Musim cuti persekolahan tentunya padat dengan jemputan kenduri kendara. Di setiap majlis tentunya banyak dihidang lauk pauk berdaging, pedas dan berempah, yang akhirnya membuatkan perut berasa kurang selesa dan sebu.  Jika anda alami masalah ini, usah risau kerana anda boleh atasinya dengan cara-cara berikut.

CARA REDAKAN SENGKAK PERUT & RASA SEBU

Perut Sebu & Tak Selesa, Ini Cara Atasinya.

1. Air Lemon Suam
Mulakan pagi anda dengan minum segelas air suam yang dicampur dengan perahan jus lemon. Masukkan sedikit madu jika anda tidak suka terlalu masam. Ia akan membantu mengembalikan sistem imunisasi anda, mengimbangkan kadar PH dah menyahkan toksin dalam badan.

2. Air Halia Suam
Halia memang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan kita. Halia dapat mengeluarkan angin dan menyingkirkan lemak. Hanya hiriskan beberapa keping halia dan rendamkan bersama air panas. Jika suka boleh tamabahkan madu dan perahan jus lemon.

IKLAN

Perut Sebu & Tak Selesa, Ini Cara Atasinya.

3. Banyakkan Minum Air Kosong
Elakkan minum air yang bergas, manis dan berkafien. Ini kerana badan anda memerlukan cecair yang secukupnya untuk melancarkan proses penghadaman. Jadi pastikan minum air kosong dengan banyak.

IKLAN

4. Rehatkan Sistem Penghadaman
Jangan makan makanan yang berat, ini kerana sistem penghadaman anda perlu berehat.  Makan makan yang ringan seperti  sup dan aiskrim. Kunyah makanan anda dengan perlahan-lahan dan hancur, jika tidak makanan yang tidak hancur akan tersimpan dalam perut dan menyebabkan gas gerlaku.

Perut Sebu & Tak Selesa, Ini Cara Atasinya.

IKLAN

5. Senaman Ringan
Bila perut tidak berasa selesa, ia bukan alasan untuk anda tidak bersenam. Pilihlah jenis senaman yang anda suka seperti berjoging, yoga, atau berjalan. Bila badan anda bergerak, toksin dalam badan anda dapat dikeluarkan.

Perut Sebu & Tak Selesa, Ini Cara Atasinya.

6. Makan Dalam Jumlah Yang Sedikit

Makan memang sangat penting untuk kita memperoleh tenaga seharian. Tetapi bila adanya majlis-majlis kenduri sebegini, sebaiknya ambik makanan dalam jumlah yang sedikit sahaja kerana ada banyak lokasi lagi yang memerlukan anda untuk makan. Pengambilan hidangan dalam jumlah yang kecil mampu mengelakkan anda mengalami masalah sengkak perut dan sebu. 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI