Mudah, cepat dan enak! Pizza Cones Berkeju ni memang layan. Cara nak buatnya pun tak susah malah lengkap dengan sayur-sayuran. Bagi anda yang gemarkan rasa keju, ha…pasti sukakan hidangan ini. Cubalah! Sekali makan, pasti nak lagi.
PIZZA CONES BERKEJU
Ads
BAHAN-BAHAN:
Ads
150gm sos pasta segera
50gm isi jagung manis ( dalam tin)
50gm lada benggala hijau | potong dadu
50gm bawang besar | potong dadu
60gm keju cheddar | potong dadu
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada hitam
Roti sandwic secukupnya
Air
Keju mozarella secukupnya
Ads
CARA MEMASAK:
Masukkan sos pasta, jagung, bawang besar, keju cheddar, garam dan serbuk lada hitam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Kemudian masukkan lada benggala. Gaul lagi hingga sebati.
Ambil roti dan potong tepinya.
Gelek roti hingga nipis. Sapu air pada sisi roti dan bentukkan menjadi bentuk kon.
Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Bakar roti yang telah dibentuk tadi selama 5-7 minit.
Keluarkan dan sejukkan roti.
Sudukan inti ke dalam kon roti dengan secukupnya.
Seterusnya sudukan keju mozarella.
Bakar kembali menggunakan suhu yang sama selama 5 minit.
Sedia untuk dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Apa lagi alasan nak lepak/ngopi kat kedai mamak? Nak makan Roti Canai? Roti bom? Roti Pisang? Roti Telur?
Oleh kerana di rumah ni ada ahli keluarga yang macam tak sah hidup kalau tak ngeteh kat kedai mamak kan, RMO hari ketiga ni kita buatkan pelbagai menu dari resipi asas Prata/Roti Canai.
Jom kita follow resipi pasti menjadi dari Chef Sue.
PRATA/ROTI CANAI
Bahan-Bahan:
1kg tepung gandum
400ml air (air biasa saja)
60ml minyak jagung (minyak masak biasa pun boleh)
60gram susu pekat manis
1 sudu teh garam halus
Mentega/Marjerin secukupnya
Cara-cara:
1. Satukan tepung gandum, garam, minyak dan susu pekat manis ke dalam mangkuk pengadun. Uli dengan kelajuan perlahan.
2. Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk pengadun dan teruskan uli hingga membentuk doh yang tak melekat di mangkuk pengadun. Kuantiti air mungkin perlu di kurangkan jika doh dah tak melekat. Uli selama 10-12 minit pada kelajuan medium.
3. Keluarkan doh dari mangkuk pengadun lalu sambung uli atas papan pencanai. Bulat-bulatkan doh sebesar separuh penumbuk atau boleh timbang 70-80gram sebiji.
4. Susun doh di dalam loyang yang dah disapu mentega/marjerin. Beruskan lagi mentega/marjerin diatas doh-doh yang di susun dalam loyang tadi. Tutup dengan cling wrap dan biarkan semalaman (10-12 jam pun tak apa) atas meja (suhu bilik/biasa, bukan simpan dalam fridge).
5. Untuk menebar, gunakan bahagian belakang dulang/loyang bersaiz besar yang disapu minyak. Canaikan senipis mungkin dengan cara menarik-narik doh ke bahagian tepi loyang hingga nipis. Kemudian angkat satu hujung doh dan gulung. Jika suka boleh tambah apa2 yang disukai seperti hirisan pisang, taburan gula, bancuhan telur dan sebagainya.
6. Panaskan sedikit minyak di kuali leper kemudian letakkan roti tadi dan goreng hingga keperang-perangan dikedua-dua bahagian. Hidangkan panas dengan kuah dhal, kari ayam atau apa-apa jenis sambal tumis. Enjoy!
*Saya uli doh ini jam 4pm semalam dan canai pagi tadi jam 8am. Lagi lama perap lagi lembut roti canai.
Jika ke pasar malam, pasti ramai yang suka beli Roti Khurasan inti daging ini. Rotinya sangat ringkas. Ia berupa roti yang diletakkan inti dan kemudiannya dibalut dengan kulit popia seterusnya digoreng.
Makan panas-panas memang sedap roti ni. Intinya cukup mudah disediakan. Asasnya adalah bawang yang ditumis dengan daging. Jika tiada daging kisar, boleh sahaja guna daging burger, Tapi rasanya mungkin sedikit lain dari rasa inti Khurasan yang biasa kita makan. Jika alah dengan daging, gantikan sahaja dengan isi ayam kisar. Sama sedapnya.
Roti ini dibalut dengan kulit popia. Kita akan guna 2 keping kulit popia untuk membalut roti ini.Barulah bila dimakan, rasa lebih rangup dan roti pun tidak terlalu berminyak.
Jom buat untuk makan-makan bersama keluarga. Pasti ramai yang suka resipi perkongsian saudari Nor Azlinda Linda ni. Selamat mencuba!
RESIPI ROTI KHURASAN INTI DAGING SEDAP ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN:
BAHAN INTI:
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar atau bawang holland hingga layu.
2.Masukkan daging kisar. Kacau hingga daging masak. Jika tiada, boleh guna daging burger atau isi ayam kisar.
3.Bila daging sudah masak, masukkan sos cili dan sos tomato. Jumlahnya bergantung selera. Cuba untuk dapatka rasa yang sesuai dengan selera anda.
4.Perasakan dengan sedikit garam. Gaul sebati dan padamkan api.
5.Ambil roti dan belah tengahnya. Belah tengah atau tepi, tidak kisah. Ikut selera.
6.Masukkan inti dengan secukupnya.
7.Ambil sekeping kulit popia. Balut roti dengan kemas dengan sapu hujungnya dengan air atau bancuhan tepung gandum.
8.Ambil sekeping lagi kulit popia. Balut untuk kali kedua. Jadi sebiji roti akan balut guna 2 keping kulit popia.
9.Panaskan minyak dalam kuali. Goreng roti tadi. Pastikan goreng dalam minyak yang panas supaya minyak tidak menyerap pada roti.
10.Terbalikkan roti 2-3 kali supaya minyak tidak terlalu serap.
11.Angkat, toskan minyak dan Roti Khurasan sedia untuk dinikmati.
Menu sarapan hari ni kita buat yang anak-anak suka. Roti menjadi kesukaan mereka. Jadi untuk lebih enak, kita letakkan sosej dan cheese. Harum semerbak bila membakarnya nanti buat anak tak sabar nak makan.
ROTI SOSEJ CHEESE Bahan A 250gm tepung roti ( wajib untuk dapatkan roti yang lembut ) 35gm gula halus 5gm yis ( 1 sudu kecil ) 50gm mentega/butter 90gm air sejuk peti ais 1 biji telur Secubit garam 1 peket sosej (direbus sekejap) Mixed vege rendam dalam air panas sekejap dan tos (campur dengan sedikit mayonis) Mayonis Sos cili Cheese parmesan/mozzarella
Cara membuat: 1.Masukkan semua bahan A dalam bread maker/ mixer kecuali mentega 2.Bila dah sebati, baru masukkan mentega 3.Uli lagi hingga doh jadi elastik dan lembut 4.Perap sekejap dalam 30 minit. 5.Timbang setiap doh 40gm. 6.Bentukkan bulat dan canai memanjang. 7.Masukkan dalam paper cup untuk roti. 8.Bila doh dah naik sikit, baru letakkan sosej. 9.Biarkan roti naik kembang 2x ganda. 10.Bila dah kembang letakkan mixed vege. 11.Paipkan sos cili dan mayonis. 12.Taburkan cheese. 13.Sedia untuk dibakar suhu 180 selama 20-25 minit.