Taburkan gelatin di dalam air sejuk. Biarkan kembang selama 10 minit. Panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro sehingga cair.
Putar krim keju dan gula kastor menggunakan mesin pengadun sehingga adunan licin dan tidak berketul. Masukkan yogurt dan krim putar.
Masukkan mangga yang telah dipotong dadu dan kacau perlahan menggunakan spatula atau senduk. Tambahkan larutan gelatin dan tuang ke dalam bekas. Sejukkan.
Tuang puri mangga di atas puding sebagai hiasan dan penambah rasa.
Untuk membuat lapisan puding coklat; masak semua bahan kecuali tepung jagung sehingga mendidih. Pastikan adunan sentiasa dikacau. Perlahankan api dan masukkan larutan tepung jagung. Masak sehingga licin dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan. Ketepikan.
Untuk membuat lapisan kastard pisang; kuning telur, tepung gandum, tepung jagung, dan esen pisang dikacau menggunakan whisk tangan sehingga sebati.
Panaskan susu segar dan gula di atas api sehingga menggelegak sedikit di bahagian tepinya. Tuangkan separuh adunan susu ke dalam adunan telur sambil dikacau laju bagi mengelakkan telur masak. Kembalikan semua adunan ke dalam periuk dan masak sehingga adunan agak likat.
Tutupkan api dan masukkan mentega serta pisang. Kacau sebati menggunakan senduk kayu dan tuangkan ke atas lapisan puding coklat yang telah disejukkan.
Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga beku dan sedia untuk dihidangkan.
Boleh hiaskan dengan sedikit krim putar, hirisan pisang dan strawberi di atasnya untuk lebih menarik.
PUDING AISKRIM OREO
BAHAN-BAHAN:
8gm serbuk agar-agar
Ads
100gm gula – boleh beli online di sini
500gm air
250gm krim putar
200gm susu segar
4 sudu makan aiskrim vanila
200gm biskut Oreo | buang krim dan hancurkan bahagian biskut
CARA MEMASAK:
Serbuk agar-agar, gula dan air dimasak sehingga serbuk agar-agar larut.
Tutup api dan masukkan krim putar, susu segar, aiskrim vanila dan serpihan biskut Oreo.
Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga beku.
Bulan puasa kalau takda buah kurma tak nikmat rasanya. Jika anak-anak kurang gemar untuk makan kurma biasa, apa kata ibu sediakan kurma coklat ni untuk hidangan berbuka puasa nanti. Mesti cepat habis, selain boleh dibuat untuk berbuka boleh juga dihidangkan di hari raya nanti. Nak beli makah, jom buat sendiri boelh berjimat!
RESIPI KURMA ALA CHOCODATE
BAHAN-BAHAN:
Bahan A
1 kg kurma
kacang badam secukupnya
Bahan B
300g milk coklat compound
200g dark coklat compound
100g butter
CARA MEMASAK:
UNTUK BAHAN A
kacang badam di masak sehingga rangup..(macam nak masak kuih almond london tu)
kurma di belah dua utk keluarkan biji.. lepas badam dah sejuk sikit boleh masukkan dalam kurma seperti dalam gambar..
UNTUK BAHAN B
double boil semua bahan2 B sampai dia cair semua..
kemudian dah boleh celup kurma yg telah di letakkan badam di dalam coklat tersebut..
lepas tu masuk dalam peti ais kejap bg coklat tu keras sikit..pastu boleh makan dah..
NOTA: Saya tak celup kurma tu tapi coklat tu saya masukkan dalam piping beg.. lagi senang nak handle coklat.. tak comot sgt.. cuma kurma tu tak salut semua la..
nota tambahan : kurma ni sgt berguna.. dengn biji2 pon ada khasiat dia.. so biji dia jgn buang..simpan boh dlm peti ais dulu nnt aku post lain psl biji dia plak..
Nak cantik kena seimbang,bukan hanya jaga kulit, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom. Boleh cuba jus yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan yang sering diamalkannya. Jus ini sebaiknya diminum pagi semasa perut kosong. Bagus untuk detox badan dan cantikkan usus. Lepas minum korang akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh dan fit. Hanya menggunakan bahan asas, timun, epal hijau, lemon dan madu. Mudah sangat membuatnya.
JUS EPAL,TIMUN & LEMON
Bahan-bahan:
1 biji epal hijau
1/2 biji timun
2 hiris lemon, ambil jus je
1-2 sudu besar madu
Air suam untuk kisar
Cara membuat:
1.Semua bahan di atas ni dikisar. Nak tapis boleh. Lagi bagus tidak kerana mengandungi serat yang tinggi.
Sedapnya KuihBakar Kemboja ni. Tekstur kuih yang garing dan lemak-lemak manis, memang kena dengan selera. Dapat pula makan kuih yang baru masak, aduhai…memang terbaik.
Nak cuba buat sendiri secara homemade? Resipi perkongsian saudari Noriza Zainal Abidin ni antara yang mudah. Paling best, boleh buat dalam saiz mini dan bakar guna dapur gas & air fryer je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KUIH BAKAR KEMBOJA MASAK GUNA DAPUR GAS & AIR FRYER
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan ( kecuali bijan) ke dalam pengisar. 2. Kisar hingga sebati dan tidak berketul. 3. Untuk memasak Kuih Bakar Kemboja, ada dua cara. Pertama ialah dengan menggunakan dapur gas. 4. Caranya ialah ambil acuan bahulu atau cara, letak atas dapur. Panaskan api kecil dan sapu minyak pada acuan. 5. Tuang adunan dan tabur bijan dengan secukupnya. 6. Tutup acuan supaya bahagian atas kuih cepat masak. 7. Kedua ialah dengan menggunakan Air Fryer. Tuang adunan hingga separuh cawan kertas. Tabur bijan. 8. Masukkan acuan ke dalam Air Fryer dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
9. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...