Roti John adalah antara makanan ringan yang menjadi kegemaran ramai. Bila ke pasar malam, gerai yang jual Roti John sedap pastinya dikerumuni ramai. Namun, agak susah nak jumpa gerai yang jual Roti John ni yang memuaskan hati dan kena dengan selera. Harga pun boleh tahan  mahal. Inti pun ciput je. Hirisan kubis je tinggi menimbun. Anda terasa nak makan? Jom belajar buat Roti John secara homemade. Pasti puas hati.

ROTI JOHN HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

200gm daging kisar

4 biji telur

1 biji bawang besar | potong dadu

2 biji ubi kentang | potong dadu

1 kiub pati ayam

1 paket kecil rempah sup

Garam secukup rasa

1 sudu makan marjerin / mentega

Daun sup dan daun bawang secukupnya

Roti frankfurter

Mayones secukupnya

Sos cili secukupnya

IKLAN

CARA MEMASAK:

1. Panaskan mentega @marjerin .

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

2. Masukkan bawang besar.Tumis sampai sedikit layu.

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

3. Masukkan kentang yang dipotong dadu. Kuantitinya ikut citarasa. Nak lebihkan pun boleh.

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

4. Kemudian masukkan daging kisar.Gaul sekata.

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

5. Masukkan kiub pati ayam. Kacau lagi hingga larut.

IKLAN

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

6. Selepas semua bahan kelihatan mesra, masukkan rempah sup.

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

7. Perasakan dengan sedikit garam. Guna sedikit sahaja kerana kiub pati ayam tadi telah memberikan rasa masin.

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

8. Lepas dah siap masak, pecahkan telur dan campurkan dengan inti yang siap dimasak tadi. Selebihnya simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan sebulan.

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

9. Tambahkan sedikit daun sup dan daun bawang.

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

10. Potong roti ,belahkan jadi 2 macam dalam gambar.

IKLAN

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

11. Masakkan inti di dalam kuali. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

12. Setelah inti kelihatan sedikit masak, letakkan 2 keping roti. Kemudian terbalikkan.

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

13. Ini rupa roti dengan inti yang dah diterbalikkan.

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

14. Sapukan mayones dengan secukupnya.

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

15. Seterusnya sapukan sos cili mengikut citarasa.

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

16. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.      

Cara Buat Roti John Mini Homemade. Mudah Sangat! Boleh Letak Inti Banyak-Banyak.

Kredit resipi & foto: Nurul Shuhada Nsar

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI