Teringin nak makan daging tapi nak masak cepat, maka pilihan menu paling tepat adalah daging yang bergoreng atau tumis. Dua cara masak ini 10-15 minit boleh siap, tapi ramai yang komen tekstur daging selalu liat atau keras. Untuk mengatasi masalah ini, korang baca info yang RASA kongsikan ini,  ia boleh membantu menyelesaikan masalah dan menjadikan masakan lebih sedap.

Petua Tumis Daging Tak Liat & Sedap Walau Masak Sekejap .

Hiris Nipis-Nipis

Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.

Jangan Cuci

Selepas dihiris, jangan cuci daging, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika di masak, sukup sekadar mengelapnya dengan tisu dapur.

Petua Tumis Daging Tak Liat & Sedap Walau Masak Sekejap .

IKLAN

Perap

Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran  bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula.  Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.

 Petua Tumis Daging Tak Liat & Sedap Walau Masak Sekejap .

Masak Sekejap

Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 3-5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat.  Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.

IKLAN

Diharapkan dengan tip ini daging yang anda tumis atau goreng bukan hanya tidak liat tetapi juga lebih cepat dan sedap.  Tak tau nak masak daging dengan resipi apa, jangan risau RASA turut kongsikan dua resipinya di sini.

Petua Tumis Daging Tak Liat & Sedap Walau Masak Sekejap .

DAGING GORENG  KAILAN

BAHAN-BAHAN:

IKLAN

Bahan Perapan Daging:

  • 300gm daging | hiris nipis
  • 1 sudu teh kicap
  • 2 sudu teh minyak sayur
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Sedikit garam dan gula

Bahan Sos:

  • 2 sudu makan air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung

Bahan Tumis:

  • 3 pokok anak kailan | potong 3-4cm  & celur angkat
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 biji cili merah | hiris serong
  • 2 biji bawang merah | hiris
  • 6 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam dan perasa secukupnya

 CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
  2. Sambil itu sediakan sos. Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
  4. Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan bawang putih, bawang merah hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi.
  6. Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
  7. Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
  8. Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  9. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI