
Suka makan Pulut Seri Muka, tapi selalu gagal bila cuba buat sendiri. Kali ini jangan risau, ini ada cara membuat gerenti jadi yang anda boleh cuba dan sukat pun guna cawan je. Kalau tak cuba tak taukan? Dan bukan sekali cuba itu sempurna kejadiannya, namapun baru belajar, kurang sikit-sikit boleh cuba lagi, lama gerenti tidak mengecewakan.
PULUT SERI MUKA
BAHAN-BAHAN:
3 cawan pulut
2 cawan santan
Secubit garam
BAHAN BAHAGIAN ATAS:
1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1 1/2 cawan gula pasir
Setgh cawan air pandan (kisar daun pandan)
1 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Secubit garam
CARA MEMBUAT:
- Cuci pulut toskan masukkn santan & garam kukus dalam loyang selama 25minit) kemudian angkat dan tekan-tekan supaya padat.
- Masukkn semua bahan bahan bahagian atas dalam blend, kisar hingga halus.
- Kemudian tuangkan ke atas pulut yang telah dipadatkan tadi.
- Kukus 30 minit lagi, buka tutup kukus biarkan 5 minit hingga wap hilang.
- Angkat dan sejukkan.
Kredit :suisan SuiSan Aliezsha
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Koleksi Resipi Lauk Mudah & Sedap Masak Guna Kicap

Resipi lauk pauk menggunakan kicap memang digemari ramai terutamanya kanak-kanak. Nampak ringkas namun hidangan berasaskan kicap ini sebenarnya boleh dipelbagaikan. Istimewa di musim cuti persekolahan ini, RASA berkongsi resipi lauk pauk berasaskan kicap yang pastinya menepati cita rasa anda.
1. DAGING GORENG KICAP BERCILI

BAHAN-BAHAN:
- 400gm daging |hiris nipis
- 30ml kicap manis
- 10gm sos tiram
- 8 biji cili padi |ditumbuk kasar
- 4 ulas bawang putih|dicincang
- 3cm halia |dihiris nipis
- 1 labu bawang besar |potong bulat
- 1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tabur sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke atas daging. Goreng garing dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan cili padi, bawang besar, kicap dan sos tiram.
- Masukkan daging yang telah digoreng bersama daun bawang, garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.
2. HATI AYAM KICAP PEDAS

BAHAN-BAHAN:
- 300gm hati ayam
- 45ml kicap manis
- 15 biji cili padi |dikisar
- 4 ulas bawang merah |dikisar
- 2 ulas bawang putih|kisar
- 1 labu bawang besar |potong bulat
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumur sedikit garam dan lada sulah pada hati ayam. Goreng garing dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bersama bahan-bahan kisar sehingga cili masak.
- Masukkan bawang besar, hati ayam yang telah digoreng terlebih dahulu dan kicap. Kacau sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Penggunaan garam boleh dikurangkan memandangkan hati ayam telah diperasa dengan garam ketika proses menggoreng.
3. IKAN CELUP TEPUNG KICAP CILI PADI

BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul isi ikan merah
- 45ml kicap manis
- 10 biji cili padi|dikisar
- 5 ulas bawang merah |kisar
- 3 ulas bawang putih |kisar
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
- Lumur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan. Salut isi ikan dengan tepung jagung kering dan goreng sehingga garing di dalam minyak yang banyak. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga cili menjadi masak.
- Masukkan ikan goreng tepung dan kicap manis. Gaul sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Penggunaan ikan merah boleh digantikan dengan menggunakan ikan jenahak atau ikan tenggiri.
4. IKAN GORENG KICAP SAMBAL

BAHAN-BAHAN:
- 3 ekor ikan kembung
- 3 sudu makan kicap manis
- 10 biji cili padi |dikisar
- 4 ulas bawang merah|dikisar
- 2 ulas bawang putih |dikisar
- 1 batang serai |dikisar
- 1 labu bawang besar|dipotong bulat
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan yang telah siap dikelar-kelar kemudian lumur sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng di dalam minyak yang banyak sehingga garing. Asingkan seketika.
- Panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
- Tuangkan kicap dan tambah bawang besar, garam dan lada sulah secukup rasa.
- Masukkan ikan goreng dan gaulkan sehingga sebati.
Info Chef: Penggunaan ikan kembung boleh digantikan dengan menggunakan ikan selar.
5. IKAN TONGKOL KICAP BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
- 4 ketul ikan tongkol
- 45ml kicap manis
- 20gm serbuk ketumbar
- 20gm serbuk jintan manis
- 1 batang kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 5 ulas bawang putih|cincang halus
- 1 labu bawang besar|dibelah empat
- 1 biji cili merah |dipotong serong
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumur ikan tongkol dengan sedikit garam dan digoreng sehingga garing. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
- Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kicap. Didihkan seminit.
- Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng bersama bawang dan cili merah.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Ikan tongkol amat enak dimakan apabila ia digoreng bersama rempah
6. MACKEREL GORENG BERKICAP

BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul mackerel (dalam tin)
- 45ml kicap manis
- 15ml sos cili
- 1 labu bawang besar |potong bulat
- 2 biji cili merah |hiris serong
- 1 biji cili hijau |hiris serong
- 3cm halia muda|hiris nipis
- 2 ulas bawang putih |dicincang
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng ikan mackerel sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih sehingga wangi.
- Masukkan bawang besar, halia, cili merah dan cili hijau.
- Masukkan kicap manis dan sos cili.
- Masukkan ikan mackerel goreng dan tambahkan garam dan lada sulah secukupnya.
Info Chef: Pastikan anda mengambil ikan mackerel tanpa kuahnya di dalam tin.
7. SOTONG MASAK KICAP

BAHAN-BAHAN:
- 10 ekor sotong |bersihkan
- 1 batang lobak merah|potong baji
- 30ml kicap manis
- 4 ulas bawang putih|cincang
- 1 labu bawang besar|potong bulat
- 1 biji cili merah|potong serong
- 4cm halia muda|dihiris nipis
- 5gm serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan sotong, lobak merah dan kicap. Didihkan sehingga sotong menjadi lembut.
- Tambah bawang besar, cili merah dan serbuk lada hitam.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef:Pastikan sotong dibasuh bersih bagi mengelakkan ia tidak tahan lama
8. TAUHU TELUR BERKICAP

BAHAN-BAHAN:
- 3 biji tauhu telur
- 1 batang lobak merah |dihiris nipis
- 1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
- 30ml kicap manis
- 3 ulas bawang putih |dicincang
- 1 labu bawang besar |dibelah empat
- 3cm halia muda|dihiris nipis
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Potong tauhu telur menjadi kiub kecil lalu digoreng garing. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Tuangkan kicap kemudian tambahkan lobak merah dan sedikit air.
- Tambah daun bawang, garam, lada sulah secukup rasa.
- Masukkan tauhu telur goreng dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef:Tauhu telur tidak boleh dimasak terlalu lama bagi mengekalkan tekstur dan bentuknya.
9. UDANG KICAP BERHALIA

BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor udang galah
- 45ml kicap manis
- 1 labu bawang besar |dipotong bulat
- 1 biji cili merah |dipotong serong
- 1 biji cili hijau |dipotong serong
- 4cm halia muda |dihiris nipis
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng sehingga masak dan susun di dalam pinggan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan halia.
- Masukkan cili merah,cili hijau dan kicap.
- Tambah garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
- Tuang bahan tumisan kicap ke atas udang goreng dan siap untuk dihidangkan.
Info Chef:Pemilihan udang harimau atau udang galah amat sesuai untuk menu ini sebagai pelengkap rasa kicap yang masin dan udang yang enak.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Mudah Buat Tart Nanas Kiub Guna Acuan Ni

Suka dengan biskut tart ni tapi nak mengentelnya ambil masa juga. Boleh guna cara mudah ini dengan membeli acuan plastik ni di kedai bakeri. Jadi kerja menggentel dapat dipendekkan masa. Cuma perlu frozen sebelum dikeluarkan dari acuan. Lebih mudahkan.

Bahan-bahan:
250 gm buttercup
30 gm gula aising
20 gm minyak sapi
Sebiji kuning telur
1 sudu kecil vanilla
Gaul semua bahan.
Tambahkan bahan kering
30 gm susu tepung
30 gm tepung jagung
30 gm tepung kastard
350 gm tepung gandum
Cara membuat:


1.Dah siap semua,gentel dan masukkan inti.

2.Tekan dalam acuan plastik,masukkan dalam peti sejuk (tempat beku) dalam 30 minit.
*𝗔𝗰𝘂𝗮𝗻 𝗻𝗶 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗼𝘃𝗲𝗻 𝘆𝗲,𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗶𝘂𝗯 saja.


3.Dah keras bolehlah keluarkan ,susun dalam dulang pembakar,sapukan kuning telur.
4.Bakar 170°C,selama 20 minit.
Kredit: Siti Aminah Nain
Cara Buat Snek Omapodi Sedap. Wajib Ada Bila Sambut Deepavali.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Teriyaki Citarasa Jepun. Memang Layan Habis!

Mudah, enak serta tidak pedas. Sesuai sangat dihidangkan buat anak-anak.
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping isi dada ayam | hiris
- 1/4 cawan kicap cair
- 2 sudu makan cuka makan
- 1 sudu makan parutan halus halia
- 2 sudu makan minyak bijan
- 1 sudu makan gula perang/gula putih
- 1 sudu makan sedikit minyak masak
- 1 sudu makan bijan putih | goreng tanpa minyak
- 1 pokok daun bawang | hiris halus
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2cm.
- Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap cair, cuka makan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
- Bakar ayam dalam ketuhar dengan suhu 180C lebih kurang 15 minit. Angkata dan ketepikan.
- Sementara itu, campurkan minyak bijan, cuka makan, kicap cair dan gula dalam mangkuk. Kacau rata.
- Panaskan minyak, tumiskan parutan halia hingga wangi.
- Seterusnya, masukkan campuran sos tadi, kacau rata dan biarkan hingga kuah pekat.
- Masukkan ayam dan tutup api.
- Taburkan bijan dan gaul rata.
- Sebelum dihidangkan taburkan sedikit lagi bijan dan hirisan daun bawang jika suka.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

