Satu lagi tempat makan yang best untuk dikunjungi adalah restoran Kak Anie Shellrock Tasik Shah Alam. Ada banyak sangat menu yang ditampilkan dengan harga yang berbaloi. Kalau pergi seisi keluarga pun best sangat sebab boleh pilih macam-macam ikut kesesuaian peringkat umur dan selera.
Rata-rata yang datang makan di sini memberikan review positif. Jom, boleh singgah ke sini untuk menjamu selera. Terletak di Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. Sambil makan boleh tengok memandangan tasik.
Kuah laksanya memang kaw! Manakan tidak, rupa-rupanya belacan yang digunakan untuk ramuan kuah laksa ini diambil khas hari Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman. Inilah keistimewaan dan kelainan laksa di Gerai Laksa Tanjung Dawai yang terletak di Kota Damansara, Selangor.
Bagi peminat laksa utara, anda kena cuba makan Laksa Tanjung Dawai. Pasti anda puas hati. Dengan kuahnya yang sedap, cita rasa laksa yang sebenar dapat anda nikmati. Apatah lagi di sini turut menyediakan satu menu yang mesti anda cuba iaitu laksa telur sarang.
“Kami menggunakan belacan istimewa yang dihasilkan dan diperoleh dari Tanjung Dawai.
Penghasilan kuah laksa pula dari proses menyiang ikan, mesin, tumis dan memasak semua saya buat sendiri. Seorang pekerja yang saya percaya membantu saya. Semua ini untuk memastikan rasanya sedap setiap hari dan konsisten demi kepuasan pelanggan,” cerita pemilik gerai, Siti Katina Azmi.
.
Selain laksa, di gerai ini turut ada cendol yang diletakkan boba. Menariknya, boba dibuat sendiri.
“Cendol dibuat menggunakan santan sawit. Boba kita buat sendiri kerana lebih puas hati kalau kita masak macam untuk dimakan sendiri,” katanya yang sanggup meninggalkan kerjaya untuk fokus pada perniagaan Laksa Tanjung Dawai.
Gerai ini telah dibuka sejak 2015. Harga menu yang ditawarkan adalah berpatutan. Laksa biasa RM5.00, laksa telur sarang RM6.00, cendol biasa RM3.00, cendol pulut RM3.50, cendol tapai RM4.50, cendol boba RM 4.00 dan cendol durian RM10.00.
.
Laksa dan cendol adalah menu yang jadi pilihan apabila duduk lepak di gerai pada waktu petang. Sebab itulah gerai ini sentiasa dikunjungi sama ada untuk makan di situ ataupun dibungkus untuk dibawa pulang. Menurut Siti Katina, setiap maklum balas pelanggan diterima dengan hati terbuka untuk penambahbaikan pada masa akan datang dan demi kepuasan pelanggan.
.
Antara yang mendapat maklum balas terbaik adalah telur sarang. Menurut Siti Katina, “Telur sarang menggunakan ramuan campuran tepung dan mempunyai teknik memasak tersendiri. Kita mahu kekalkan kerangupan telur walaupun telah digoreng lama. Minyak masak yang digunakan adalah baru setiap hari untuk memberikan kualiti yang terbaik untuk pelanggan.”
.
INFO GERAI
Nama gerai: Laksa Tanjung Dawai
Pemilik: Siti Katina Azmi & Amiruddin Kamaruddin
Lokasi: Seksyen 6, Kota Damansara, Sebelah Rumah TNB
Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (11.30 pagi – 7.00 petang)
Mesti cuba: Laksa telur sarang dan cendol boba
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bosan dengan menu masakan Melayu, apa kata ubah selera kepada makanan barat. Hidangan di Burnin ’Pit pelbagai, ada juga masakan Asia seperti nasi goreng yang boleh anda cuba.
Burnin’Pit terkenal dengan konsep barbeku gaya Amerika Selatan. Restoran ini mempunyai ruang salai khasnya dan reka bentuk dalaman yang bersuasana moden, berkelas dan selesa.
Walaupun anda tidak dapat menikmati suasana makan di dalam restoran, boleh saja membuat pesanan makanan dari restoran ini.
Makan Di mana hari ini berpeluang merasai hidangan istimewa yang disyorkan oleh restoran ini iaitu Brisket 200g platter (RM44) termasuk hidangan sampingan: Mac & cheese (RM7.50), bun homemade (RM2/satu) dan sos homemade – Gula Melaka & Peach and pickle.
Bila mengunyah daging brisket ini tekturnya sangat lembut, memang enjoy nikmatinya. Penuh dengan aroma smokey pada daging ini. Digabungkan dengan sos homemade yang ada rasa manis dan pedas, memang sempurna dinikmati.
Mac &cheese pula diolah dengan rasa lemak manun tidak muak makan. Bagi set ini anda boleh pilih daging yang menjadi kesukaan. Sama ada Beef brisket, premium(wagyu) beef brisket, beef ribs, pulled lamb, lamb ribs, jerk chicken atau pun peri peri chicken. Harga setiap satu juga berbeza.
Manakala untuk hidangan sampingan bagi set ini juga boleh dipilih sama ada southern slaw, mac & cheese, grilled vegetables with balsamic reduction, grilled corn with coconut, homemade beans ataupun mash potato with beef bacon bits.Setiap satu berharga RM7.50.
Bagi yang suka menu yang sederhana berat, bolehlah pilih Philly Cheese Steak Sandwich (RM28).Puas makan, untuk makan dua orang pun boleh kerana saiznya besar. Stiknya juicy.
Tidak lupa juga untuk yang bertekak Melayu, boleh rasa Brisket Fried Rice (RM26). Rasanya tambah istimewa dengan brisket dalam campuran nasi goreng ini. Digabungkan dengan sambal belacan dan acar. Memang lengkap rasa.
Harga makanan ini tidak termasuk caj cukai,dan caj penghantaran berbeza-beza mengikut lokasi anda tinggal.
Sous Vide Packaging
Melalui penggunaan pembungkusan plastik tanpa BPA, pencemaran dapat dikurangkan dan kesegaran makanan terjamin. Semua hidangan utama dan sajian sampingan yang dipesan perlu dipanaskan sebelum makan. Arahan pemanasan adalah seperti berikut:
Kelebihan lain dengan pembungkusan vakum ini ialah ia memberikan kemudahan, terutama bagi mereka yang ingin memesan seluruh brisket daging lembu, yang merupakan hidangan khas Burnin’ Pit.
Teringin nak rasa kelembutan brisket di sini, jangan lupa memesannya. Boleh makan bersama keluarga hujung minggu nanti.
ALAMAT
No. 24, Jalan 24/70A, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur
Inginkan suasana santai dengan hidangan yang cukup enak dan menyelerakan sambil berbual dengan yang tersayang atau teman-teman. Mardhiyyah Hotel & Suites teruja memperkenalkan pilihan hidangan gourmet pelbagai rasa di Borak Borak Café & Lounge yang terletak di hotel berkenaan.
Nikmati menu A la Carte yang dihias cantik dengan rasa yang pastinya tidak mengecewakan. Terdapat lebih daripada sepuluh hidangan yang setiap satunya menjanjikan citarasa yang berbeza. Pilih sahaja hidangan kegemaran anda seperti Seafood Cartocchio, Pizza Daging Salai, Pasta Capellini Prawn Mushroom, Pasta Spaghetti Seafood Aglio Olio, Ayam Cajun Bakar, Burger Daging, Piza Tuna Pedas, Mentaiko Prawn Aburi dan banyak lagi. Harga yang ditawarkan untuk hidangan ala carte di sini bermula dari RM 34.00.
Selain hidangan ala carte, bagi yang ingin menikmati set hi-tea yang juga cukup menarik untuk dinikmati. Dihidang cantik di atas set bertingkat, menjadikannya hidangan ini sesuai untuk berkongsi dan mencipta detik yang tidak dapat dilupakan. Jadikan momen itu sebagai peluang untuk diraikan bersama yang tersayang.
Hidangan set Hi-Tea tersebut membawakan Tuna Vol-Au-Vant, Mushroom Risotto, Prawn Croquettes, Zaatar Chicken, Fatush Salad dan Club Sandwich. Promosi bermula jam 2.30 petang hingga 6.00 petang setiap hari, pada harga RM 100.00 bersih untuk 2 orang. Akan mula dihidangkan kepada tetamu bermula 1 November hingga 31 Disember 2023, bagi yang ingin merasai sendiri keenakan hidangan di sini boleh terus menghubungi pihak Mardhiyyah Hotel & Suites.
Borak Borak Café & Lounge adalah tempat yang sesuai untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan, keluarga atau perjumpaan bersama klien dengan konsep tenang dan santai sambil menikmati aneka hidangan dan minuman sesuai dengan suasana hotel bertaraf 5 bintang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada caranya untuk membersihkan lendir dan hilangkan bau hanyir pada ayam segar yang dibeli. Bukan apa, jika ayam tak dicuci dengan bersih, memang akan berbau dan mempengaruhi rasa masakan kita nanti.