Jom buat pemanis mulut ni, puding biskut Marie resepi perkongsian Hamidah HA .Resipi ni kurang manis dan tidak menggunakan gula langsung. Kalau ada yang suka manis, boleh tambah susu pekat atau gula. Boleh tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar, badam cincang, Nestum atau cheese sagat di atas puding jika suka.
Bancuh serbuk koko dan Milo dengan sedikit air suam. Ketepikan.
Masak serbuk agar-agar dengan air hingga serbuk agar-agar larut dan mendidih.
Masukkan Buttercup dan kacau hingga Buttercup cair.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan kacau hingga sebati. Masa ni api kena perlahan kerana adunan ni akan menjadi pekat. Sentiasa kacau.
Masukkan serbuk koko & Milo yang telah dibancuh tadi. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan. Masak hingga berkilat dan ada meletup-letup. Ini menandakan puding telah masak. Tutup api.
Alas loyang 7″ x 7″ dengan plastik. Lebihkan di bahagian kiri dan kanan supaya senang hendak mengeluarkan puding dari loyang nanti.
Masukkan adunan puding (lapisan koko). Ratakan keseluruhan loyang.
Susun roti Marie satu persatu di atas lapisan koko. Boleh patahkan sedikit jika ada ruang yang kosong.
Masukkan adunan puding (lapisan koko) lagi. Susun Roti Marie seperti tadi.
Ulang proses yang sama sehingga habis. Pastikan di atas sekali, mestilah lapisan koko.
Sejukkan.
IKLAN
13.Bila sudah sejuk, simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam. Sedap dimakan sejuk-sejuk.
* Adunan puding ni cepat mengeras. Jangan risau, kalau ia mengeras, panaskan balik di atas api perlahan sebentar. Nanti adunan akan lembut kembali.
*Loyang tak semestinya bentuk 4 segi. Loyang bulat pun boleh guna. Tupperware biasa lutsinar pun boleh guna juga.
Sajian lauk masak lemak sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tua, muda, Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum juga menggemarinya. Sajian ini juga ada pelbagai versi. Setiap negeri, ada kelainan dan keistimewaan yang tersendiri. Anda suka lauk masak lemak? Koleksi resipi di bawah ini boleh dicuba.
KOLEKSI RESIPI LAUK MASAK LEMAK YANG SEDAP & MUDAH MASAK
1. AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
8 tangkai Cili hidup merah
15 tangkai cili padi hijau – boleh kurangkan jika tidak tahan pedas
1/2 inci kunyi hidup
Garam secukup rasa
1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk.
Masukkan ayam, ubi kentang dan santan cair. Kacau dengan api perlahan sampai mendidih.
Kemudian masukkan santan pekat. Tunggu sampai mendidih lagi sekali.
Masukkan tomato dan tabur daun kunyit. Jika pekat sangat, tambah air ikut selera masing masing.
Kredit resipi & foto: Mastura Mukhtar
2. KETAM MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
Ketam – dibersihkan
1 batang serai
Asam keping
1/2 biji santan
Garam dan gula secukup rasa
Perencah hilal
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Kunyit hidup / serbuk kunyit
Cili merah / cili padi
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan serai serta asam keping. 2. Masukkan sedikit air dan ketam. 3. Akhir sekali masukkan garam, gula, perencah hilal dan santan. Kacau rata. 4. Jika suka, boleh masukkan daun kunyit. Boleh juga guna udang atau lala.
Kredit Resepi & foto: Hasnorfadila Kadir
3. MASAK LEMAK CILI API PERUT
BAHAN-BAHAN:
Perut lembu / kambing – dicuci, dipotong kecil dan direbus hingga lembut.
Segenggam cabai Melaka (25-30 biji) – kisar
2 inci kunyit hidup – kisar
2 biji bawang merah (tak boleh banyak @boleh pilih untuk tidak masukkan langsung- kisar
2 batang serai – diketuk
2 bungkus sayur jeruk maman – dibasuh
Santan pekat segar
Santan kotak KARA
Serbuk krimer santan (setengah pek)
Sedikit air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar (tanpa minyak) ke dalam periuk. 2. Masukkan perut yang telah direbus. Kecutkan dalam bahan yang dikisar kira-kira 3 minit. Masukkan juga serai yang diketuk. 3. Masukkan santan segar (tinggalkan sedikit untuk dimasukkan ketika hampir masak). 4. Masukkan santan kotak dan krimer santan yang dibancuh bersama air suam. Kacau sentiasa dengan api perlahan agar tidak berketul. 5. Masukkan sedikit air untuk seimbangkan kepekatan. Masukkan juga garam dan secubit gula. 6. Masukkan sayur maman ketika kuah telah mendidih. Tunggu kira-kira 5-10 minit (sayur maman takkan hancur). 7. Masukkan baki santan segar. Kacau. Biarkan mendidih seketika. Tutup api dan sedia dinikmati.
Kredit resipi & foto: Faisal Mustafa
4. KELI MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
Ikan keli – bersihkan dan goreng terlebih dahulu
Cili padi – kisar
Kunyit hidup – kisar
Santan
Asam keping
Garam, gula dan perasa secukupnya
Hirisan timun
Daun kunyit
CARA MEMASAK:
1. Kisar cili api, kunyit hidup dan santan hingga halus. Tuang ke dalam kuali.
2. Masukkan asam keeping, garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
3. Masukkan hirisan timun dan daun kunyit. Masak seketika kemudian tambahkan ikan yang telah digoreng.
4. Masak sebentar dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Farah Emylia
5. SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong segar
2 cawan santan pekat – boleh tambah
1 keping asam gelugur
2 batang serai – dititik
Garam secukup rasa
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia *
Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili . Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri
CARA MEMASAK :
1. Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu . 2. Tumbuk semua bahan sampai lumat . 3. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi. 4. Masukkan santan, serai dan asam keping. 5. Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak . 6. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur .
Kredit Resipi & Foto: Nanie Khuzaifah
6. LOKAN MASAK LEMAK CILI PADI DAUN PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
1 kg lokan | cuci bersih dan toskan
Secekak daun pegaga | ambil daun sahaja
1 batang serai | titik
500 ml santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 hirisan halia
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, asam gelugor dan serai titik. 2. Renehkan di atas dapur menggunakan api sederhana. 3. Setelah mendidih, masukkan lokan dan daun pegaga. 4. Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 5. Setelah masak, tutup api dan hidangkan
7. IKAN SARDIN GORENG MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
2 tin sardin
1 labu bawang merah – tumbuk
4 ulas bawang putih – tumbuk
1 batang serai – ketuk
1 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Santan fresh (1 biji kelapa) @ 1/2 kotak santan
Cili padi secukupnya – tumbuk
1 ulas asam keping
Isi kunyit @ serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
1. Asingkan ikan sardin dengan sos. Ambil ikan sahaja. Sos sardin diketepikan dan tak perlu guna. 2. Goreng ikan separuh masak terlebih dahulu. Dah siap, ketepikan. 3. Masukkan bahan tumbuk, serai, daun kunyit, santan dan air. Masak sehingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah.
4. Masukkan ikan yang di goreng tadi dan letak garam secukup rasa. Kacau sekejap dan tutup api.
Kredit resepi & foto: Tengku Roselyza Raja Muhammad
8. LEMAK KENCUR / IKAN KELI MASAK LEMAK CEKUR
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan keli – dicuci bersih
BAHAN TUMBUK:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
Ubi cekur dalam sebesar ibu jari tangan – kalau ubinya kecil, guna dalam 2,3,4 ketul. lebih pun tak apa, lagi sedap.
5-10 biji cili api – ikut kepedasan
Asam keping
1 kotak kecil santan
Sedikit lada hitam
Garam, gula dan perasa secukupnya
Aji
BAHAN HIRIS:
Daun cekur
Daun limau purut
Daun kunyit – disimpul
CARA MEMASAK:
1. Gaul ikan bersama garam dan kunyit kemudian dibakar 3/4 masak atau digoreng separuh masak. Ketepikan.
2. Dalam kuali, masukkan sedikit minyak dan masukkan bahan-bahan tumbuk.. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan asam keping dan santan. Tambahkan sedikit air.
4. Perasakan dengan garam, gula, perasa dan sedikit lada hitam.
5. Masukkan ikan keli yang dibakar tadi.. tambahkan air jika perlu.
6. Kemudian masukkan daun-daun yang dihiris. Masak seketika dah boleh tutup api. Siap.
Kredit resipi & foto: Nurhasanah Ismail
9. MASAK LEMAK CILI API UBI KELADI
BAHAN-BAHAN:
Ubi keladi – buang kulit & potong
Sedikit ikan bilis – ditumbuk kasar
Santan secukupnya
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
Cili api secukupnya
Bawang merah
Kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar, ikan bilis dan ubi keladi ke dalam periuk. Masak hingga ubi empuk.
2. Masukkan santan, asam keping dan garam secukup rasa. Masak hingga santan masak dan siap sedia untuk dimakan. Lagi pekat kuah lagi sedap.
Anda pernah menikmati Shakshouka? Ia adalah hidangan dari Maghribi telur dalam sos tomato, minyak zaitun, lada, bawang merah dan bawang putih, biasanya direncah pula dengan jintan manis, paprika dan lada cayenne.Boleh dimakan sebagai sarapan ataupun makan malam. Sesekali apa salahnya hidangan menu yang berbeza dan berkhasiat buat keluarga. Saji dengan roti bakar, prata, capati, roti Arab pun boleh.
Sajian tradisi negeri Kelantan. Nasi yang dilengkapi dengan hirisan ulam-ulaman, sambal kelapa dan tumis budu. Enak dinikmati bersama ikan goreng dan juga daging bakar.
BAHAN-BAHAN
300gm beras Basmathi | dibasuh dan tos
300ml air
1 sudu teh pewarna biru
BAHAN SAMBAL KELAPA:
5 biji bawang merah
1/2 biji kelapa parut disangai
1/2 sudu teh lada hitam
2 ekor ikan kembung | direbus dan disiat
2 batang serai | dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN TUMIS BUDU:
5 biji bawang merah
1cm halia
2 batang serai
5 biji cili padi
2 sudu makan budu
100ml santan
1 keping asam gelugur
BAHAN ULAM:
1 batang timun | dibuang biji
2 tangkai kacang botor
4 tangkai pegaga
1 tangkai bunga kantan
Segenggam tauge
CARA MEMASAK:
Sediakan periuk yang sesuai dan tanak nasi. Apabila nasi mula kering, masukkan pewarna biru dan gembur-gemburkan
sehingga sekata. Angkat dan ketepikan.
Kemudian sediakan lesung batu, tumbuk semua bahan serunding kelapa sehingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
Seterusnya panaskan kuali dan masukkan semua bahan sambal budu dan reneh dengan api kecil hingga mendidih. Padamkan api.
Untuk menyediakan ulam, hiris semua bahan dan satukan.
Hidangkan nasi bersama serunding kelapa,sambal budu,ulam,telur masin dan ikan goreng tepung.