Selain nasi, antara menu yang menjadi pilihan untuk dimakan pada waktu tengah hari adalah mi. Mi memang sedap dimakan panas-panas terutamanya yang berkuah. Kali ini, kami akan kongsikan resipi kuah mi hailam yang istimewa dan enak hasil perkongsian Hasniza Hassan. Istimewanya kuah ini kerana ia ditumis dengan lada hitam. Jom kita lihat resipi tersebut.
RESIPI MI HAILAM
BAHAN-BAHAN:
11 ulas bawang putih dikisar/ tumbuk
1 sudu besar biji lada hitam ditumbuk kasar
Daging yang dipotong kecil-kecil (kalau rebus dulu lagi senang dan cepat)
1 mangkuk stok air udang, kalau ada
15 ekor udang (terpulang nak banyak mana)
4 ekor sotong yang dihiris (terpulang juga)
1 biji tomato dibelah 2
1-2 biji cili merah dipotong
Kobis dihiris dan sawi dipotong
Kicap masin, kicap manis dan sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukup rasa
1 – 2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumis bawang putih dan lada hitam.
Ads
2. Tumis hingga kekuningan.
3. Masukkan daging dan tambah air. Boleh masukkan stok air rebusan kulit udang kalau ada. Biarkan mendidih. Pastikan daging empuk.
4. Masukkan kicap masin, kicap manis dan sos tiram.
5. Masukkan udang dan sotong. Jangan lama sangat, nanti ia kecut.
6. Masukkan cili merah dan tomato. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
7. Terus masukkan kobis.
Ads
8. Dah mendidih dan hendak diangkat, masukkan sawi. Tambahkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
9. Gaul rata.
10. Masukkan mi.
Ads
11. Gaul rata dan terus hidang.
Jika anda sedang mencari periuk nasi yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, boleh dapatkan DISINI.
Kalau ada yang nak menjaga kesihatan boleh buat sup tanpa tumis atau tanpa minyak tambahan.Buatnya sangat mudah, campak-campak saja bahannya. Kalau hidang untuk anak-anak pasti licin sepinggan.
Teringin nak makan ikan bawal masak masam manis tapi malas nak keluar untuk ke restoran? Haa boleh buat sendiri dengan menggunakan resepi yang disediakan ini. Yang pasti mudah & sedap! Selamat mencuba!
Resepi Bawal Masam Manis
Bahan A
2 ekor ikan bawal
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukupnya rasa
Minyak untuk menggoreng
Tumbuk / Kisar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Bahan Sos
3 sudu besar sos cili
5 sudu besar sis tomato
1 sudu besar sos tiram
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 biji tomato (belah 8)
1 chili merah / hijau (potong pendek)
1/4 cawan sayur campur (mix vegetables)
1 labu bawang holland / bawang besar (hiris bulat)
Cara Penyediaan 1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 2. Tinggalkan sedikit minyak bekas menggoreng ikan tadi. Tumis bahan yang ditumbuk atau kisar tadi. Tumis hingga wangi. 3. Masukkan sis cili, sis tomato, dan sis tiram. Gaul. 4. Masukkan sedikit air. Kacau lagi. 5. Masukkan gula dan garam secukupnya. Kacau. Rasa. 6. Masukkan tomato dan cili. 7. Masukkan mix vege. Kacau. 8. Masukkan bawang. Apabila bawang layu, tutup api. 9. Tuang bahan sos ke atas ikan. Tabur daun sup. Siap!
Masakan Filipina agak ringkas dan banyak dipengaruhi dengan masakan Sepanyol dan negara jirannya yang lain seperti Malaysia dan Indonesia. Maka tak hairanlah jika hidangan-hidangan ini memenuhi citarasa orang kita. Jom cuba. Seronok juga try menu baru di hujung minggu ni.
1. TERUNG DADAR FILIPINA (TORTANG TALONG)
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung
2 biji telur
1 biji tomato | buang biji dan dadu halus
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Terung dibelah dua tetapi tidak putus. Kemudian bakar hingga lembut.
Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan semua bahan hirisan, garam dan serbuk lada sulah.Kacau rata. Ketepikan.
Buang kulit terung, kemudian celupkan di dalam adunan telur.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, goreng terung yang telah dicelur dengan telur tadi.
Tuangkan lebihan telur di atas terus tadi.
Goreng hingga masak.
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Terung ini enak dihidangkan bersama sambal belacan atau sambal kicap.
2. BEEF KALDERETA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | potong kiub
1/2 batang lobak merah | potong dadu besar
1 biji kentang | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
1 biji bawang Holland | potong dadu besar’
3 ulas bawang putih | cincang
1 kiub pati ayam
1 sudu teh empingan cili kering
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
6 sudu makan minyak masa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan lebih kurang tiga sudu makan minyak masak, tumis seketika cili benggala. Angkat dan ketepikan.Diikuti dengan lobak merah dan tomato. Ketepikan
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang Holland dan bawang putihhingga wangi.
Masukkan daging. Kacau hingga daging berubah warna keperangan baru masukkan sos tomato dan air.
Masukkan pati ayam dan renehkan lebih kurang satu jam dengan api perlahan. Tambah air jika perlu.
Setelah daging empuk masukkan, kentang, lobak merah dan cili benggala yang telah dimasak tadi. Tutup periuk dan biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan empingan cili, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan menu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cara masak dan rasa masakan ini hampir sana dengan stew daging. Enak dihidangkan dengan roti.
3. KWEK KWEK
BAHAN-BAHAN:
15 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
Sedikit tepung ubi kayu | untuk salut telur
Minyak masak |untuk menggoreng
BAHAN BANCUHAN TEPUNG:
1 cawan tepung gandum
150ml air sejuk
Pewarna oren
Lada sulah dan garam secukup rasa
150ml air
BAHAN SOS:
2 sudu makan cuka
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan sos tomato
3 sudu teh kicap manis
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum bersama serbuk lada sulahdan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air secukupnya. Kacau lagi.
Titikan beberapa titik perwarana oren. Kacau rata.
Sementara itu panaskan kualidan gaulkan telur dalam bekas berisi tepung ubi kayu.
Kemudian celupkan dalam adunan tepung tadidan goreng di atas api sederhana hingga garing.
Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan, kacau rata.
Hidangkan sos bersama Kwek-Kwek.
INFO CHEF: Kwek-Kwek adalah makanan kudapan ringan di kalangan masyarakat Filipina. Ia juga sering dijadikan bekal untuk anak-ana sekolah di Filipina.