Penyaram gula apong ini memang sedap. Selain penyaram, ia juga dipanggil cucur jawa atau kuih topi. Rasanya yang lemak manis memang meminat selera.
Salah satu kuih orang lama tapi hingga kini masih lagi disukai ramai. Bila makan, menggamit nostalgia zaman kecil.
Boleh cuba buat sendiri kuih ini. Baru boleh diubahsuai ikut selera kita sendiri. Ikut resipi yang dikongsikan oleh puan FransCisca FransCylia ini ye.
Panyeram Gula Apong
Bahan-Bahan:
250gram atau 2 cawan tepung gandum 250gram atau 2 cawan tepung beras teratai 500gram atau 2 cawan air panas (supaya ggula pasir dan gula apong cepat larut) 250gram atau secawan gula pasir (kalau nak kurang manis, boleh kurangkan kepada 190gram atau ¾ cawan) 250gram atau 1 cawan gula apong/gula merah
Cara Memasak:
Satukan tepung-tepung, gula psir dan gula apong ke dalam satu bekas.Tuangkan sikit-sikit air panas sambil gaul sebati adunan tersebut.
Ads
Pastikan adunan betul-betul sebati dan tapiskan adunan untuk elakkan tepung berketul-ketul.
Rupa adunan tak pekat dan tak cair. Kalau nak perap semalaman pun boleh atau dalam 3-4 jam pun boleh. Kalau tak nak perap dan terus goreng pun boleh. Tapi kalau nak perap, pastikan perap dalam peti ais. Bila nak guna, biarkan dalam suhu bilik dulu. Kalau adunan nampak pekat boleh tambah sikit air. Tapi jangan banyak takut makin cair adunan nanti.
Untuk menggoreng, panaskan minyak dalam kuali. Pegang chppstick kayu letak kat tengah mnyak. Pastikan api dibuka. Bila hujung chopstick dah berbuih banyak, kecilkan api dan boleh tuang adunan ke dalam minyak.
Goreng satu demi satu menggunakan api yang perlahan dan minyak sedikit. Kalau minyak dah kurang boleh tambah minyak lagi sikit. Tip: Kalau tuang je adunan pada bahagian tepi terus jadi lper dan tak naik brsarang itu maksudnya minyak belum cukup panas. Kalau tuang je adunan dan bahagian tengah terus brlubang itu mksudnya api dah sangat panas. Jangan biarkan kuih terlalu lama dalam minyak, nanti kuih jadi liat dan keras.
Angkat dan toskan. Ulangi langkah hingga selesai.
Siap!
Ektra Info:
* Guna air panas supaya gula pasir dan gula apong cepat larut. * Kalau adunan nampak pekat sangat, boleh tambah air sikit-sikit sebab kadang ada gula apng jenis yang dalam paket keras dan kering di bahagian bawah ada yg cair. Keluarkan gula apong paket lepas tu gaul dulu supaya sebati barulah timbang masuk dalam adunan. * Saya guna tepung gandum (sauh), tepung beras (cap 3 gajah), minyak msak (cap tukang masak).
Menu berbuka apa ye hari ini? Ada yang suka berbuka dengan menu yang simple tapi mengenyangkan seperti Popia Begedil.Ubi kentang dan isi ayam yang digoreng memberi kesedapan pada begedil anda.
Popia Begedil Bahan-bahan: Ubi kentang digoreng dan dilenyek sampai lembut Daun Sup/bawang dihiris halus Isi ayam digoreng+garam sikit dan digunting halus Bawang goreng Bawang putih digoreng dan ditumbuk Lada cili / merah ikutla rentak rasa uolls
Cara memasak:
1.Masukkan bahan-bahan tadi,lada sulah sikit dan gaulkan sampai sebati .
2.Ambil kulit popiah kecil lipat sikit bahagian atas dan letak inti dan gulunglah begedil bersama kulit popia tadi. (kalau tak lekat letak air di mana bahagian yang tak lekat) 3.Panaskan api seperti biasa sebelum digoreng.
4.Pukul 3 biji telur dalam mangkuk lain dan ambil begedil popia tadi dan celupkan begedil tadi dan terus masuk kuali untuk digoreng.
5. Nampak kekuningan terus angkat dan bolehlah hidang dan taburlah sikit daun sup. Sumber : Noraini Othman
Kelantan Darul Naim sememangnya cukup terkenal dengan aneka makanan serta kuih muih yang sedap-sedap serta manis. Bukan itu sahaja, lauk pauknya juga memang meriah. Jika berkunjung ke negeri ini, lokasi yang wajib dituju semestinya di pasar-pasar tradisional atau pasar-pasar kampung yang ada di setiap daerah. Lihat aneka makanan yang dijual. Memang sangat banyak dan boleh rambang mata dibuatnya. Harganya pun murah. Lagilah sakan memborong.
Makanan-makanan ni ada diantaranya mempunyai nama yang pelik dan menggerikan. Tapi rasanya sangat sedap. Oleh itu, jika anda ada jumpa, cubalah. Pasti tak menyesal.
1. KATOR
Kuih tradisional Kelantan yang semakin jarang dijumpai. Ia dihasilkan dari tepung beras dan dimakan bersama air gula melaka. Biasanya kuih ini ditabur dengan kepala parut serta beras pulut goreng sebelum dimakan. Memang sedap! Lebih istimewa kuih ini menggunakan gambir sebagai bahan pewarna serta memberikan rasa yang unik.
BAHAN A:
250gm tepung pulut
180ml air
BAHAN B:
Sebesar ibu jari gambir
60ml air panas
1/2 sudu teh air kapur
( Larut semua dan tapis)
SIRAP GULA MERAH:
120gm gula merah
50gm gula pasir
150ml air
(Satukan semua bahan, larutkan dan tapis)
SAMPINGAN:
100gm beras pulut – sangai hingga garing
1/2 biji kelapa parut | campur dengan sedikit garam
CARA MEMASAK:
Satukan bahan A dan B. Uli hingga jadi doh.
Didihkan air dalam periuk.
Gentel doh seperti buah melaka. Masukkan ke dalam air. Rebus sehingga doh timbul.
Angkat dan toskan air. Golek dalam kelapa parut hingga tersalut sempurna.
Untuk menghidang, tabur beras pulut sangai dan tuang sirap gula merah.
Sejenis hidangan sampingan diperbuat daripada jantung pisang yang biasanya disediakan di majlis-majlis kenduri pada zaman mak-mak kita dulu. Untuk menyediakannya, jantung pisang akan dihiris, kemudian dimasak bersama serbuk kari serta bahagian-bahagian ayam yang biasanya tidak dimasak sewaktu kenduri. Contohnya seperti tengkuk, kaki, hempedal dan hati. Sekarang, masih ada yang menyediakan hidangan ini namun agak jarang dan susah untuk dijumpai. Sesekali ke pasar, ada juga peniaga yang menjual hidangan ini tapi tidak selalunya ada. Sedap! Rasanya seakan rendang atau kari pekat.
BAHAN-BAHAN:
1 tongkol jantung pisang-dibelah dua dan kerat melintang halus-halus.
1 mangkuk besar campuran organ ayam (seperti hati, pedal,jantung,leher dan kaki ayam dipotong kecik)
2 sudu besar rempah gulai darat-kalau tak ada boleh guna rempah gulai kawah atau kari daging.
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halia- tak letakpun tak apa
2 inci lengkuas
5 biji cili kering
1 sudu besar rempah ketumbar-ada orang goreng tanpa minyak dulu, saya tak buat
3-4 sudu kerisek
1 kotak 200ml santan
2 keping asam gelugor/asam keping
Sedikit budu-kalau tak suka tak payah letak
Garam Gula
CARA MEMASAK: (Caranya seperti memasak gulai darat Kelantan)
Hiris jantung pisang. Untuk mengelakkan jantung pisang menjadi hitam, rendamkan dalam air garam sebaik dipotong. Ramas dan perahkan sebelum dicelur dalam air yang banyak bersama sedikit garam. Celur hingga lembut, tapiskan dan perah. Ketepikan.
Kisar semua bawang, cili, halia, lengkuas dan ketumbar.
Masukkan bahan mesin dalam kuali bersama-sama bahan ayam.
Masukkan juga rempah gulai darat/kari. Masak hingga naik bau.
Masukkan santan, asam keping dan garam/budu serta gula. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan kerisekserta jantung pisang yang telah dicelur tadi. Kacau mesra.
Masak hingga kuah pekat/bahan menjadi lembab2 sikit.
Kuih Asam Gumpal merupakan sejenis manisan tradisional yang dibuat menggunakan sagu mata ikan, dimasukkan inti dan dimasak dalam kuah santan manis. Ia sangat laris dan menjadi pilihan ramai terutamanya di bulan puasa.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan sagu
2 cawan santan pekat
1/2 sudu makan halba
gula secukup rasa
secubit garam
INTI:
Kacang hijau secukupnya | direndam
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Basuh sagu dan rendam sehingga kembang.Kemudian kukus hingga separuh masak. Sejukkan.
Bagi menyediakan inti, rebus kacang hijau hingga lembut dan masukkan gula. Masak hingga inti kering.
Ambil sagu dan masukkan inti. Jadikan seperti bentuk bebola.
Masukkan santan ke dalam periuk, masukkan halba, garam dan gula dengan secukup rasa. Bila kuah dah sedikit mendidih serta gula larut, masukkan sagu yang digumpal tadi.
Masak hingga sagu masak sepenuhnya. Sedia untuk dinikmati.
Kuih tradisional yang sangat popular di Kelantan. Seperti namanya, bahan utama untuk menghasilkan kuih ini adalah telur itik. Teksturnya lembut, bertelur dan manis. Enak dimakan sejuk-sejuk. Ada juga yang memanggil kuih ini dengan nama Kuih Sekaya.
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur itik
9 biji telur ayam
2 helai daun pandan/daun sireh
100ml santan kotak
250gm gula melaka
70gm gula pasir
1/2 cawan air
1 sudu makan air kapur
1/4 sudu teh garam
6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Masak gula melaka, gula pasir, daun pandan dan bunga cengkih hingga larut. Simpan semalaman.
Satukan telur, air kapur dan garam. Pukul hingga berbuih.
Masukkan santan dan air gula melaka. Kocok sebati, tapis dan tuangkan ke dalam loyang.
Panaskan kukusan dan kukus selama 30 minit atau hingga masak.
Hidangan yang biasa dinikmati sewaktu sarapan. Ia adalah berupa nasi putih yang dimasak sedikit lembik dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kelongsong daun pisang dan kemudiannya dilapisi dengan pelbagai jenis lauk seperti gulai ikan, telur dadar, sambal udang, serunding dan sebagainya. Memang sedap! Jika anda biasa dengan Nasi Kerabu dan Nasi Dagang, kali ini cuba pula Nasi Tumpang.
BAHAN-BAHAN:
½ kg beras
1000ml air
6 helai daun pisang
BAHAN GULAI IKAN:
200gm ikan kembung
2.5cm kunyit hidup | dikisar halus
2.5cm lengkuas | dikisar halus
6 ulas bawang merah | dikisar halus
4 biji cili kering | dikisar halus
500ml santan pekat
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
BAHAN TELUR DADAR:
5 biji telur ayam
1 biji bawang besar | dimayang
50gm daun bawang | dimayang
1 biji cili merah | dimayang
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Nasi: Cuci beras hingga bersih dan masak bersama 1000ml air sehingga nasi itu lembut (seperti nasi himpit) kemudian biarkan ia suam. Ketepikan.
Gulai ikan: Semua bahan yang dikisar dicampurkan dengan santan, masak sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan biarkan masak.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga kuahnya pekat. Ketepikan.
Telur dadar: Pecahkan telur dan campurkan bahan yang dimayang dan garam secukup rasa. Pukul sebati.
Panaskan kuali dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Untuk membungkus nasi tumpang: Kelongsongkan daun pisang kemudian masukkan nasi lembik 1/3 kelongsong tadi dan tekan hingga padat.
Kemudian masukkan hirisan telur dadar.
Masukkan satu lapis lagi tekan sehingga padat dan masukkan lagi lauk gulai ikan.
Masukkan pula nasi ke atas lauk tadi dan bungkuskan.
Sedia dihidangkan dan dinikmati.
6. LAWAR
Hidangan sampingan yang dihasilkan dari isi ikan mentah yang dimasak menggunakan jus limau nipis. Ia kemudiannya digaul dengan pelbagai jenis ulam-ulaman dan dimakan bersama nasi.
BAHAN PERAP:
5 ekor ikan tamban (dibuang sisik dan dibuang tulang)
Cuka makan
(Perap ikan bersama cuka dalam 10 minit)
3-4 biji limau nipis (kena masam)
BAHAN ULAM:
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
Pucuk janggus/gajus
Cili padi
Garam secukup rasa
CARA-CARA:
Ikan yang diperap tadi diperap dibuang air perapannya. Kemudian potong kecil isinya.
Tumbuk cili padi mengikut tahap kepedasan yang digemari.
Masukkan cili tumbuk kedalam isi ikan yang telah dipotong tadi. Perah jus limau nipis.
Masukkan daun kesum, pucuk janggus dan bunga kantan. Perasakan dengan garamdengan secukup rasa.
Akhir sekali masukkan hirisan kacang panjang. Gaul sebati. Sedia untuk dinikmati.
Sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan telur. Rupanya seakan kuih bahulu namun tawar. Untuk menikmatinya, nekbat perlu dimasak bersama air gula terlebih dahulu. Nekbat biasanya banyak dijual dalam bentuk kering ( seperti bahulu) dan tahan lebih lama serta boleh disimpan di dalam peti sejuk.
Kuih tradisi yang dihasilkan dari kelapa parut. Ia banyak dijual di pasar seperti di Pasar Siti Khadijah.
BAHAN-BAHAN:
1kg kelapa parut | dibuang kulit hitamnya
1 cawan santan sederhana pekat
120gm tepung beras | di bancuh dengan sedikit air
480gm gula pasir
1 helai daun pandan | dikisar dan diambil airnya
Pewarna oren secukupnya
Pewarna hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan kelapa parut dan gula pasir ke dalam kuali. Kacau rata sehingga sebati.
Selepas itu masukkan santan dan tepung beras. Kacau lagi sehingga semua bahan sebati.
Bila sudah agak kering, kedua-dua bahan dibahagikan kepada dua bahagian.
Satu adunan dimasukkan air daun pandan dan pewarna hijau dan satu adunan lagi dimasukkan pewarna oren.
Setelah selesai masukkan adunan hijau ke dalam loyang dan lapiskan dengan adunan warna oren di atas. Biarkan sejuk seketika.
Bila dah sejuk bolehlah di hidangkan.
9. KERABU SARE
Kerabu yang dihasilkan dari rumpai laut kering yang dipanggil ‘sare/sarey’. Menu ini mudah didapati pada bulan puasa. Dahulu kala, di majlis-majlis kenduri, kerabu sare ini antara hidangan wajib dihidangkan buat tetamu namun kini, agak sukar untuk melihatnya disajikan di majlis-majlis sebegitu. Ia mungkin disebabkan oleh proses penyediaannya yang rumit serta sukar untuk memperolehi bekalan rumpai laut.
BAHAN-BAHAN:
150 gm sare | direndam 8 jam dan ditoskan
(BAHAN A)
7 biji cili kering | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
10 ulas bawang merah | dikisar
2 cm halia | dikisar
1/2 biji kelapa | ambil santan pekat
1/2 sudu teh cuka
1/2 sudu teh budu
(BAHAN B)
1 biji kelapa | dibuat kerisik
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 cm halia
2 ekor ikan kembung | direbus dan diambil isinya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA:
Tumis bahan (a) sehingga pecah minyak. Ketepikan.
Kemudian gaul bahan (b) dengan bahan (a) dan sare hingga mesra.
Sedia untuk dihidang.
10. PUTU HALBA
Putu halba adalah antara kuih yang popular di Kelantan terutamanya ketika tibanya musim tengkujuh. Rupanya seakan putu piring namun ia dihasilkan dari parutan ubi kayu segar yang digaul bersama halba, dimasak bersama gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Memang sedap jika dimakan panas-panas. Teksturnya sedikit liat memang mengasyikkan lebih-lebih lagi dimakan sewaktu cuaca sejuk.
Kuih tradisionalseperti Kuih Kole Kacang memang sedap. Kalau tabur banyak tahi minyak, lagi sedap. Namun tak ramai yang berani nak cuba buat kuih ini secara homemade kerana beranggapan ia susah untuk dihasilkan. Menerusi perkongsian saudari Noor Nira, beliau kongsikan resipi Kuih Kole Kacang yang sangat mudah dan sedap. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK KUIH KOLE KACANG & TAHI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
400gm tepung kacang hijau – beli tepung yang telah siap disangai. Ada dijual di kedai bakeri.
500gm santan
4 cawan air (cawan metrik)
200gm air
350gm gula merah
2-3 helai daun pandan
BAHAN TAHI MINYAK:
500gm santan
Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Satukan air, gula merah dan daun pandan. Panaskan sampai gula larut dan hancur. Sejukkan. 2. Dalam bekas berasingan, masukkan tepung kacang hijau, santan, air dan air gula yang telah disejukkan. 3. Kacau sebati hingga menjadi adunan yang tidak berketul. 4. Masak campuran adunan tadi dalam kuali menggunakan api perlahan. Terus kacau sehingga adunan meletup-letup kecil.
5. Tuang adunan ke dalam loyang bersesuaian. Biarkan sejuk. 6. Untuk menyediakan tahi minyak, masak santan yang telah dicampur garam menggunakan api kecil keperangan. Tapis untuk buang lebihan minyak.
7. Tabur tahi minyak diatas kuih Kole Kacang tadi.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.