Dah siap pilih yang segar waktu di pasar tapi bila dah simpan makanan laut dalam freezer dan keluarkan untuk masak udang sotong semuanya dah lembik dan tak segar. Rasa manis pun dah hilang.

Ini memang selalu terjadi, tapi ada cara untuk kita mengekalkan kesegaran makanan laut yang dibeli dan dalam masa yang sama mengekalkan kemanisan makanan ini.

Caranya ada dikongsi oleh Shazura Bahari. Menurut beliau petua ini dikongsi oleh nelayan tempat beliau selalu membeli makanan laut.

IKLAN
Caranya
  • Selepas membeli makanan laut seperti ikan, udang, sotong sebelum menyimpannya di dalam bahagian sejuk beku gaulkan taburkan dengan gula.
  • Sebaiknya pek lauk ini mengikut kuantiti sekali makan.
  • Untuk jimat boleh juga letak semua makanan laut ini dalam satu bekas dan gaul dengan gula terlebih dahulu. Kemudian barulah diasingkan.
  • Bagi udang, boleh juga letak sedikit perahan limau. Jika mahu memastikan kekal segar selama 1-2 bulan boleh letak air dalam bekas simpan udang ini.
@resepidapurkakshaz Gula memang wajib di masukkan jika masak seafood!!! ingat petua kak shaz tu😉 Resepi campak-campak tapi hasilnya gempak! memang sedap sangat-sangat!! yang penting ringkas dan tak banyak bahan🥰 #masakcarakakshaz #resepidapurkakshaz #kakshazstyle #daridapurkakshaz ♬ Chanda Chamke Cham – JNCVK.Njr

IKLAN

INFO: Petua ini menjadi jika makanan laut yang dibeli memang segar. Ia bukan untuk menyegarkan makanan laut yang sudah tak segar.

IKLAN

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI