Menu apa yang sedap dihidangkan untuk minum petang? Dapat dessert seperti puding atau agar-agar pun sedap. Makan pula bila sejuk.Jom buat puding roti coklat milo. Gerenti tak sempat nak tunggu tengah hari dah licin.
Puding Roti Coklat Milo
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar serbuk,bahagi dua, untuk lapis atas bawah ,loyang 6 inci.Nak guna acuan pun boleh
Dalam satu bekas atau periuk masuk
½ paket agar-agar serbuk
450ml air
5 sudu besar susu pekat
70g coklat masakan
Cara membuat:
1.Campur dan sebatikan semua bahan dulu sebelum dimasak
2.Api sederhana. Kacau hingga membuak-buak
3.Tutup api.Basuhkan dulu loyang
Ads
4.Ambil 1 sudu adunan coklat renjiskan atas loyang dan biarkan seketika
5.Sediakan adunan milo,blender semua bahan di bawah
½ peket agar-agar
2 sudu besar milo 1sudu kecil serbuk koko van houten.Bancuh dengan air suam tuang masuk dalam blender.
2 keping roti potong-potong atau carik-carik je pun boleh
3 sudu besar susu pekat
5 sudu besar gula kurang manis tambah lagi gula
450 ml susu cair atau susu segar
Cara membuat:
1.Blend semua bahan
2.Tapis masuk periuk
3.Masak hingga mendidih
4.Tutup api.
5.Tuang ke dalam loyang yang dititis adunan coklat tadi
6.Biarkan mengeras sekejap
7.Baki adunan coklat tadi dimasak kembali supaya mencair.
8.Kacau-kacau hingga adunan mencair
9.Bila cair.Tutup api
Ads
10.Tuang perlahan-lahan atas lapisan milo
11.Masuk dalam peti sejuk
12.Bila dah keras.keluarkan perlahan lahan dari loyang.
Mahu hidangan yang berbeza daripada biasa? Jom cuba buat Tortilla Bakar Dengan Ayam Goreng Rangup & Keju ni. Hidangan ala Mexico yang menggunakan tortilla sebagai ‘base’ dan Ayam Goreng Rangup serta taburan keju sebagai inti menjadikan ia satu hidangan yang menarik. Rangup, cukup rasa dan mengenyangkan.
Gunakan Keju Perfect Italiano Mexican Style untuk meningkatkan rasa masakan ala Mexico dari dapur anda sendiri. Gabungan tiga jenis keju ini memang sempurna untuk hidangan anda. Sesuai sangat makan ketika berbuka puasa. Kalau ada lebih, boleh bertukar hidangan dengan jiran sebelah rumah.
TORTILLA BAKAR DENGAN AYAM GORENG RANGUP & KEJU
BAHAN-BAHAN:
4-5 keping tortilla
150gram Keju Perfect Italiano Mexican Style
Anchor Butter Salted secukupnya
BAHAN-BAHAN B (AYAM RANGUP):
4-6 ketul isi ayam – potong memanjang seperti jejari
2 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Untuk membuat ayam goreng rangup; perap ayam dengan sos tiram, lada sulah, serbuk pati ayam dan sedikit garam selama 15 -20 minit. Kemudian, golekkan atas tepung jagung rata lalu goreng garing hingga keperang-perangan. Ketepikan.
Sediakan dulang pembakar, sapu sedikit Anchor Butter Salted dan letakkan sekeping tortilla.
Susun 2-3 keping ayam goreng rangup atas tortilla. Tabur Keju Perfect Italiano Mexican Style secukupnya di atas ayam goreng.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 15 minit.
Keluarkan tortilla dan hidangkan panas. Jika suka, nikmati dengan salad campuran.
Kek pisang, antara kek yang popular dan senang untuk dibuat. Sama ada kukus atau dibakar, memang sedap dimakan petang-petang bersama secawan teh panas. Wah, sambil bersembang sambil makan kek. Special gitu.
Resepi kali ni cukup cukup istimewa sebab ia datang dari seorang otai berpuluh tahun dalam bidang masakan, iaitu ibu kepada saudara Muhammad Ali. Resipi asli kek pisang gajus yang sedap dan lembut.
KEK PISANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur gred A 1 cawan gula perang – beli online di sini 4 biji pisang jelai berangan | dilenyekkan dan biarkan setengah jam 1 cawan minyak masak atau minyak jagung Sedikit esen vanila 1 sudu kecil garam 2 cawan tepung * – beli online di sini 1 sudu kecil soda bikarbonat – beli online di sini 1 sudu kecil baking powder* 1/2 cawan gajus |dikisar halus 1 sudu kecil ovalet – beli online di sini
CARA-CARA:
1. Tepung diayak bersama soda dan baking powder. Ketepikan. 2. Kisarkan bahan-bahan lain. 3. Masukkan dalam bahan yang dah diayak. Akhir sekali, masukkan serbuk gajus. 4. Sebelum bakar, hias dengan hirisan pisang dan gajus. 5. Bakar suhu 170C selama 45 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing.
Bosan makan nasi tapi ingin hidangan sahur yang penuh tenaga dan ringkas. Beli roti pita segera dan hanya filling mengikut kegemaran anda.
KEBAB AYAM RINGKAS
BAHAN-BAHAN: • 3 keping roti pita • 200gm isi ayam | dipotong dadu • 1 ulas bawang putih | dicincang halus • ½ biji bawang besar | dimayang halus • 1 sudu besar sos cili • 1 sudu besar sos lada hitam • 1 sudu besar mayones • 8 helai daun salad | dibersihkan • 2 sudu besar mentega
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. 3. Kemudian masukkan sos cili, sos lada hitam dan mayones. Gaul hingga rata bersama isi ayam. 4. Potong roti pita dan letakkan daun salad. 5. Sudukan inti ayam tadi secukupnya. Hidangkan.
Info: Panaskan roti seketika untuk tekstur yang lebih lembut. Boleh juga letakkan cili padi kalau mahukan rasa pedas ‘terangkat’.