung beras dalam bekas. Tuangkan air. Kacau sebati.
2. Masukkan ayam. Gaul sebati dengan tepung. Perap sejam.
3. Panaskan minyak masak. Gaul ayam dengan tepung, kemudian goreng ayam sampai masak.
BAHAN LAIN
4 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicencang)
4 biji cili padi (potong bulat)
2 tangkai daun kari
1/2 tin susu cair
1 keping keju cheddar
Garam secukup rasa
Ayam yang sudah digoreng
CARA MEMBUAT
1. Panaskan mentega. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili padi. Tumis lagi.
3. Masukkan daun kari.
4. Masukkan susu cair. Kacau rata.
5. Masukkan keju. Kacau lagi sampai keju cair. Biarkan mendidih. Masukkan garam.
6. Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi. Kacau lagi sampai kuah menjadi agak pekat.
7. Sedia dihidang.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Blogger Nina Mirza berkongsi resipi kuetiau goreng yang sangat ringkas namun mampu membuka selera. Dalam resipi ini, dia mencampurkan makanan laut seperti kerang dan udang.
Yang menambah sedap adalah udang kering serta campuran telur ayam yang menjadikan kuetiau ini bertambah mewah cita rasanya.
Menurut Nina, dia turut menjadikan sambal tumis sebagai pes dalam tumisan ramuan kuetiau goreng ini. Walau nampaknya seperti banyak bahan digunakan, namun cara masak yang ringkas menjadikan resipi kuetiau ini sangat berbaloi untuk dijadikan panduan.
Jom kita lihat resipinya.
KUETIAU GORENG SEAFOOD
BAHAN-BAHAN
Minyak masak
2 cawan udang (buang kulit)
4 ulas bawang putih
1/4 cawan udang kering
2 biji telur ayam
5 sudu besar sos tiram
7 sudu besar kicap lemak manis
2 keping fish cake (hiris nipis)
1 cawan air panas
1 peket kuetiau
1 1/2 cawan tauge
1 tangkai daun kucai (potong 2 inci)
1 cawan kerang (rebus, buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih bersama udang kering.
3. Masukkan telur ayam, pecah-pecahkan telur ayam menjadi ketulan kecil.
4. Masukkan sambal tumis, sos tiram dan kicap lemak manis. Kacau-kacau.
5. Masukkan fish cake, air panas dan kuetiau. Gaul rata.
6. Taburkan tauge, daun kucai, kerang dan udang tadi. Gaul seketika. Matikan api. Sedia dihidang.
Bila pergi kenduri kahwin pasti ada ayam masak merah. Kalau teringin nak menjamah macam lauk kenduri ini, resepi yang dikongsi oleh Puan Zurida ni adalah resipi arwah maknya. Nampak sedap, bolehlah kita cuba. Makan pula dengan nasi tomato memang padu.
AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
Bahan dikisar:
15 tangkai cili kering (kalau nak kuah banyak lebihkan)
Bawang merah
Bawang putih
3 batang serai
Halia
2 biji buah tomato
3 biji cili merah besar
Lengkuas(letak boleh,tak letak pun boleh)
Bahan-bahan tumisan:
1 batang serai
Daun pandan
4 sekawan
Santan/susu cair
sos cili
sos tomato
Cara memasak:
1. Ayam digoreng separuh masak.
2.Pakai minyak goreng ayam tadi juga, tumis bahan-bahan di atas.
3. Boleh letak gula,garam,ajinomoto (kalau suka)
4.Masak api perlahan,biar pecah minyak.
5.Kemudian masukkan santan,kalau tak suka boleh ganti susu cair.
Ayam goreng kari ini kalau diratah, makan panas-panas, memang tak cukup seketul. Boleh ketagih dibuatnya. Sedapnya berbeza dari ayam goreng biasa atau ayam goreng...