Photo 4

Pengendali restoran makanan laut The Manhattan FISH MARKET (MFM) memberi nafas baharu kepada 27 cawangan korporatnya di seluruh Malaysia yang bermula di cawangan Wangsa Walk di Kuala Lumpur.

Pengubahsuaian penuh cawangan keempat ini merupakan sebahagian daripada usaha menampilkan wajah dan sentuhan serba baharu dengan ruang dalam lebih cerah dan ceria mencerminkan gaya hidup yang menyeronokkan untuk menggalakkan para pengunjung restoran untuk bersantai dan menjamu selera bersama-sama. Suasana ini dilengkapi dengan menu baharu yang menawarkan pelbagai cita rasa menarik.

Yang Berhormat Tuan Chong Chieng Jen, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut hadir di majlis pelancaran tersebut.

Pengalaman Serba Baharu Di The Manhattan Fish Market

Pengalaman Serba Baharu Di The Manhattan Fish Market

IKLAN

MFM telah bekerja keras untuk menghasilkan menu inovatif baharu ini yang menjanjikan sesuatu untuk setiap pelanggan, seperti mereka yang inginkan pilihan makanan sihat, sajian ringan dan menu kanak-kanak, fish and hand cut chips di atas kertas kalis gris bagi pelanggan yang ingin
menikmati juadah dengan tangan dan sos buatan tersendiri untuk mereka yang suka mencuba sesuatu yang baharu.

Sebahagian daripada proses penjenamaan semula, MFM memperkenalkan sajian baharu dalam menu, termasuk kentang goreng hand cut dan enam (6) pilihan baru sos tartar seperti garlic herb, curry tartar, spicy grapefruit tartar, lime tartar, BBQ tartar and spicy tartar untuk memenuhi cita rasa semua.

Pengalaman Serba Baharu Di The Manhattan Fish Market

IKLAN

Satu lagi usaha untuk menyerlahkan kepakarannya dalam makanan laut ialah pilihan yang diberikan kepada penjamu selera untuk menentukan makanan laut mereka dimasak dengan lima kaedah memasak berbeza, iaitu digoreng, direneh, digril, dibakar atau dipanggang api. Sajian utama Fish ‘N Chips kami akan dihidangkan di atas kertas kalis gris, membawakan pengalaman baharu dan menyeronokkan untuk menikmati juadah.

Pengalaman Serba Baharu Di The Manhattan Fish Market

IKLAN

Sebagai pakar makanan laut, inovasi bukanlah sesuatu yang asing bagi jenama ini. Baru-baru ini, MFM menambah sentuhan menarik kepada adunan tepung fish and chips tradisional dengan memperkenalkan perisa baharu seperti adunan tepung bersalut krim kraker, cookie dan Mamee.

Cawangan yang telah diubah suai sepenuhnya terletak di Wangsa Walk, Mid Valley, Sunway Pyramid dan Setia City Mall manakala cawangan korporat lain telah menjalani pengubahsuaian kecil. Kesemua 27 cawangan korporat kini menyediakan stesen tartar layan diri untuk pelanggan mendapatkan sos tartar, kertas kalis gris, sudu garpu dan sarung tangan.

Pengalaman Serba Baharu Di The Manhattan Fish Market

Pengalaman Serba Baharu Di The Manhattan Fish Market
MFM juga akan melancarkan Syoking Seafood Deal dari 19 hingga 23 Ogos 2019, yang akan menawarkan nilai hebat kepada pelanggan bermula dari harga di bawah RM10.
MFM dimiliki oleh Revenue Valley Sdn Bhd yang juga mengendalikan restoran popular seperti Tony Roma’s dan NY Steak Shack.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI