Bagi peminat sajian Kari Ayam yang pekat, pasti tercari-cari resipi yang mudah dan enak untuk dicuba. Jangan risau kerana saudara Khabbab Jamalludin ada kongsikan resipi Kari Ayam kuah pekat yang boleh anda cuba. Pasti kena dengan selera semua. Enaknya…Selain dimakan bersama nasi, ia juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng bahkan Roti Jala juga sesuai. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI KARI AYAM KUAH PEKAT LIKAT YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam bersaiz besar (anggaran 2 kg) – dipotong kecil Minyak masak Ubi kentang – direbus Garam secukup rasa Gula melaka secukupnya – beli online disini
BAHAN TUMIS: 1 biji bawang besar – dihiris 1-2 tangkai daun kari 4 ulas bawang putih – dikisar 1 inci halia – dikisar 1 sudu makan cili kisar 4 batang serai – diketuk 2 biji tomato – dipotong kecil Air 250gm serbuk kari kari ayam/daging Baba’s – beli online disini 25gm serbuk kari masak merah Cap O – beli online disini
CARA MEMASAK: 1.Gaulkan ayam yang telah dipotong kecil dengan sedikit serbuk rempah kari.Gaul manja sahaja setakat untuk ada warna kekuningan sedikit.
Ads
2. Serbuk kari digabungkan 2 jenis rempah ini :Kari Ayam/Daging Baba’s : 250g (tolak sikit sebab guna untuk lumur ayam tadi) dan Serbuk Kari Masak Merah Cap O 25g. Ini rempah dia ada macam manis sikit.Serbuk kari digabungkan dan dicampurkan air sampai jadi pes.
3. Panaskan minyak masak.Tidak perlu banyak, sekadar separuh ketinggian potongan ayam sahaja.Goreng sekejap ayam yang diperap tadi sampai hilang warna pucat ayam mentah.
4. Jangan lama sangat nanti air ayam kering & rempah kari kurang meresap bila masukkan dalam kuah nanti. Angkat dan ketepikan. 5. Dengan guna minyak gorengan ayam, tumis bawang hingga kekuningan menggunakan api besar.
6. Masukkan cili kisar. Tumis lagi.
7. Masukkan campuran serbuk kari yang sudah dijadikan pes tadi. Perlahan sedikit api bila bunyi desiran pes kari mulai hilang dan mula berbuih buih. Biar hingga pecah minyak.
8. Lepas pecah minyak sikit, masukkan ayam yang digoreng sedikit tadi. Tambahkan juga air. Sukatannya tidak banyak. Cukup sekadar sampai tenggelam potongan ayam tadi. 9. Masukkan tomato, serai, dan ubi kentang dan biarkan masak dalam api sederhana besar. Aduk aduk bila perlu.
Ads
10. Bila kuah sudah sebati, tambahkan garam dan gula melaka mengikut citarasa masing masing. 11. Kari Ayam kaw sedia untuk diikmati bersama potong rori beggali atau nasi. Selamat mencuba.
Tip: Untuk memudahkan tumisan pecah minyak adalah perlu guna minyak yang banyak. Jangan risau, minyak yang terlebih boleh dikeluarkan sebelum makan nanti.
Masakan apapun kalau menggunakan serai memang sedap. Aromanya yang memenuhi dapur memang terbayang dah kesedapannya. Resipi ayam masak serai kali ini cukup membuat kita terliur melihat rupa hidangannya.
Jom kta tengok resipi perkongsian Khadijah Jaafar, pengasas Meester Muruku. Taklah rumit sangat membuatnya. Ayam tu kena digoreng dahulu tapi usah sampai garing sebab nanti nak masak lagi dalam sajian dibuat.
AYAM MASAK SERAI
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam – dipotong
6 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kunyit serbuk
4 batang serai
1 mangkuk kecil air asam jawa
Lada benggala – merah, hijau, kuning
Garam
Gula
Air asam jawa secukup rasa (semangkuk kecil atau suku cawan )
Bahan Kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
10 biji cili api
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Ketepikan
2. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi (usah lama sangat, biar setengah masak atau 3/4 masak.) 3. Ambil periuk atau kuali, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
4. Biar naik bau, kemudian masukkan cili kisar tunggu hingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan serai yang dititik, diikuti dengan air asam jawa.
6. Masukkan ayam goreng dan kacau rata, perasakan dengan garam dan gula
7. Taburkan dengan hirisan lada benggala. Sajian siap dihidang
Apabila semakin hampir tibanya bulan puasa dan raya ni, makin ternampak-nampak makanan yang jarang-jarang kita makan. Walaupun ada di sesetengah tempat, ketupat ini sentiasa ada dijual, namun perasaannya mesti lain jika dinikmati pada hari raya.
KETUPAT KACANG
BAHAN UTAMA
1 cawan kacang merah
CARA PENYEDIAAN KACANG MERAH
1. Rendam 1 jam atau lebih.
2. Rebus dengan 1/2 sudu kecil garam sehingga lembut dan toskan.
BAHAN BERAS PULUT
1 kg beras pulut
CARA PENYEDIAAN BERAS PULUT
1. Rendam 20 minit.
2. Cuci bersih dan toskan.
BAHAN LAIN
• 4 cawan santan pekat
• 1 sudu besar gula
• 2 sudu kecil garam
• 3 sudu besar minyak (jika guna santan kotak)
• 3 helai daun pandan
• Daun palas secukupnya
CARA MEMBUAT
1. Masukkan santan pekat, gula, garam dan minyak masak dalam periuk. Panaskan sambil dikacau selalu. Masukkan jugak daun pandan yang disimpul rapi.
2. Masuk beras pulut dan kacau sampai santan kering.
3. Masukkan kacang merah dan kacau lagi. Adunan ini memang mentah.
4. Tutup api. Sejukkan sekejap dan boleh dibalut dengan daun palas.
5. Rebus seketika dan angkat.
Pernah dengar Nasi Serai? Dengar nama je dah tahu bau aroma nasi ni confirm sedap! Apa jenis masakan kalau ada letak serai mesti aromanya memikat selera kita. Resipi Nasi Serai ni telah dikongsikan di Facebook oleh Roshima Ibrahim Shima. Cara penyediaan Nasi Serai ni sangat mudah. Paling best Nasi Serai ni sangat sesuai dimakan bersama lauk Daging Masak Palembang, Ayam Masak Merah, Kari, dan Rendang. Jom cuba resipi Nasi Serai ni!