Kini bila melangkah masuk je ke rangkaian kedai myNEWS, selain untuk tujuan mendapatkan barangan keperluan harian, korang juga mempunyai pilihan membeli pelbagai jenis minuman dan makanan yang berkonsepkan Ready To Eat, inspirasi dari makanan Jepun.
.
Kedai serbaneka kini menjual pelbagai makanan dan minuman, satu lagi penyelesaian bila perut lapar tapi nak cepat mendapatkan makanan yang sedap dan sihat. Korang hanya masuk, buat pilihan sama ada sandwich atau onigiri dan terus makan dengan harga berpatutan. Banyak pilihan makanan dan minuman yang boleh dipilih.Tak sempat,jangan risau, myNEWS ada buat delivery. Sangat mudah.
Ads
.
Memahami keperluan gaya hidup yang sibuk di kalangan rakyat Malaysia, myNEWS telah mengambil inisiatif menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkualiti, khususnya makanan, bagi memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan keperluan mereka di kedai runcit dengan mudah dan pantas.
Ads
.
Ads
Sejak penubuhannya pada Disember 1996, kini myNEWS telah berjaya berkembang dan mempunyai lebih daripada 5 juta pelanggan setiap bulan di lebih 500 cawangan di seluruh negara. Dengan berkembang dari stesen tradisional tunggal 23 tahun yang lalu, kumpulan myNEWS kini memiliki barisan produk sedia guna yang terbesar di Jepun. Dengan adanya dua kilang pembuatan makanan Jepun iaitu Gourmet Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd di Kota Damansara, ia dapat dapat memenuhi kesemua keperluan makanan di 500 outlet myNEWS sekarang.
.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Berikutan kejayaan restoran pertamanya, Santan hari ini melancarkan cawangan keduanya di pusat membeli-belah Sunway Pyramid untuk memenuhi permintaan tinggi daripada penduduk di sekitarnya.
Santan adalah jenama makanan dan minuman dalam penerbangan AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 11 tahun berturut-turut oleh Skytrax. Santan juga menetapkan visi untuk menjadi francais makanan segera pertama Asean.
Santan, yang dikenali sebagai jenama makanan dalam penerbangan pertama di dunia yang boleh didapati di restoran, melancarkan restoran pertamanya di Mid Valley Megamall di ibu kota pada bulan Disember 2019 atas sambutan luar biasa daripada komuniti pencinta makanan, baik tempatan dan antarabangsa.
Dilengkapi dengan teknologi digital di restoran fizikal, para pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera, bawa pulang atau penghantaran. Hampir satu pertiga pesanan dalam talian di cawangan Mid Valley adalah dari Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya seperti Puchong dan Subang, membuatkan Santan memilih Sunway Pyramid sebagai lokasi seterusnya.
Dalam ekonomi yang mencabar ini, Santan mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk membantu mantan kakitangan industri penerbangan. Mereka yang mempunyai latar belakang profesional dan berbeza seperti kru kabin dan perkhidmatan pelanggan akan dilatih semula dengan kemahiran untuk berhubung dengan pelanggan luar dan dalam talian Santan.
Santan turut menawarkan peluang perniagaan francais kepada pengusaha industri makanan dan minuman dengan nilai yang hebat. Dengan pakej francais yang kompetitif, pengusaha tempatan boleh memanfaatkan peluang pelaburan yang disokong oleh AirAsia dan rakan kongsinya. Santan akan memberikan sokongan dan latihan berterusan untuk semua pengusaha francais mulai suku keempat tahun ini.
Selain bekerjasama dengan rakan penghantar popular, Santan menawarkan perkhidmatan penghantaran sendiri dan disokong oleh platform penghantaran makanan AirAsia yang sedang berkembang iaitu OURFOOD, seterusnya memberi peluang kepada pengusaha francais untuk meningkatkan keuntungan.
Pengurus Besar Santan Catherine Goh berkata: “Kami berbangga kerana dapat mengembangkan perniagaan kami setelah melancarkan restoran pertama kira-kira setengah tahun lalu. Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan daripada pelanggan setia kami dan permintaan berterusan terhadap hidangan kami yang diilhamkan oleh ASEAN dengan kualiti yang tiada tandingan dan harga yang berpatutan. Walaupun situasi kini mencabar, kehadiran kami dalam industri makanan dan minuman dan visi strategik kami untuk mengembangkan Santan melalui peluang francais dipercepatkan oleh permintaan ramai.
“Selain membantu pengusaha tempatan menerokai industri makanan dan minuman, kami juga akan terus bekerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana tempatan untuk memasarkan produk mereka menerusi Santan dan mendapatkan hasil segar secara langsung daripada pengeluar pertanian tempatan melalui OURFARM. Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan. Sama ada anda menjamu selera, membawa pulang atau memesan hidangan Santan, anda secara langsung membantu komuniti setempat. Kami berharap dapat mengalu-alukan kedatangan anda ke cawangan baharu kami di Sunway Pyramid.”
Selain daripada hidangan panas, Santan juga memperkenalkan rangkaian produk beku siap dimakan seperti Nasi Lemak Pak Nasser dan Nasi Padang dengan Rendang Daging, serta menu baharu yang diilhamkan oleh Asean seperti Nasi Lemak Goreng dengan Ayam Goreng Berempah, Ayam Goreng dengan sos Keju Rempah dan Gado-Gado.
Untuk meraikan pembukaan cawangan baharu ini, Santan menawarkan promosi masa terhad untuk dua Hidangan Kombo yang terdiri daripada satu makanan dan minuman setiap kombo dengan hanya RM20. Promosi ini boleh didapati untuk menjamu selera, bawa pulang dan penghantaran di cawangan Sunway Pyramid dan boleh dipesan di santan.com.my dari 22 sehingga 31 Julai 2020 menggunakan kod promosi SUNWAY.
Untuk maklumat terkini mengenai Santan, ikuti mereka di Instagram (@santan.asean).
Kalau anda berada di Seksyen 36 Shah Alam, jangan lupa singgah di Warong Nasi Bajet. Terletak di Lot PT 85113, Jalan Kebun, Kampung Jawa, Selangor. Kedainya biasa-biasa sahaja tapi anda pasti puas hati dengan menu yang disediakan.
Dengan nama ‘bajet’ sudah pasti terfikir sesuatu yang murah. Ya, nasi yang dihidangkan di sini bermula dengan harga serendah RM4 untuk satu hidangan. Memang itulah tujuan pemilik kedai makan ini iaitu Khairul Fahmy dan ayahnya, Md Yasin.
“Tujuan utama kami membuka warung ini adalah untuk menyediakan makanan yang mampu dibeli oleh semua golongan. Walaupun dijual pada harga murah, namun kami ambil berat soal cita rasa. Murah tapi sedap dan mengenyangkan.Warung ini mula beroperasi sejak 9 Julai 2018,” ujar Khairul Fahmy yang menegaskan warungnya beroperasi dari jam 11.30 pagi hingga 10.00 malam tiap hari.
Peminat durian pastinya teruja dengan menu yang satu ini. Warong Nasi Bajet turut menyediakan menu cendol durian yang jadi igauan ramai. Lihat sahaja gambar-gambar menu cendol durian di media sosial Warong Nasi Bajet, memang boleh menggoda cita rasa.
.
“Kami turut menyediakan menu cendol durian dengan pelbagai jenis durian untuk dipilih mengikut kegemaran masing-masing. Harga hanya dari RM10 hingga RM30 mengikut jenis-jenis durian,” katanya.
Buat masa ini, Warong Nasi Bajet menjual cendol durian kampung, duiran udang merah, durian 101, durian musang king dan durian black thorn. Menurut Khairul Fahmy, ramai pelanggan datang ke sini untuk menikmati cendol durian musang king yang dijual pada harga hanya RM20 untuk makan di situ ataupun dibungkus. Ini harga termurah di pasaran.
“Review di facebook page kami juga sangat memberangsangkan. Hal ini membantu kami menerima pelanggan baru dan menerima kunjungan berulang pelanggan sedia ada,” ujar Khairul Fahmy.
Cawangan kedua Warong Nasi Bajet dibuka di Bukit Lanchong. Antara daya tarikan terbaru adalah meja berwarna-warni untuk menjadikan suasana lebih santai dan ceria.
“Selain itu, sebagai menghargai pelanggan, kami juga ada buat hari istimewa. Setiap bulan kami raikan mereka yang menyambut hari jadi, menyambut hari ulang tahun perkahwinan atau mereka yang daripada golongan OKU. Mereka berpeluang menerima cendol mangga secara percuma,” ujar Khairul Fahmy menutup bicara.
PEMILIK: Khairul Fahmy & Md Yasin
LOKASI: LOT PT 85113, Jalan Kebun, Kampung Jawa, Seksyen 36, Shah Alam, Selangor
WAJIB CUBA: Cendol Durian, Patin Tempoyak & Nasi Bajet
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kali ini RASA nak kongsikan tempat makan yang menyajikan hidangan Terengganu. Antara yang femes sudah semestinya keropok lekor. Lokasinya di GM Klang. Restorannya selesa dan makanan yang dihidang juga sedap.
Kalau makan di restoran Terengganu, tak makan keropok lekor memanglah tak sah. Cubalah keropok lekor di sini. Memang penuh isi ikannya.
Selain keropok lekor, ada juga maggi tomyam yang dimasak dengan makanan laut seperti udang dan sotong. Cita rasa enak yang suka rasa pedas.
Bagi yang suka aiskrim, aiskrim coklat yang dimakan dengan biskut ini boleh menarik perhatian.
Kalau tak nak makan hidangan berat, cubalah snek kepak ayam goreng ni. Best makan panas-panas.
White coffee. Sedap betul!
Restoran ini ada di GM Klang. Boleh cuba di sini kalau rindukan makanan Terengganu ya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Thai Omelette viral yang rangup di luar dan gebu di dalam. Ikuti resipi lengkap bersama Sos Prik Nam Pla asli Thailand untuk rasa yang lebih sedap dan padu.