Nasi lemak, antara menu yang sudah menjadi kegemaran semua orang untuk sarapan atau juga makan malam.
Namun tak semua pandai memasak nasi lemak yang sedap dan tahan lama. Rupanya ada cara tertentu dalam membuat nasi lemak yang sedap dan tahan lama seperti yang dikongsi Emy’s Bootiqs ini.
1 biji bawang besar 4 ulas bawang putih – beli online di sini 3 biji bawang kecil – beli online di sini Secubit udang kering – beli online di sini (kisar semua bahan di atas) Cili kering /cili giling segera (saya guna jenama puteri) – beli online di sini Daun pandan untuk bau wangi (masukkan je masa tengah tumis sambal) Gula melaka | hiris – beli online di sini Asam keping/air asam jawa
1. Untuk nasi: basuh beras sebersihnya. Kemudian, masukkan santan, halba dan bawang besar. Letakkan juga daun pandan yang disimpul. Masak seperti biasa.
Ads
2. Untuk sambal: Tumiskan bahan kisar sampai naik bau. Kemudian, masukkan cili giling. Tumis sampai pecah minyak dengan menggunakan api kecil. 3. Masukkan air asam atau 1 asam keping dan garam secubit, gula melaka dan boleh tambah air sikit sampai berkilat. Kacau-kacau sehingga semuanya sebati.
*Beras basmathi cuci dan rendam dengan air garam 30 minit (kalau nak guna beras biasa pun same je sukatan air + santan) *Rasa sambal ni pedas-pedas manis. Saya kalau beli nasi lemak mesti rasa sambalnya dulu. Kadang-kadang ada sambalnya tak masak.
Sos tomato antara sos yang sentiasa ada di rumah. Banyak masakan menggunakan sos ini dan apa yang menarik ia juga boleh dihasilkan sendiri secara homemade. Rasanya lebih asli kerana tiada penggunaan bahan kimia.
Bagi yang teringin merasai sos tomato homemade atau lebih gemar menggunakan bahan tanpa pengawet boleh cuba buat sendiri menggunakan panduan perkongsian Dr Maryam Aziz.
Sos tomato homemade
Sos tomato adalah antara bahan yang banyak sangat food additives. Jadi, ini pilihan mudah untuk buat sos tomato sendiri di rumah.
Bahan-bahan:
2kg tomato segar
Minyak zaitun
Garam
Gula kabung
Basil
Cuka putih
Tepung jagung (kalau nak pekat)
Cara-caranya:
1. Beli tomato yang dah ranum, lembik sedikit pun ok.
2. Rebus dalam 5 minit sampai kulitnya mengelupas
3. Lalukan bawah air sejuk dan buang kulitnya.
5. Kisar tomato sehingga hancur. Kemudian masukkan gula kabung, separuh bulatan.
6. Letak dalam 2 sudu olive oil, sedikit basil.
7. Masukkan secubit garam dan tambah dalam 3-4 sudu besar cuka. Masak sambil kacau selama 30 minit sehingga jadi separuh dari isi padu asal. Kalau masih rasa cair boleh tambah sesudu tepung jagung. Rasa dan adjust supaya cukup masin manis.
8. Separuh yang sudah masak akan bekukan untuk dijadikan perencah masakan. Separuh lagi dalam bekas kecil untuk dihabiskan dalam tempoh 1-2 minggu (letak dalam fridge).
Udang kering antara rencah yang mampu menaikkan rasa serta menyedapkan lagi masakan. Ia bukan sahaja sesuai ditambah dalam penyediaan sos, malah boleh ditambah dalam hidangan nasi goreng, sambal dan sebagainya. Jika masak sayur, sesuai sangat kalau guna udang kering sebagai rencah. Rasanya sama sedap seperti ikan bilis. Hari ni RASA kongsikan beberapa resipi yang menggunakan udang kering sebagai rencahnya. Jom cuba!
1. KACANG PANJANG GORENG BERTELUR BERSAMA TAUHU
BAHAN-BAHAN:
1 ikat kacang panjang | dihiris
Sedikit ikan bilis halus/udang kering – ditumbuk sedikit
3 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih | dihiris nipis
1/2 biji bawang besar | dihiris nipis
1 keping tauhu | dipotong kecil dan digoreng seketika
1 biji cili merah | dihiris
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar yang dihiris sehingga terbit bau harum. 2. Masukkan cili kisar. Tumis lagi sehingga pecah minyak. 3. Kemudian masukkan sedikit air dan juga udang kering. Gaul rata. 4. Seterusnya masukkan kacang panjang, cili merah dan tauhu. Masak sehingga lembut. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. 5. Sedia untuk dihidangkan.
2. TERUNG BERCILI UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung panjang | dihiris
4 sudu makan cili kisar
1 sudu teh serbuk belacan
1/2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih
2 sudu makan sos cili
Sedikit udang kering | ditumbuk kasar
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan. 2. Kemudian masukkan cili kisar, serbuk belacan dan udang kering. Tumis hingga pecah minyak. 3. Seterusnya masukkan sos cili. Jika kelihatan terlalu kering, tambah sedikit air. 4. Masukkan terung dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul hingga terung masak. 5. Angkat dan hidangkan.
Info chef: Jika kurang menggemari tekstur terung yang lembik, goreng terung terlebih dahulu.
3. PAK CHOI BERSOS TIRAM BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN:
4 pokok sayur pak choi
5 sudu makan sos tiram
3 ulas bawang putih | dihiris
1cm halia | dicincang
1 sudu teh udang kering halus
Serbuk perasa dan gula secukupnya
Sedikit tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
Air secukupnya | untuk mencelur
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan celur sayur pak choi seketika. Toskan air dan susun di atas pinggan. 2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga kekuninggan. 3. Masukkan udang kering, sos tiram dan sedikit air. Tambah sedikit gula dan serbuk perasa dengan secukupnya. 4. Tambahkan bancuhan tepung jagung dan biarkan memekat seketika. 5. Siram sos diatas sayur. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Tabur bawang goreng diatas sayur untuk rasa yang lebih enak serta manis.
4. TUMIS AIR BAYAM MERAH BERSAMA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
3 ikat bayam merah | dibersihkan
1 sudu makan udang kering
1 biji lada merah | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak
Air secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah seerta bawang putih seketika. 2. Kemudian masukkan udang kering. Tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih. 4. Seterusnya masukkan bayam. Kacau seketika dan masak sehingga lembut. 5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.
Info Chef: Selain bayam merah, boleh juga menggunakan bayam hijau ataupun sawi.
5. LEEK GORENG BAWANG PUTIH BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 batang leek | dihiris serong
10 ekor udang segar | dibersihkan
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
1 sudu teh udang kering | tumbuk halus
1 biji cili merah | dihiris serong
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih, udang ekring serta cili merah hingga wangi. 2. Kemudian masukkan udang segar. Goreng lagi hingga isi udang separa masak. 3. Tambahkan kicap, sos tiram, gula, air dan sedikit garam jika perlu. 4. Akhir sekali, masukkan leek. Gaul seketika dan angkat. Sedia untuk dinikmati. Info Chef: Leek tidak perlu dimasak lama kerana ia akan menjadi terlalu lembik.
6. BUAH KUNDUR TUMIS AIR
BAHAN-BAHAN:
1 biji buah kundur | dibuang kulit dan dipotong kecil
2 ulas bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji cili merah | dihiris memanjang
Sedikit udang kering
2 kiub pati ikan bilis
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga wangi. 2. Kemudian masukkan udang kering. Goreng seketika dan masukkan air secukupnya. 3. Tambah buah kundur dan masak sehingga lembut dan empuk. 4. Seterusnya masukkan kiub pati ikan bilis dan hirisan cili merah. 5. Sedia untuk dihidangkan.
Ayam buttermilk ini antara lauk yang mudah dibuat dan anak-anak pun suka. Tapi nak dapatkan rasa yang lebih sedap sampai kuahnya licin dikaup boleh guna tip yang dikongsi oleh Ila Najwa.
Menggunakan sedikit jus, ujarnya hasil ayam buttermilk ini akan jadi cukup rasa dan confirm akan ada permintaan untuk buat lauk ini lagi.
Tip masak ayam buttermilk rasa lagi sedap
Bahan-bahan
-Ayam bahagian dada- dipotong kecil
-Tepung serba guna -apa jua jenama untuk salutan
-Mentega
-Bawang putih -dicincang
-Cili api -dicincang
-Daun kari
-Susu cair
-Sedikit jus lemon
Cara membuat:
1. Gaul ayam yang dipotong tadi dengan tepung serba guna. Boleh juga gaul sekali dengan kunyit.
2. Goreng ayam hingga masak dan tos.
3. Panaskan kuali, masukkan mentega secukupnya untuk menumis.
4. Bila mentega dah cair, masukkan bawang putih dan tumis hingga garing. Selepas itu baru masukkan cili api dan daun kari.
5. Bila semua bahan dah garing, masukkan ayam yang digoreng tadi. Ada yang buat kuah dulu baru masukkan ayam. Tapi cara saya masukkan ayam dulu.
6. Seterusnya masukkan susu cair. Kuantiti terpulang, jika nak kuah banyak lebihkan susu dan sebaliknya. Tapi kuah banyak baru sedap.
7. Biarkan kuah mendidih. Sebelum tutup api, masukkan sesudu kecil perahan jus lemon. Sikit saja ya. Inilah tip supaya ayam buttermilk makin sedap. Kuahnya ada rasa lemak, manis, masam dan pedas. Kemudian kacau dan boleh tutup api.
Resipi Ikan Goreng Sambal Berlado pedas menyengat yang wangi, pekat dan membuka selera. Belajar cara masak sambal berlado paling padu dengan langkah mudah untuk hasil yang garing, pedas dan memuaskan.