Hidangan untuk minum petang kita buat Puteri Ayu Cheese. 30minit siap dan boleh makan. Jika taka ada mixer pun boleh buat. Cheese putar dengan Blender saja.
BAHAN-BAHAN CHEESE 125g Tatura Cheese. 3 sudu besar gula pasir 2 sudu besar Susu Full Cream/Susu Cair 1 biji telur ayam 2 sudu besar tepung gandum
Kisar kesemua bahan di atas.
Bahan Bawah : 2 paket Tepung Kek Mesti Jadi(BLACK VELVET)
Ads
CARA MEMASAK : 1.Masukkan 1 sudu besar adunan Cheese ke dalam acuan Puteri Ayu yang telah digris dengan minyak(untuk elakkan Puteri Ayu Cheese melekat pada acuan. Senang nak keluarkan setelah masak) 2.Kukus 4 hingga 5minit. *Gandakan 2 untuk dapatkan Puteri Ayu Cheese 28-32 biji Cara bahan kat bawah untuk 1paket(boleh ganda 2 ye @ boleh guna 1paket Tepung Kek Mesti Jadi 250g.) TEPUNG KEK Mesti Jadi 3 BAHAN 125g
BAHAN- BAHAN: 1 biji telur ¼ cawan susu cair / Full cream ¼ cawan minyak masak
CARA – CARA : 1.Telur dipukul dan masukkan susu cair dan minya masak.Gaul sebati. 2.Masukkan tepung kek mesti jadi. Gaul sebati. 3.Tuang adunan ke dalam bekas acuan Puteri Ayu Cheese. 4.Kukus selama 15minit atau sehingga masak.
Tercuit hati melihatkan kemesraan penyanyi muda Ismail Izzani dengan Datuk Chef Wan. Chef Wan membahasakan dirinya sebagai atuk kepada Ismail, iyelah beza jurang tiga generasi tu ibarat pangkat cucu tu. Gurau senda dan gelak ketawa menyulami sembang mereka.
Dapur hari tu berkumandang nyanyian Ismail menceriakan Datuk Chef Wan pada hari itu. Anak kepada Datin Suliza Salam bukan sahaja mewarisi wajah ibunya tetapi juga kemerduan suaranya.
Dalam episod Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua, episod ke 16 Chef Wan seronok melayan ‘kerenah’ Ismail yang kelihatan mesra sekali dengan ‘atuknya’. Ismail memang pandai mengambil hati dan menghormati orang tua.
Ismail menunjukkan minat masak bila sempat bertanya apa rahsia memasak Chef Wan yang menjawab.”Memasak ni kena penuh minat dan kegembiraan dengan niat untuk menggembirakan hati orang lain yang menikmatinya”.
Bagi yang tak berkesempatan menyalin resipi ni dia tiga masakan dari dua selebriti ini.
1. NASI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
2. KURMA AYAM
BAHAN-BAHAN :
Bahan Kisar:
Bahan Tumis:
Bahan Hiasan: Daun pudina Daun ketumbar Limau kasturi
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. 2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga, jintan halus dan jintan kasar. Tumis sehingga wangi. 3. Masukkan daun pandan, daun pudina, dan semua bahan kisar ke dalam periuk. 4. Masukkan rempah kurma, ayam, santan dan air. Kacau bagi sebati dan reneh sampai ayam masak. 5. Masukkan garam, gula, kentang dan tomato. Reneh sehingga kentang empuk. 6. Masukkan bawang goreng dan bahan-bahan hiasan. Hidangkan panas dengan nasi.
3. POPIA SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
Bahan Inti:
Bahan sos :
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan udang. 2. Masukkan tauhu, kicap cair, sos tiram, dan semua sayuran. Kacau sehingga agak layu. 3. Masukkan daun ketumbar, bawang goreng, bijan dan sedikit garam. 4. Tutup api dan biarkan sejuk seketika. 5. Ambil sekeping kulit popia dan masukkan inti. Gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan. Buat hingga siap. 6. Goreng gunakan api sederhana hingga betul-betul garing. Toskan dan angkat.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI
Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
Kerabu, inilah menu yang mampu membuka selera. Makan pula dengan nasi panas-panas bersama ikan goreng , pergh terangkat sungguh . Tak toleh kiri dan kanan, laju jer menyuap. Sebagai contoh kerabu belimbing buluh + daun selom ni. Ratah begitu saja pun nikmat rasanya. Boleh cuba buat sendiri.
Bahan A(di hiris)
belimbing buluh
daun selom
bwg besar
bunga kantan
Bahan B(campur semua n tumbuk)
kelapa parut
belacan
cili padi
cili merah
Bahan C
isi ikan
*sy guna ikan temenung 3 ekor,rebus n amik isi lps tu hancurkan dgn garfu
cara-cara:
campur semua bahan A,B dan C…perasakan dgn garam
belimbing buluh tu bila dah jd kerabu xmasam pun
Kredit Resepi : laili adam
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Salah satu kuih tradisi daripada negeri Pantai Timur adalah belebat ubi. Rasanya yang lemak manis memang enak. Cuma sekarang kuih ini semakin jarang dijual atau dibuat. Supaya tak hilang ditelan zaman, elok kiranya kita belajar cara membuatnya.
Ubi keledek oren/ unggu -dipotong dadu
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
4 cawan santan (1 kotak santan bersama 3 cawan air)
1 kotak santan segera
3 cawan air
2 sudu minyak
3/4 cawan gula
Secubit garam
Daun pisang
1. Terlebih dahulu kukus keledek yang dipotong dadu hingga empuk. Ketepikan.
2. Kemudian di dalam periuk satukan tepung beras, santan yang dicampur dengan 3 cawan air. Masukkan sekali gula dan garam. Masak menggunakan api perlahan hingga pekat.
3. Adunan hendaklah selalu dikacau supaya tidak berketul.
4. Selepas adunan pekat, tutup api. Masukkan ubi yang dikukus tadi dan kacau sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam daun pisang dan bungkus. Kukus selama 10 minit kemudian tutup api. Sedia dihidangkan.