Kedainya biasa sahaja tapi menyajikan pelbagai menu yang menarik untuk dicuba. Daripada kuih-muih tradisional hinggalah kepada menu hidangan barat, semuanya ada. Lebih menarik, cendol durian pun ada.
Bagi penduduk daerah Kudat, Sabah dan sekitar, bolehlah datang ke sini. Layanan istimewa diberikan kepada semua pelanggan yang datang. Melihat gambar menu yang ditampilkan di facebook, memang sangat menarik. Bolehlah cuba ya!
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Satu lagi tempat makan yang best untuk dikunjungi adalah restoran Kak Anie Shellrock Tasik Shah Alam. Ada banyak sangat menu yang ditampilkan dengan harga yang berbaloi. Kalau pergi seisi keluarga pun best sangat sebab boleh pilih macam-macam ikut kesesuaian peringkat umur dan selera.
Rata-rata yang datang makan di sini memberikan review positif. Jom, boleh singgah ke sini untuk menjamu selera. Terletak di Persiaran Dato Menteri, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor. Sambil makan boleh tengok memandangan tasik.
Buat yang merindui menu dari Terengganu, boleh cuba di Celup Tepung yang terletak di Setia Alam. Antara menu popular di kedai ini ialah Nasi Dagang, Nasi Minyak Terengganu,Laksam serta Celup Tepung (Ikan, Udang dan Sotong). Team Makan Di Mana telah mencubanya dan ternyata sedap dan padu rasa.
Menurut pemiliknya, Rosdi Abd Rahman dan Anis Taib kini bisnes makanan yang diusahakan mencecah dua tahun. “Selama dua tahun ini banyak perit gentir yang dilalui terutamanya tempoh PKP menyebabkan perniagaan kedai makan agak memberi kesan dan masalah untuk mendapatkan pekerja agak susah. Namun itu bukanlah halangan buat kami untuk teruskan bisnes ini kerana mendapat permintaan yang baik dari pelanggan.”
Istimewanya menu di sini adalah olahan resipi warisan keluarga memandangkan suami Anis berasal dari Terengganu. Anis dapat belajar membuat kuah Gulai Nasi Dagang dari kakak Ipar dan resipi asli Terengganu. Selain itu juga adunan tepung untuk Celup Tepung adalah resipi asal Terengganu, bila makan rasa krup krup yang rangup serta air cuka / sos pencicah juga resipi asli dari Terengganu.
“Kami decide untuk buka kedai makan di Setia Alam, memandangkan kedai masakan Terengganu belum ada lagi. Saya memang suka menu Celup Tepung dan goreng pisang setiap kali ada majlis dengan komuniti kejiranan, kami akan buat menu goreng pisang panas-panas depan rumah.
Itulah tercetusnya idea untuk buka kedai makan Celup Tepung. Di Terengganu juga sangat popular dengan menu Celup Tepung hampir semua pantai-pantai di Terengganu menyajikan menu ini. Bila ingat Celup Tepung mesti akan ingat Terengganu.
Tambahan pula suami memang berpengalaman dalam bidang F&B selama 20 tahun pengalaman menjaga ramai VIP dan pembesar dalam dan luar negara, lebih mendorong untuk memiliki kedai makan sendiri,”
Menu Best Seller
Nasi Minyak dan Laksam sering menjadi permintaan pelanggan yang datang ke sini. Begitu juga dengan minuman Teh Tarik Buih.
Jika datang ke sini boleh juga mencuba Nasi Ikan Singgang. Nasi Putih,Ikan Singgang adalah Ikan Kembung dipotong separuh.Dihidang bersama seekor ikan Selar Kuning digoreng garing. Dilengkapkan pula dengan sambal, budu dan ulam. Rasa masam, masin yang seimbang,sesuai orang berpantang, berdiet dan yang kurang sihat. Campuran kuahnya daripada asam keping, lengkuas, bawang putih, kunyit hidup, sedikit tomato dan serai serta perasa.
Bagi yang nak cuba Laksam, kuah dibuat daripada hirisan ikan Selayang / sardin yang telah direbus dan diambil isinya. Kemudian isi ikan tersebut dikisar dan dicampur dengan santan, bawang merah, lada hitam dan perasa.
Dihidang bersama laksam yang telah dikukus, ulam (kacang panjang, timun, bunga kantan dan daun kesum), sambal dan limau kasturi.
Rasanye lebih lemak, pedas dan masam sangat sedap untuk minum petang atau untuk sarapan.
Untuk menu Celup Tepung Ikan, Udang dan Sotong memang puas makan.
Ikan ikan kembung bersaiz besar lebih kurang 200g digunakan. Begitu juga udang bersaiz besar AA digoreng rangup bersama tepung (adunan sendiri). Sotong juga dipilih bersaiz besar.
Semua celup tepung tadi dihidang bersama air cuka / sos pencicah buatan sendiri juga. Rasa sos ini ada masam, manis dan masin.
Buat yang ingin mencuba menu istimewa ini, bolehlah berkunjung ke kedai ini nanti.
Lokasi perniagaan
Terletak di No 32 GF Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Dalam keadaan pandemik ini, majlis kahwin pun tidak dapat dijalankan. Jadi nak merasa lauk kenduri pastinya sukar. Namun idea ini timbul buat pemilik Kampung Pengantin untuk mencetuskan kombo menu pengantin yang buat korang tak sabar nak makan. Hari ni, Makan Di Mana tapau masakan enak ini.
Syed Nahar Syed Hassan merupakan tulang belakang dan juga konsultan makanan bagi operasi Dari Dapur Kampung Pengantin. Berpengalaman melebihi 30 tahun dalam katering bermula dengan perniagaan keluarga di Alor Setar, Kedah. Berhijrah ke Kuala Lumpur dengan idea dan konsep perniagaan yang baru dengan resipi sendiri yang baru dan resipi lama , resipi keluarga turun temurun.
Kampung Pengantin Kuala Lumpur bermula sejak 2006, di Jalan Ampang dengan menyediakan kemudahan tempat dengan konsep berbeza untuk mengadakan majlis, katering dan servis yang berkaitan. 2006 – Wedding House (konsep rumah dan laman untuk majlis) 2009 – Al Fresco Wedding Hall (dewan terbuka) 2012 – Wedding Terrace Sky Garden (dewan dan taman tergantung) 2014 – The Sacred Garden (Taman Perkahwinan) 2020 – La Hacienda (dewan berkonsep santai ala resort) 2021 – The Gabion Garden (dewan berkonsep taman urban)
Dari Dapur Kampung Pengantin tercetus idea ketika pandemik menular dan masyarakat mengalami kesukaran dan kekangan untuk mengadakan majlis keramaian, ditambah dengan suara pelanggan yang teringin dan merindui untuk merasa nasi minyak dan lauk-pauk kenduri. Maka dengan Tagline ‘ Rasa & Rai Bersama, Di Mana Jua Anda Berada’ kombo lauk pauk kenduri ini tercetus.
Bagi yang ingin berkongsi rasa dan meraikan sebarang majlis seperti keluarga pengantin yang ingin meraikan majlis pernikahan bersama keluarga dan sahabat yang rapat, Dari Dapur Kampung Pengantin adalah pilihan yang tepat.
Dengan adanya nasi minyak set juga servis penghantaran maka dapatlah dirai bersama walaupun berjauhan. Menu yang disediakan adalah menu popular yang dihidangkan untuk majlis perkahwinan dari panel katerer Kampung Pengantin.
Menu Nasi Minyak yang terdiri daripada Nasi Minyak ,Ayam Madu Berempah,Daging Senandung Malam, Ikan Tempura Kampung Pengantin, Acar Timun Pengantin Popular dan Dalca Sayur.
Menu Nasi Udang pula terdiri lengkap dengan Nasi Udang Kampung Pengantin ,Ayam Madu Berempah,Acar Timun Pengantin Popular ,Ayaq Assam Lejen (cicahan masyarakat kampung orang utara)
Bagi harga: Nasi Minyak set A (3-4 orang) RM79 (tidak termasuk caj penghantaran) Nasi Minyak set B (5-8 orang) RM149 (penghantaran percuma ke kawasan terpilih dan diskaun 50% dari caj penghantaran untuk di luar liputan kawasan)
Nasi Udang set A (3-4 orang) RM89 (tidak termasuk caj penghantaran) Nasi Udang set B (5-8 orang) RM159 (penghantaran percuma ke kawasan terpilih dan diskaun 50% dari caj penghantaran untuk di luar liputan kawasan)
Untuk tempahan boleh melalui FB, Whatsapp 016 424 8035 ( sarah), 012 785 5337 (Nafis). Penghantaran adalah menggunakan Lala Move dan Grab.