Selain pelbagai jenis manisan, hidangan berasaskan pastri selalunya menjadi pilihan untuk dihidangkan untuk para tetamu yang bertandang ketika majlis rumah terbuka. Paling digemari ramai tentunya pastri manis. Dihasilkan dengan pelbagai rupa dan rasa yang enak, hidangan ini tentunya memikat selera ramai untuk menikmatinya. Istimewa buat anda, RASA kongsikan aneka resipi pastri manis terbaik hasil air tangan Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din, pemilik Loyang Bread.

 

1. ECLAIRS

BAHAN-BAHAN (PASTRI):

  • 125gm tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh gula
  • 100gm mentega
  • 3 biji telur

BAHAN INTI:

  • 2 cawan susu penuh krim
  • 6 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/3 cawan tepung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 60gm mentega

BAHAN GANACHE:

  • 2/3 cawan cip coklat
  • 1/2 cawan krim putar

CARA MEMBUAT:

  1. Satukan air dan mentega kemudian masak atas api sehingga menggelegak. Kemudian matikan api dan masukkan tepung. Kacau sebati dan hidupkan api sekali lagi sehingga tepung masak.  
  2. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
  3. Apabila adunan sebati, masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
  4. Bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
  5. Untuk membuat ganache coklat, panaskan susu dan masukkan cip coklat. Biarkan sebati dan sejukkan.
  6. Akhir sekali, hiaskan permukaan eclair dengan ganache coklat.

 

2. JAPANESE CREAMPUFF

BAHAN-BAHAN (PASTRI):

  • 125gm tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh gula
  • 100gm mentega
  • 3 biji telur

BAHAN PUFF CRUST:

  • 85gm tepung
  • 50gm gula
  • 65gm mentega
  • 1/2 biji kuning telur

BAHAN INTI:

  • 2 cawan susu penuh krim
  • 6 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1/3 cawan tepung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 60gm mentega

CARA MEMASAK:

  1. Masak air bersama mentega sehingga menggelegak dan matikan api. Masukkan tepung dan kacau sebati.
  2. Kemudian hidupkan api dan masak tepung. Kemudian masukkan adunan ini yang telah disejukkan ke dalam mesin pengadun dan masukkan telur.
  3. Biarkan adunan sebati dan masukkan ke dalam beg paiping. Paip bentuk puff mengikut kegemaran anda.
  4. Untuk membuat puff crustsebatikan semua bahan dan bentukkan menjadi doh. Rol adunan dan potong segiempat. Letakkan ke atas adunan yang dipaip tadi dan bakar pada suhu 170C selama 20 minit.
  5. Untuk membuat inti, Panaskan susu. Dalam bekas lain campurkan telur, gula dan tepung. Ambil 1/2 cawan susu yang dipanaskan tadi dan campurkan dalam adunan tepung. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam lebihan susu. Kacau atas api sehingga masak dan masukkan mentega. Kemudian disejukkan.
  6. Paipkan inti ke dalam pastri yang dibakar dan boleh dinikmati.  

 

3. APPLE CRUMBLE TART

BAHAN KULIT PASTRI:

  • 240gm tepung gandum
  • 170gm mentega sejuk | dipotong kecil
  • 2 sudu makan gula aising
  • 4 sudu makan air ais

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan tepung dan mentega. Gaul sebati hingga jadi seakan serbuk roti.
  2. Masukkan gula aising dan gaul sebati. Masukkan air ais dan uli hingga jadi doh.
  3. Masukkan doh ke dalam plastik dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit. Biarkan seketika dan buat inti dan topping.

 

BAHAN INTI EPAL:

  • 5 biji epal hijau
  • 2 sudu makan jus lemon
  • Secubit garam
  • 2 sudu makan mentega
  • 100gm gula perang
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 sudu makan tepung jagung

CARA MEMBUAT:

  1. Kupas kulit dan potong buah epal menjadi dadu kecil.
  2. Panaskan gula dan mentega. Masukkan potongan epal dan gaul rata.
  3. Masukkan garam, serbuk kulit kayu manis dan juga tepung jagung. Kacau dan gaul sebati hingga epal menjadi lembut dan sos sedikit pekat.
  4. Tambahkan jus lemkn dan gaul sebati. Angkat dan sejukkan.

BAHAN CRUMBLE:

  • 75gm tepung agndum
  • 35gm mentega tanpa garam
  • 35gm gula perang

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan tepung dan mentega. Jadikan sekaan serbuk roti.
  2. Masukkan gula perang dan gaul hingga sebati.

 CARA MEMASAK:

  1. Canai doh kulit tat sederhana nipis. Kemudian letakkan dalam acuan tat yang telah disapu dengan mentega.
  2. Tekan doh pada acuan dengan kemas supaya doh melekat dengan sempurna. Jika ada lebihan doh, potong bagi mengemaskannya.
  3. Masukkan inti epal yang telah disejukkan tadi dan tabur crumble sehingga menutupi inti.
  4. Panaskan ketuhar pada suhu 210C selama 10 minit. Kemudian masukkan tat tadi dan bakar pada suhu yang sama selama 15 minit.
  5. Kemudian turunkan suhu ke 190C dan bakar selama 45 minit hingga tat berwarna keperangan.

 

4. TAT BUAH

BAHAN KULIT TAT:

  • 250gm mentega
  • 120gm gula aising
  • 2 biji telur gred B
  • 480gm tepung gandum | jika lembik, tambah tepung sehingga dapat tekstur sempurna

CARA MEMASAK:

  1. Ayak gula aising ke dalam mangkuk besar. Masukkan mentega dan pukul menggunakan pemukul hingga sekata.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi seketika.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga membentuk doh.
  4. Bulat-bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dasarnya dengan garpu.
  5. Bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit atau sehingga masak.

BAHAN KASTAD:

  • 1 cawan tepung kastad
  • 2 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu makan mentega

BAHAN HIASAN:

  • Coklat masakan secukupnya | cairkan guna kaedah double-boiler
  • Buah kiwi | dipotong
  • Buah anggur | dipotong
  • Strawberi | dihiris

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kecuali marjerin ke dalam periuk. Masak diatas api sederhana besar sehingga pekat.
  2. Masukkan marjerin. Matikan api dan teruskan mengacau sehingga cair sepenuhnya.
  3. Ambil kulit tat dan sapu nipis coklat masakan yang telah dicairkan. Ketepikan.
  4. Masukkan adunan kastad yang dimasak tadi ke dalam piping bag. Kemudian picit ke dalam kulit tat dengan secukupnya.
  5. Susun buah-buahan pilihan dengan secukupnya.
  6. Sedia untuk dinikmati.

 

5. TAT KEJU BLUEBERI

BAHAN KULIT TART:

  • 250gm mentega
  • 450gm tepung gandum
  • 100gm gula kastor

BAHAN KRIM KEJU:

  • 250gm krim keju
  • 60gm gula kastor
  • 50gm mentega
  • 1 biji telur
  • Jem blueberi secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan kulit tat, campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Masukkan doh dalam acuan dan bentukkan.Bakar suhu 170C darjah selama 20 minit.
  2. Bagi menyediakan inti, masukkan krim keju, gula kastor dan mentega di dalam mangkuk adunan. Pukul hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi hingga semua bahan sekata.
  4. Masukkan krim keju ke dalam piping bag dan paipkan sedikit ke dalam kulit tat.
  5. Sudukan jem blueberi kemudian paipkan krim keju hingga penuh. Hias bahagian atas krim dengan sedikit jem blueberi.
  6. Bakar selama 10-15 minit api atas dan bawah suhu 170C.
  7. Angkat dan sedia dinikmati.

 

6. PAVLOVA

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm telur putih
  • 300gm gula castor
  • 1 1/2 sudu teh perasa vanila
  • 1 1/2 sudu teh cuka
  • 1 sudu makan tepung jagung

BAHAN KRIM VANILLA:

  • 100gm custard segera
  • 250gm susu segar
  • 700gm krim putar

CARA MEMASAK:

  1. Untuk menyediakan meringue, putar telur putih sehingga separuh kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar.
  2. Masukkan vanila, tepung jagung dan cuka. Teruskan memutar sehingga adunan apabila dipegang tidak terasa gula atau adunan tidak jatuh apabila diterbalikkan.
  3. Bentukkan adunan di atas kertas pembakar. Boleh juga masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan atas dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas. 
  4. Bakar pada suhu 130C selama 50 minit.
  5. Sementara meringue pavlova masak, boleh sediakan krim vanilla. Campurkan custard segera dengan susu. Gaul sehingga sebati.
  6. Setelah itu putar bersama krim putar di dalam mesin pemutar sehingga kembang.
  7. Masukkan krim dalam piping bag dan paipkan di atas meringue.
  8. Kemudian paipkan sedikit jem strawberi dan hiaskan dengan buah-buahan kesukaan anda seperti strawberi,anggur dan kiwi.