Nikmatnya di tekak bila dapat menikmati puding yang enak. Puding lumut butter bukan hanya enak dinikmati sekeluarga malah sesuai untuk majlis hari lahir. Meriah sungguh kejadiannya.
PUDING LUMUT BUTTER
Bahan Puding Lumut
1 paket serbuk agar-agar (10gm)
150gm gula pasir
125gm santan pekat
550ml air
100ml jus pandan dari 10 helai pandan
2 biji telur (pecahkan, kacau lebih kurang sahaja menggunakan garpu)
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna hijau
Cara memasak:
1.Satukan kesemua bahan, kacau sebati. Tapis jika perlu
2.Didihkan dengan api perlahan.
3.Kacau sesekali sahaja
4.Apabila lumutnya timbul di permukaan, tutup api dan biarkan wap panasnya hilang.
5.Tuang ke dalam acuan/loyang
6. Sejukkan
***untuk loyang brilliance nordicware ni opah buat
1 1/2 adunan puding lumut
Ads
Bahan Puding Mentega
Bahan A
3 biji kuning telur
100gm mentega dicairkan
1 sudu teh esen vanila
1/2 tin susu pekat manis
(kacau sebati menggunakan whisk/ketepikan)
Bahan B
1 paket serbuk agar-agar
4 sudu besar gula pasir
550ml air
Ads
Cara memasak:
1.Masak Bahan B sehingga larut dan meruap-ruap.
2.Kemudian masukkan Bahan A, kacau sebati
3.Biarkan mendidih/tutup api
4.Tunggu sehingga wap panasnya hilang, tuang ke atas puding lumut
5. Sejukkan
***cakar2 sedikit permukaan Puding Lumut baru tuang adunan Puding Mentega
Selamat mencuba.
*Kalau ada yang ada nak shopping online peralatan dapur , ni ada tawaran istimewa untuk korang. Jom rebut peluang ni. Layari https://invol.co/cloqny
Mudahnya buat Mini Cheese Cake ni. Simpan dalam chiller dulu semalaman. Kemudian, esok paginya baru makan. Sedapnya makan sejuk-sejuk.Bagi anda yang nak cuba, saudari Ieda Jahaya ada kongsikan resipinya. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah untuk didapati. Jom cuba!
CARA MEMBUAT MINI CHEESE CAKE
BAHAN-BAHAN:
20 keping biskut marie atau biskut oreo pun boleh (saiz kecil, kalau saiz roti besar 10 ketul) | dikisar halus – beli online di sini 5 sudu besar mentega | dicairkan – beli online di sini
CARA MEMASAK:
1. Mentega yang dicairkan tuang ke dalam biskut marie (kalau guna unsalt butter lagi okay). Gaul rata. 2. Masuk 1 sudu besar ke dalam paper cupcake. Tekan-tekan biskut kisar tadi biar padat. Buat hingga habis. Ketepikan.
BAHAN ADUNAN CHEESE:
250g cheese tatura atau jenama lain pun boleh ½ cawan gula – beli online di sini 2 biji telur Esen vanilla ½ cawan tepung gandum – beli online di sini 1 sudu kecil jus lemon @ sunquick pun boleh (optional) 3 sudu makan yogurt asli
CARA MEMASAK:
1. Adun dahulu keju selama 10 minit. Masukkan gula. Adun lagi. 2. Masukkan telur satu persatu dan juga esen vanilla. Adun lagi hingga sebati dalam 10 minit.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan lemon jus atau sunquick pun boleh (tak nak letak pun boleh). Mix sebati. 4. Akhir sekali, masuk yogurt asli. Kaup balik hingga sebati. Isikan dalam bekas cupcake. 5. Panaskan ketuhar dengan suhu 160C dan bakar selama 20 minit. Sejukkan dahulu baru letak topping. Filing strawberry atau buah strawberry pun okay.
Hari tu pergi kenduri kat Kelantan. Pastu makan satu lauk tu, Gulai Ikan Aye. Memang terbaik. Terus minta resepi kat mak pengantin.
Makan dengan nasi putih, sambal cili dan gulai ni ,alahai sedapnya. Makan pasti bertambah kena penangan lauk yang satu ni.
Bahan-bahan:
Ikan Aye Kurik (utaqa panggil ikan kayu putih)
Asam keping
Gula Nise/kabung
Lengkuas
Garam
– rebus malam, masak esok pagi baru sedap.
Cili kering 10 tangkai (gunting buang biji, rebus)
Lengkuas 1-2 inci
Bawang merah 5-7 ulas
Bawang putih 3 ulas
1 camca makan biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
– kisar bahan ni.
Santan – 1 mangkuk- nak lemak boh lebih
Kacang panjang
Lada solok
Cara memasak:
1. Satukan santan, bahan kisar.
2. Masak seketika. Masa ni saya dah masukkan garam + gula nise.
3. Masukkan ikan aye kurik yang dah direbus.
4. Akhir sekali kacang panjang + lada solok.
Resepi ni tak tumis. Kalau yang tumis tu ada rempah dan selalunya makan dengan nasi dagang. Saya buat ni makan pagi sarapan.
Hidangan ayam goreng pastinya menjadi kegemaran ramai. Lagi rangup, lagi sedap. Tapi jika kita ni ada anak-anak ramai, jenuh juga nak beli di restoran. Lebih-lebih lagi di zaman segala harga barang meningkat naik ni. Pastinya memerlukan belanja yang banyak untuk menikmati juadah di restoran sebegitu. Oleh itu, ibu-ibu boleh masak sendiri di rumah dengan hasil ayam yang lebih kurang sama seperti yang dijual. Buat jugak kentang gorenghomemade. Fuhhh…Jimat & pasti puas makan. Jom cuba!
AYAM GORENG RANGUP SPICY
BAHAN-BAHAN:
Ayam – potong saiz sederhana
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Sedikit air
BAHAN SADUR:
Tepung goreng ayam serbaguna perisa pedas
Tepung beras
Tepung gandum
Serbuk cili secukupnya – ikut kepedasan yang dikehendaki
( Nota: Jumlah tepung bergantung pada jumlah ayam. Pastikan jumlah tepung goreng serbaguna lebih banyak dari tepung-tepung lain.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian bancuh tepung goreng ayam serbaguna dengan air secukupnya. Pastikan kepekatan adunan sedang-sedang sahaja dan tidak terlalu cair.
2. Masukkan ayam ke dalam bekas berisi bancuhan tepung. Gaul rata dan perap selama 1/2 jam.
3. Satukan bahan-bahan sadur dan gaul rata.
4. Ambil ayam dan golekkan dalam campuran tepung hingga rata.
5. Goreng dalam minyak panas hingga garing dan menjadi warna keemasan. Angkat dan toskan minyak.
Banyak khasiat nanas ni! Buah tropika ini kaya bromelain dan vitamin C yang membantu rawat sakit sendi, tekanan darah tinggi, kecantikan kulit serta tenaga dalaman.