Ads

Pulut Kuning Kelantan Asli Paling Sedap, Lembut & Cukup Lemak

Pulut Kuning Kelantan Asli yang Lembut dan Berlemak

Pulut kuning yang lembut, sedap dan cukup lemaknya memang enak dinikmati pada bila-bila masa. Namun, pernahkah anda mencuba Pulut Kuning Kelantan hasil air tangan orang Kelantan sendiri? Hidangan tradisi ini ada sedikit kelainan berbanding pulut kuning biasa kerana rasanya bukan sahaja lemak masin, malah ada sentuhan manis yang seimbang dan menyelerakan.

Pulut Kuning Kelantan Asli Paling Sedap, Lembut & Cukup Lemak

Keistimewaan Pulut Kuning Kelantan terletak pada cara penyediaannya. Pulut digaul atau ‘arung’ menggunakan sudip kayu supaya teksturnya kekal cantik dan tidak hancur. Teknik ini memerlukan sedikit kesabaran, sebab itu tidak ramai yang benar-benar mahir menyediakan hidangan tradisional ini. Namun jangan risau, resipi yang dikongsi oleh saudari Ismi Aishah ini sangat mudah diikuti dan sesuai untuk anda yang ingin mencuba sendiri di rumah.

Resipi Pulut Kuning Orang Kelantan

Bahan-bahan:

  • 1kg beras pulut
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu makan garam kasar
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 keping asam gelugur

Cara Memasak:

  1. Basuh beras pulut hingga bersih dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit, pewarna kuning telur dan asam gelugur. Proses rendaman ini membantu pulut menjadi lebih lembut dan warna kuningnya sekata.
  2. Selepas direndam, toskan beras pulut dan kukus selama kira-kira 30 minit. Buka penutup periuk dan kacau balik pulut supaya masak sekata. Empunya resipi mencadangkan meletakkan daun pandan untuk aroma yang lebih harum.Pulut Kuning Kelantan Asli Paling Sedap, Lembut & Cukup Lemak
  3. Dalam bekas berasingan, campurkan santan pekat, garam dan gula. Kacau sehingga semuanya larut sepenuhnya. Anda boleh rasa bancuhan santan ini dan laraskan tahap manis atau masin mengikut selera masing-masing.
  4. Tuangkan bancuhan santan ke dalam pulut yang baru diangkat dari kukusan. Arung atau gaul pulut menggunakan sudip kayu sehingga santan meresap dan bergaul rata dengan pulut.Pulut Kuning Kelantan Asli Paling Sedap, Lembut & Cukup Lemak
  5. Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan dan kukus sekali lagi selama 15 minit. Langkah ini penting untuk memastikan pulut masak sempurna dan tahan lembut walaupun selepas sejuk.
  6. Angkat pulut yang telah masak dan masukkan ke dalam loyang atau acuan mengikut kreativiti masing-masing untuk mendapatkan bentuk yang cantik. Jika tidak menggunakan acuan pun tidak mengapa.Pulut Kuning Kelantan Asli Paling Sedap, Lembut & Cukup Lemak
  7. Pulut Kuning Kelantan kini sedia untuk dinikmati. Rasanya memang sedap, lembut dan cukup lemak walaupun sudah sejuk.Pulut Kuning Kelantan Asli Paling Sedap, Lembut & Cukup Lemak

Petua Supaya Pulut Kuning Kelantan Menjadi Sempurna

Untuk mendapatkan hasil Pulut Kuning Kelantan yang benar-benar memuaskan, pastikan anda menggunakan beras pulut yang berkualiti. Selain itu, santan pekat segar akan memberikan rasa lemak yang lebih asli berbanding santan kotak. Jangan lupa untuk mengukus semula pulut selepas digaul dengan santan supaya rasanya lebih sebati dan teksturnya kekal lembut.

Ads

Pulut Kuning Kelantan Asli Paling Sedap, Lembut & Cukup Lemak

Hidangan tradisi ini sangat sesuai dihidangkan bersama rendang, kari atau dinikmati begitu sahaja. Tidak hairanlah Pulut Kuning Kelantan sering menjadi pilihan dalam majlis kenduri dan acara istimewa kerana rasanya yang istimewa dan memikat selera.

Kredit petua dan resipi: Ismi Aishah. 

Ads

 

Ads

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA   

Pulut Nangka Lemak Manis Pencuci Mulut Klasik Paling Menggoda & Tak Pernah Mengecewakan

 

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Kari Telur Ala Mamak Paling Padu, Pekat & Memang Membuka Selera

Resipi Kari Telur Ala Mamak yang pekat, berempah dan padu. Cara masak mudah dengan teknik pecah minyak untuk rasa kari ala kedai mamak.