“ Persediaan saat akhir sebab handphone rosak, sehari sebelum baru dapat tahu terpilih ke sesi penjurian.”– Norsyahida Binti Mat Isa. Norsyahida Binti Mat Isa juga terpilih sebagai salah seorang wakil Zon Utara untuk ke peringkat Separuh Akhir dan akan berentap bersama 11 finalis yang lain untuk menempah tempat ke peringkat akhir yang pemenangnya akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10,000!
Bercerita tentang perjalanannya menyertai pertandingan ini, Norsyahida tidak menyangka menu Kari Kepala Ikan Nyoq berjaya menambat hati juri. “Terus terang, sememangnya saya tidak sangka boleh menang. Apa pun saya sangat bersyukur. Alhamdulillah boleh sampai ke peringkat ni” ujarnya yang masih tidak percaya masakannya Kari Kepala Ikan Nyoq terpilih dan masih lagi terkejut setelah diumumkan.
Malah ketika namanya diumumkan dia masih duduk dibangku dan dia tidak menyedari Shiha mengumumkan namanya, sehinggalah suaminya datang memberitahu. Syahida naik ke pentas dengan keadaan masih terkejut. Seakan tidak percaya hidangannya hari itu menjadi dua terbaik. Benarlah kata orang, kalau sudah rezeki tidak ke mana. Pastinya hidangan yang dianggap biasa itu , punya rasa enak sehingga juri sepakat memilihnya. Peserta bernombor 007 ini berasal dari Kepala Batas dan sering berkongsi resipi di beberapa grup masakan di Facebook. Dan pada hari pertandingan, rasa gementarnya ini tidak dapat dibendung kerana ia merupakan penyertaan pertama kalinya ke pertandingan memasak.
Sejak awal lagi, Norsyahida ini tidak meletakkan harapan tinggi untuk terpilih ke peringkat seterusnya kerana menang kalah itu adat pertandingan namun sekiranya terpilih, dia beranggapan itu rezeki anak-anaknya. Walaupun sedikit kalut menyediakan bahan untuk pertandingan #jagOHrasaBABAS ini, peserta ini lega telah berjaya membawa masakannya bertemu juri di Mydin Bukit Mertajam.
Bila ditanya, sekiranya beliau menang meraih undi bersama 11 finalis yang lain ini, Norsyahida menjawab akan buat yang terbaik walaubagaimanapun menang kalah adat bertanding, semua ini adalah pengalaman yang sangat baru baginya.
Ads
Resipi yang dipertandingkan di pentas #jagOHrasaBABAS ini telah diolah sendiri setelah belajar dari arwah nenek suami dan kawan-kawannya. Norsyahida berkata,
“saya olah mengikut citarasa saya sendiri dan paling mudah yang paling penting sekali saya menggunakan rempah BABAS baru rasa asli dan kari sejati!”.
Norsyahida berkata lagi, “saya sangat suka masak gulai, sebab suami saya suka makan gulai. Gulai ni adalah menu yang saya bersungguh-sungguh belajar sampai saya rasa berpuas hati. Waktu saya kerja dulu saya akan bawa bekal lauk ni untuk kawan-kawan. Alhamdulillah mereka puji masakan saya. Bila dapat peluang join pertandingan #jagOHrasaBABAS rasa sangat seronok dan saya berusaha sehabis baik untuk pertandingan ni”.
Beliau jika berterima kasih kepada Shiha Zikir kerana berkongsi link pertandingan ini di Facebook kerana dari situlah terdetik perasaan ingin mencuba nasib dalam pertandingan ini.
KARI KEPALA IKAN NYOQ
BAHAN-BAHAN: Bahan tumis: 1 sudu kecil halba campur Daun kari (kuantiti ikut suka) 2 ulas bawang putih (hiris nipis) 3 atau 4 ulas bawang merah (hiris nipis)
Bancuhan rempah: 2 paket kecil Rempah Kari Ikan Baba’s 2 sudu besar Rempah Kari Daging Baba’s Serbuk cili ikut suka (jika nak pedas) 1 sudu kecil asam jawa Garam secukup rasa Sedikit hirisan bawang merah dan putih Air (Kacau semua sekali bagi sebati)
Ads
Ikan (ikut suka) Santan Bendi Tomato Cili muda atau cilipadi Daun kari Serbuk perasa
CARA MEMASAK: 1. Tumis semua bahan tumis di atas sehingga kekuningan 2. Masukkan bancuhan rempah, kacau sebati dan biarkan sampai rempah pecah minyak 3. Masukkan ikan (ikut suka ikan apa yang kita suka) kacau bagi ikan mesra dengan rempah, 4. Masukkan sedikit sahaja santan dan tambah air 5. Masukkan bendi, tomato, cili muda atau cilipadi, perasakan dengan serbuk perasa dan biarkan kuah mendidih 6. Tutup api biarkan sekejap. Akhir sekali tabur daun kari untuk menaikkan lagi aroma kari kita.
JAGOH RASA BABA’S
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Berkerjaya atau tidak, suri rumah, atau masih belajar, layak untuk menyertai pertandingan ini.
Ads
Pada peringkat awal, peserta hanya perlu menghantar gambar masakan berserta resipi penuh secara atas talian iaitu melalui laman web majalah Rasa. Selepas pemilihan awal, perserta yang layak perlu melalui sesi penjurian bagi mencari Top 12 yang diadakan di empat lokasi iaitu di Pulau Pinang, Kota Bharu, Johor Bahru dan Subang Jaya.
Seterusnya peserta Top 12 akan dipilih melalui undian secara atas talian bagi mendapatkan 4 tempat ke final dan seterusnya bakal bertanding secara berhadapan.
JAGOH RASA BABA’S menawarkan wang tunai dan trofi.
Tempat Pertama: RM10,000 Tempat Kedua: RM5,000 Tempat Ketiga: RM3,000 Tempat Keempat: RM1,000 Saguhati: RM500 x 8 peserta
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Syawal bakal menjelma. Ibu-ibu tentunya sibuk merancang untuk membuat kek dan biskut raya yang menjadi kegemaran sekeluarga. Walaupun kita beraya dalam keadaan norma baharu, kuih raya tetap perlu ada di atas meja. Apa kata untuk Syawal kali ini, kita cuba cipta resipi kek dan biskut baru yang sedap dan menyelerakan.
Dengan menggunakan produk Dr. Oetker Nona, segalanya menjadi lebih mudah dan resipi anda gerenti menjadi jika menggunakan sukatan yang tepat. Dalam sekelip mata, pelbagai jenis kek dan biskut yang enak boleh dihasilkan.
Dr. Oetker Nona hadir dengan rangkaian produk membuat kek dan biskut yang lengkap. Antaranya Dr. Oetker Nona Serbuk Koko, Dr. Oetker Nona Sodium Bikarbonat, Dr. Oetker Nona Tepung Naik Sendiri, Dr. Oetker Nona Tepung Biasa, Dr. Oetker Nona Tepung Kastard, Dr. Oetker Nona Kanji Jagung, Dr. Oetker Oats Segera, Dr. Oetker Nona Esen Vanilla, Dr. Oetker Nona Hundreds & Thousands dan lain-lain.
Rangkaian produk yang lengkap ini memudahkan kita untuk membuat dan mencuba resipi kek dan biskut kegemaran keluarga daripada seringkas kek mentega hinggalah kek coklat kesukaan anak-anak. Dengan produk Dr. Oetker Nona ini juga kita boleh menghasilkan kuih-muih pencuci mulut untuk hidangan sepanjang berpuasa dan selepas hari raya.
Produk Dr. Oetker Nona juga didatangkan dengan pek ekonomi dan terdapat beberapa produk disertakan dengan acuan kek atau bekas pembakar. Menariknya, anda juga boleh mencampurkan beberapa produk untuk menghasilkan kek atau biskut yang sempurna. Memang memudahkan tugas ibu-ibu.
Istimewa sempena bulan Syawal ini, Dr. Oetker Nona berkongsi resipi kek dan biskut yang boleh anda cuba. Semuanya mudah dan yang penting rasanya memang sedap. Selamat mencuba.
KEK OATS KURMA BERSOS KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
200gram kurma – buang biji dan cincang
125gram mentega – lembutkan pada suhu bilik
2 cawan Dr. Oetker Nona Tepung Naik Sendiri
½ cawan Dr. Oetker Oats Segera
¾ cawan gula perang
1 ½ cawan air panas mendidih
2 biji telur
1 sudu teh Dr. Oetker Nona Sodium Bikarbonat
1 sudu teh Dr. Oetker Nona Esen Vanila
BAHAN-BAHAN B (SOS KARAMEL)
300ml krim putar
60gram mentega
1 cawan gula perang
½ sudu kecil Dr. Oetker Nona Esen Vanila
CARA MEMASAK:
Letakkan cincangan kurma ke dalam mangkuk tahan panas bersama Oetker Nona Sodium Bikarbonat. Tuang air panas mendidih lalu kacau rata. Tutup mangkuk dan biarkan selama 20-30 minit atau hingga kurma lembut.
Di dalam mangkuk pengadun, pukul mentega bersama gula dan Oetker Nona Esen Vanila hingga lembut dan agak kembang.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga telur sedikit kembang.
Tuang kurma yang telah lembut tadi ke dalam mangkuk pengadun. Kacau rata.
Masukkan Oetker Nona Tepung Naik Sendiri dan Dr. Oetker Oat Segera lalu kaup-balikkan sebati.
Tuang bancuhan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit mentega lalu ratakan.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 45 minit atau hingga kek masak.
Untuk membuat sos karamel, satukan semua bahan di dalam kuali lalu didihkan selama 3 hingga 5 minit (sambil mengacau berterusan) atau hingga sos likat. Tuang sos karamel ke atas kek.
Di dalam mangkuk pengadun, satukan Oetker Nona Tepung Jagung, Dr. Oetker Nona Tepung Kastard, Dr. Oetker Nona Tepung Gandum, Dr. Oetker Nona Serbuk Koko dan gula aising. Gaul rata.
Masukkan kuning telur. Gaul sebati hingga menjadi seperti ‘breadcrumbs’.
Masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli sederhana hingga menjadi doh yang lembut.
Terap doh mengikut citarasa dan hias dengan Oetker Nona Gula Manik
Bakar pada suhu 170°C selama 15 hingga 20 minit atau hingga biskut masak.
Sertai Rasa Masak Challenge Dessert Series #RiangRayaBersamaDrOetkerNona & Menang Hadiah
Jom sertai Rasa Masak Challenge Dessert Series #RiangRayaBersamaDrOetkerNona bermula 19 April sehingga 10 May 2021. Anda hanya perlu masak, share & menang hadiah.
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu:
Buat satu hidangan pencuci mulut/biskut raya dan rakam video berdurasi 1 – 2 minit atau ambil gambar hidangan pencuci mulut/biskut raya anda dengan cara yang paling kreatif.
Muat naik video atau gambar pencuci mulut/biskut raya anda di Instagram atau Facebook dengan caption yang paling kreatif dan jangan lupa gunakan hashtag #majalahrasa #DrOetkerNona #RiangRayaBersamaDrOetkerNona.
Tag @majalahrasa @droetkernona dan 3 rakan anda. Pastikan akaun Instagram anda dipublickan.
Kalau nak seribu daya, itulah yang dilakukan oleh selebriti cantik manis Kilafairy ni. Demi mama tercinta penyanyi Rohana Jalil, dia sanggup minta resipi Mi Kari Udang Galah dari tauke restoran mi kari kegemaran mamanya.
.
Berpandukan resipi itulah Kilafairy meluangkan masa seharian bersama mama tercinta untuk menyediakan mi kari kesukkan mamanya itu dalam program Rasa Anak Emak Anak Bapak yang bersiaran pada selasa lepas, jam 1.00 petang di Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
.
Kelakarnya, siapa yang masak sebenarnya, Kilafairy atau Mamanya, kerana kecoh dari membeli barang-barang nak masak mi kari sampailah masa memasak. Tapi semua itu bukan persoalankan, yang penting dua beranak ni sangat enjoy di dapur bersama.
.
Dalam pada kecoh, dan walaupun tak dapat udang galah yang besar dua beranak ini tetap berjaya menyiapkan mi kari dengan jayanya. Rasa boleh tahan kerana Rohana sentiasa membantu Kilafairy anak kesayangannya itu di dapur. Kalau korang semua nak rasa keenakan Mi Kari Udang Galah Kilafairy nib oleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
.
MI KARI UDANG GALAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg mi kuning | celur dan tos
500gm udang Galah
1 liter santan
3 sudu makan minyak sapi
1 sudu makan halba campur
1 sudu makan serbuk cili
3 sudu makan rempah kari
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
2 pokok daun ketumbar
12 biji bebola ikan | belah dua
2 keping kek ikan | hiris
8 biji Tauhu Pok | belah dua
2 keping asam gelugor
1 sudu teh perasa Cukup Rasa
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
6 ulas bawag merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
1 sudu makan udang kering
BAHAN HIASAN:
4-5 pokok sawi | potong dan celur
3-4 biji cili merah hiris
Bawang goreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan halba campur dan daun kari.
Kemudian tambahkan campuran rempah kari bersama serbuk cili yang dicampur bersama.
Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan santan, biarkan mereneh.
Setelah mereneh masukkan udang, bebola ikan, kek ikan dan asam gelugor.
Perasakan dengan serbuk cukup rasa, garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan tauhu pok tadi.
Setelah siap tuangkan kuah dalam mangkuk berisi mi yang telah dicelur, kemudian hias di atasnya dengan bahan hiasan.
Mi Kari Udang Galah sedia dihidangkan.
Kepada korang yang ingin menonton artis-artis lain bersama ibu atau bapa mereka memasak di dapur, tunggukan Rasa Anak Emak Anak Bapak yang bersiaran setiap hari Selasa jam 1.00 petang di Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Bagi penggemar Kentang Putar, resipi homemade ini antara yang boleh dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan namun hasilnya sangat menyelerakan. Malah kosnya juga tentulah lebih berbaloi. Sekali buat, satu keluarga boleh makan. Jika beli, dah berapa kan? Nak cuba? Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KENTANG PUTAR @ MASH POTATO
BAHAN KENTANG PUTAR:
8 biji ubi kentang
1 kotak kecil susu segar
2-3 sudu makan mentega
2 sudu teh MAGGI® CukupRasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk lada sulah secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Kupas kulit ubi kentang dan belah dua.
Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga meneggelamkan kentang.
Rebus ubi kentang selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.
Bila ubi kentang telah empuk, angkat dan toskan airnya.
Masukkan mentega ke dalam bekas ubi kentang dan lenyek hingga halus.
Tambahkan MAGGI® CukupRasa, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka rasa kentang yang pedas, lebihkan.
Tuang susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang anda suka. Fungsi susu adalah untuk membuatkan kentang putar rasa lebih berlemak dan gebu.
Lenyek lagi kentang sehingga semua bahan sekata. (lebih mudah jika menggunakan hand blender kerana tekstur akan jadi halus)
BAHAN SOS (GRAVY):
1 biji bawang besar – dadu
2 ulas bawang putih – dadu
4 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum@ jagung
2 kiub pati ayam
MAGGI® Pes Lada Hitam secukupnya
2 1/2 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana. Biarkan sehingga bawang bertukar warna sedikit keperangan. 2. Masukkan tepung gandum/ jagung. Kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga bertukar jadi warna sos yang anda suka. 3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Bila sudah sebati, padamkan api dan masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga semua bahan hancur dan halus. 4. Tuang kembali sos yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak guna api sederhana. 5. Masukkan kiub ayam dan juga MAGGI® Pes Lada Hitam dengan secukupnya. 5. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Sebatikan. 6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul. 7. Angkat dan hidangkan bersama kentang putar yang telah dimasak tadi.
PETUA: Jika mahukan rasa kentang yang lebih berlemak dan halus, boleh lebihkan mentega dan juga susu.