Bila sudah masuk hujung tahun, pastinya ramai yang mahu menghabiskan cuti tahunan masing-masing dan meluangkan masa bersama keluarga. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga dan antara aktiviti wajib tentunya pergi bercuti. Anda pasti teruja dan inilah masanya untuk ‘lari’ seketika daripada kesibukan di pejabat.
Apabila pergi bercuti, tentunya keselesaan menjadi faktor utama, lebih-lebih lagi jika anda bercuti bersama anak-anak. Banyak yang perlu disediakan. Boleh ‘potong’ mood kalau tiba-tiba ada barang yang tertinggal. Untuk elakkan perkara ini berlaku, kami kongsikan 6 barang yang wajib dibawa ketika pergi bercuti.
1. Pes Makanan dan Makanan Segera
Ini antara barang yang wajib anda bawa untuk memudahkan urusan terutamanya jika bercuti di luar negara. Pasti sukar untuk mendapatkan makanan yang halal di sana dan jika ada, harganya pasti mahal. Jadi, anda boleh bawa pes makanan dan makanan segera sebagai jalan penyelesaiannya.
Antara makanan yang popular ketika pergi bercuti adalah mi segera, minuman 3 in 1, makanan sedia makan (ready to eat) dan pes makanan. Ada juga yang menyediakan makanan kering seperti Sambal Ikan Bilis Kering dan Serunding. Sedikit sebanyak makanan ini dapat menjimatkan wang anda. Tak gitu?
2. Alas Mangkuk Tandas
Penggunaan tandas sememangnya tidak dapat dielakkan ketika bercuti. Sekiranya anda bercuti di dalam Malaysia, anda boleh memilih untuk menggunakan tandas duduk atau tandas cangkung. Tetapi jika di luar negara, kebanyakan tandas awam adalah tandas duduk.
Anda mungkin bernasib baik jika tandas tersebut bersih. Ada juga tandas yang dipenuhi dengan kesan tapak kasut. Walaupun sudah dibasuh dan dijirus, bekas tapak kasut masih ada dan kebersihannya tidak terjamin.
Solusinya, hanya beli alas mangkuk tandas. Anda boleh membuat pembelian secara dalam talian menerusi Shopee atau Lazada dengan harga yang lebih murah. Dalam satu bungkus mempunyai lebih kurang 50 helai. Jadi, memang perlu beli sebagai bekalan semasa anda bercuti.
3. Kutleri
Kalau dah pergi bercuti tu, pasti kita nak cuba rasa makanan tempatan atau street food yang popular di tempat tersebut. Bila dah bungkus bawa balik ke hotel, baru perasan tiada sudu dan garfu yang diberikan. Hotel pula tiada sediakan kutleri di dalam bilik. Anda mungkin perlu minta daripada lobi hotel.
Jadi, lebih baik anda bawa kutleri sendiri. Mudah dan tak perlu nak berkongsi dengan orang lain. Nak lagi senang, bawa sudu dan garfu pakai buang. Tak perlu nak basuh. Selain itu, anda juga boleh membawa gunting lipat. Ia berguna apabila anda tidak mahu makan banyak dan hanya mahu merasa sedikit makanan yang dibeli. Bolehlah gunakan gunting tersebut untuk memotong makanan.
4. Portable Travel Steamer Iron
Kalau dah namanya perempuan, mesti mahu sentiasa nampak cantik dan kemas walaupun sedang bercuti. Bawalah portable travel steamer iron bersama-sama kerana sesetengah hotel hanya menyediakan satu tempat untuk menggosok pakaian dan perlu berkongsi dengan orang lain. Jika anda bawa iron sendiri, barulah anda lebih selesa dan tidak perlu lagi berkongsi.
Kini portable travel steamer iron boleh didapati pada harga yang berpatutan. Beli saja di Shopee atau Lazada, pasti anda boleh beli pada harga yang jauh lebih murah. Antara jenama yang boleh anda beli adalah Xiaomi. Harganya sekitar RM81 saja. Mampu milik bukan?
5. Multi Soket
Multi Soket juga merupakan antara barang yang perlu dibawa untuk memudahkan anda mengecas pelbagai gajet yang dibawa. Tidaklah anda berebut dengan ahli keluarga yang lain atau terpaksa menunggu giliran untuk mengecas gajet anda nanti. Jangan nanti anda kehabisan bateri telefon bimbit pula ketika mahu merakam momen-momen indah bersama keluarga.
6. Kit Kecemasan
Benda yang paling penting tapi sering dilupakan adalah Kit Kecemasan. Memang sangat perlu disediakan kerana ia sangat berguna sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Sesetengah tempat penginapan tidak menyediakan kit kecemasan terutamanya jika anda menginap di Airbnb.
Benda paling utama adalah ubat-ubatan seperti ubat gastrik, minyak cap kapak, Povidone Iodine, plaster dan Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak (Nin Jiom Pei Pa Koa). Jangan lupa letakkan juga pelitup muka dan hand sanitiser kerana ia merupakan antara keperluan penting sejak Covid-19 melanda dunia.
Bila sedang bercuti, cuaca yang tidak menentu, habuk serta asap akan membuatkan anda rasa tidak selesa. Dengan adanya segala ubat-ubatan ini terutamanya Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak (Nin Jiom Pei Pa Koa), rasa yang tidak selesa akan dapat dilegakan.
Ia mengandungi madu dan lebih daripada 10 herba semulajadi yang dapat membantu melegakan tekak anda. Memang wajib dibawa ke mana-mana kerana ia sesuai untuk seisi keluarga, untuk dewasa dan kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas.
Selain itu, boleh juga bawa Kandi Herba Cap Ibu dan Anak untuk menyegarkan nafas dan juga melegakan tekak sepanjang anda bercuti. Ia kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Kami harap tip-tip ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan percutian anda. Happy holiday!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI