Kita digalakkan beli lauk basah sebulan sekali atau sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Jadi tak lah buang masa asyik restok lauk basah kerap kali. Oleh itu, cara penyimpanan lauk basah seperti ayam, ikan, udang atau sotong perlu dibuat dengan baik.
Penyimpanan yang baik dan betul boleh menjadikan lauk basah itu kekal segar dan tidaklah hanyir. Wanita yang menggunakan akaun facebook Dynie Khainudin memberikan idea untuk golongan mak-mak membuat penyimpanan stok lauk basah dengan betul.
Ads
Hanya dengan meletakkan hirisan lemon dan perahan limau sahaja. Itulah rahsianya. Apabila diletakkan hirisan lemon dan perahan limau, stok lauk basah akan jadi kekal segar dan bau pun kurang hanyir apabila dimasak.
Secara detail, Dynie Khainudin memberikan petua begini.
1. Hiris lemon dan letakkan dalam bekas.
2. Perahkan asam limau ke atas lauk basah.
3. Boleh guna gaul dengan sedikit garam. Kalau tak nak pun tak apa.
Ads
4. Simpan dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku (freezer)
Pernahkah anda mengalami keadaan kentang goreng yang anda masak menjadi lembik walaupun baru je lepas angkat dari dapur? Pasti rasa kecewa. Untuk menghasilkan kentang goreng yang tidak lembik, terdapat beberapa tips yang boleh anda ikuti.
1. Pertama, ketika membeli kentang, pilihlah ubi kentang dengan permukaannya yang baik dan licin.
2. Setelah dikupas dan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki, rendam hirisan ubi kentang di dalam air sejuk sekitar 30 minit atau lebih bila perlu. Air sejuk dapat membantu menjaga tekstur ubi kentang saat digoreng nanti.
3. Setelah direndam, angkat kentang dan toskan. Pastikan ubi kentang benar-benar kering atau tidak terlalu banyak air. Kemudian salut nipis dengan tepung jagung. Tepung ini mampu menyerap kelembapan kentang dan kentang akan lebih sedap. Goreng secara ‘deep fried’.
Jika biasa membeli daging kerbau beku di pasar raya, pasti biasa dengan jenama ini. Selain itu tentu ramai yang perasan pada bungkusan daging ini ada nombor-nombor kod tertentu.
Menerusi info yang dikongsi oleh penjual daging sendiri makna nombor kod tersebut adalah daging bahagian kerbau dan masakan yang sesuai dengan jenis daging tersebut.
Kod 11
Bahagian daging bawah perut dan kurang lemak serta urat.
Sesuai untuk masakan kari/gulai, rebus/singgang dan masak kicap.
Kod 31
Bahagian batang pinang dan paling lembut dan tiada lemak.
Sesuai dibuat sate, steak, goreng dan bakar.
Kod 41
Bahagian daging dalam paha belakang.
Jenis isi daging pejal dan halus, sesuai untuk masakan gulai.
Kod 42
Daging dalam bahagian paha belakang. Agak pejal dan sedikit liat.
Sesuai untuk masakan rendang, kari, rebus dan singgang.
Kod 44
Daging paha belakang, berotot dan liat sedikit.
Boleh digunakan untuk masakan dendeng, serunding dan kari.
Kod 45
Daging kerbau beku kod ini merupakan bahagian atas punggung. Sedikit pejal tetapi lembut.
Sesuai untuk masakan beriani, kurma, kari dan rendang.
Kod 46
Merupakan bahagian daging batang pinang dan mempunyai isi lembut dan berlemak.
Enak dibuat sate, bakar dan goreng.
Kod 61
Daging bahagian bawah dada. Sedikit pejal dan liat sedikit.
Sesuai untuk sup, daging salai, rebus dan singgang.
Kod 64
Daging bahagian bahu sehingga paha depan. Isinya sedikit tebal dan lembut.
Sesuai untuk sup, rendang, beriani dan kurma.
Kod 65
Kod ini bahagian daging bahu depan dan berserat kasar.
Sesuai dimasak sup, rendang, kari dan gulai.
Kod 66
Daging cincang dan campur. Isinya berlemak dan berurat.
Sedap dimasak dalca dan gulai kawah.
Kod 67
Daging bahagian leher sehingga rusuk. Isinya pejal dan lembut.
Petua halau lalat ni berbaloi dicuba. Mana tidaknya, lalat yang berterbangan terutamanya di kawasan dapur memang merimaskan. Pantang ada makanan terdedah, pasti dihinggapnya. Paling geram jika lalat siap bertelur lagi dekat makanan. Aduhai. Keadaan ini memang tidak bagus untuk kesihatan kerana dibimbangi akan menyebabkan sakit perut dan sebagainya. Nak guna racun penyembur serangga, sangatlah tidak sesuai kerana dibimbangi akan terkena pada makanan yang dihidang.
Nak atasi masalah ini? Ada beberapa petua orang-orang lama yang boleh dicuba.
PETUA HALAU LALAT DARI RUMAH
1. BUNGA CENGKIH: Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan ke dalam mangkuk atau bekas yang berisi air. Letak di atas meja makan makan. Biarkan mangkuk atau bekas itu terdedah begitu sahaja.
2. LILIN: Nyalakan sebatang dua lilin dan letakkan di atas meja. Hasilnya lalat tidak akan hinggap pada makanan ada kerana lalat tidak tahan dengan haba panas dari lilin tersebut.
3. KULIT KAYU MANIS: Serbuk kulit kayu manis juga dapat menghalau lalat. Caranya anda hanya perlu taburkan serbuk kulit kayu manis di atas meja makan atau di ruang kerja anda di dapur.
4. DAUN KARI: Satu lagi petua yang boleh anda cuba untuk menghalau lalat adalah dengan mengambil 5-6 tangkai daun kari dan biarkan terdedah di atas meja makan. Bau kuat daun tersebut akan menjauhkan lalat dari makanan anda.
5. CILI: Selain itu anda juga boleh meletakkan hirisan cili yang telah dibelah dua di atas meja sewaktu sedang menikmati hidangan.
6. BUNJUT REMPAH: Isikan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang ke dalam kain nipis yang bersih. Jadikannya seperti uncang. Uncang tersebut anda boleh gantungkan di ruang makan. Bau rempah yang keluar dari uncang tersebut akan membantu menghalau lalat.
Selamat mencuba.
Rumah banyak lalat? Jangan risau, seleksi SAJI & PENUTUP MAKANANpelbagai bentuk dan saiz ni boleh tutup makanan dengan selamat. Dapatkan je secara ONLINE.
Aneka resipi dari laman web RASA yang mudah, sedap & gerenti jadi.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.