Minyak zaitun banyak manfaat kesihatan, semua orang tahu hal ini. Ini kerana lemak terkandung di dalamnya adalah lemak baik. Selain itu, ia mengandungi antioksidan yang bagus dalam mencegah penyakit berbahaya seperti jantung, stroke dan diabetes.

Bagi memperolehi manfaat minyak zaitun, selain diambil secara terus ia juga boleh dicampurkan dalam masakan. Nak tahu macam mana caranya?  Ini ada cara yang boleh korang pratikkannya sebagai permulaan mengamal menu  yang lebih sihat.

Cara Betul & Sihat Guna Minyak Zaitun Dalam Masakan.

Guna Untuk Menumis

Kalau sebelum ini, korang tumis sayur menggunakan minyak masak biasa, sekarang tukar pada minyak zaitun. Ia kerana minyak zaitun mengandungi lemak baik yang  boleh meningkat kadar kolestrol baik dan menjadikan aroma sayur yang ditumis lebih sedap. Namun satu perkara perlu korang tahu, minyak zaitun tidak boleh digunakan sebagai minyak menggoreng kerana ia memerlukan masa lama dan api yang panas, ini akan menyebabkan nutrisi  rosak dan tiada manfaat untuk kesihatan.

IKLAN

Cara Betul & Sihat Guna Minyak Zaitun Dalam Masakan.

Sapukan Pada Roti

IKLAN

Sebelum ini korang sapukan mentega pada roti, sekarang tukarkannya dengan minyak zaitun yang lebih sihat dan kaya dengan nutrisi. Lemak baik dan antioksidan dalam minyak zaitun ini sangat baik untuk kesihatan jantung berbanding mentega.

Cara Betul & Sihat Guna Minyak Zaitun Dalam Masakan.

IKLAN

Sebagai Dressing Salad

Sebelum ini anda biasa menggnakan mayones sebagai dressing salad buah atau sayur, sebenarnya ia kurang sihat. Kerana kandungan lemak dalam mayones sukar dibakar, ia juga salah satu punca koranag naik berat badan.  Jika anda tukar pada minyak zaitun sebagai dressing, ia adalah lebih baik dan sihat. Untuk menyediakan dressing minyak zaitun, korang hanya perlu campurkan minyak zaitun dengan garam, sedikit gula dan perahan jus lemon dan serbuk lada hitam dan bawang putih cincang. Masukkan dalam botol, goncang dan sedia digunakan sebagai dressing.

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI