Kalau anda mahu makan tengah hari dengan hidangan yang sedap dan mengenyangkan, bolehlah cuba makan di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar. Cawangan di Kota Kemuning ni memang senang nak dituju. Tak terlalu sibuk lokasinya.
Walaupun namanya sotong besar, tapi ada juga dihidangkan kambing dan juga nasi kerabu lauk ayam. Boleh pilih menu mana yang menepati cita rasa anda.
Ads
Sedap betul sotong goreng ni. Ada yang kata sotong besar ni liat. Tapi nyata dagingnya lembut dan cukup perapan salutan tepung tu. Dicicah pula dengan sos manis. Alahai… sedap sungguh.
Ini pula kambing bakar. Sos blackpepper yang digunakan untuk memasak kambing ni sangat sedap. Cukup rasa pedas, manis dan lemaknya.
Ads
Ini pula nasi kerabu ayam bakar. Ayam besar dan cukup rasa perapan yang digunakan. Memang terbaiklah!
Ads
Kalau korang nak datang time lunch hour, kenalah datang awal. Kalau tak, kena gigih beratur tau!
Jom tengok video Makan Di Mana yang menampilkan Restoran Grease Seksyen 13 Shah Alam. Klik SINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda yang menyukai masakan Melayu Utara dan Selatan Thai boleh memilih untuk berbuka puasa di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Kerana kali ini lebih 80 menu gabungan menu dua negara iaitu menu Utara Malaysia dan Selantan Thai yang sungguh sedap untuk pilihan pengunjung datang berbuka puasa.
Menu yang pasti menggoda selera, termasuklah Kambing Golek Dua Kuah, Thaiyani Chicken, Pattani Grilled Beef dan Laksa Ikan Sekoq dan Ikan Bakar Air Asam semua ini adalah menu signature dish yang pasti menarik perhatian pengunjung datang berbuka puasa bersama keluarga mahupun bersama rakan-rakan.
Antara menu Utara Malaysia yang disediakan termasuklah Daging Masak Tauchu Dengan Timun Tua, Daging Kari Kentang, Ikan Masak Asam Kunyit, Sambal Ikan Rebus, Gulai Ikan Keli Kuala Kedah, Gulai Ayam Padang Besar. Untuk menu appetizer anda boleh cuba Tauhu Bakar Sambal Kicap, Pasambor Padang Kota atau jika tidak mahu makan nasi boleh pilih Mi Kari, Roti Puri Aloo Curry, Roti Kuah Ayam Kisar Pita Doner Kebab.
Antara menu Selatan Thai pastinya aneka kerabu yang boleh anda pilih termasuklah Kerabu Daging, Kerabu Ayam, Kerabu Soo Hoon, Kerabu Mangga dan Kerabu Betik Muda. Atau boleh je cuba Pettani Mi Celup, Tom Yam Gung dan banyak lagi.
Untuk minuman, selain aneka minuman sejuk dan panas, anda juga boleh menikmatia ABC, Teochew Cendol dan ais krim, Semua juadah ini boleh anda nikmati dengan santai bersama keluarga hanya dengan harga buffet RM98 seorang untuk dewasa dan RM69 dewasa (untuk tempahan awal (1 Febuari hingga 30 April 2019).
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hari minggu rasa malas nak masak? Kalau masih takut nak dine in jomlah kita tapau makanan kesukaan. Boleh cuba menu terbaru dari Restoran Temerloh Catering ini.
Menurut pemiliknya, Khairul Izwandy Abdul Jazam sudah berada dalam industri pemakanan lebih 10 tahun.Temerloh Catering Express adalah pilihan yang tepat untuk semua yang memerlukan sesuatu yang cepat dan homemade yang boleh memenuhi keinginan anda.
Temerloh Catering Express tercetus dengan adanya pelanggan yang Work From Home ketika PKP dan kami ingin menyediakan makanan yang tidak terlalu mahal untuk dibeli hari-hari.
Antara menunya ialah Super Express (Rice & Tumeric Chicken), Marvellous Express (Rice & Salted Egg Chicken), Power Express (Rice & Butter Chicken) Glorious Express (Rice & Blackpepper Chicken),Spaghetti Bolognese (Beef / Chicken),Spaghetti Carbonara, Nasi Lemak Biasa, Nasi Lemak Ayam Butter Nasi Lemak Ayam Salted Egg, Nasi Lemak Ayam Blackpepper dan pelbagai lagi.
Kami bermula seawal 8:30 pagi dan antara menu yang menjadi kesukaan ramai ialah Marvellous Express (Rice & Salted Egg Chicken) dan Power Express (Rice & Butter Chicken). Manakala untuk minuman pula Corny Fresh Milk dan Dalgona Fresh Milk. .Rasa jagung dia pergh, padu!
Jadi kalau nak menu yang simple dengan harga mampu milik, boleh order di Temerloh Catering Express. Makanan akan dihantar menerusi platform seperti MAYNUU , GRABFOOD & FOODPANDA.
Pesan sekarang untuk penghantaran dan bungkus! Restoran Temerloh Catering 2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor
Ramadan Al Mubarak kini tiba lagi, bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tidak melepaskan peluang menawarkan lebih daripada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.
Promosi bufet Ramadan ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6 petang hingga 10 malam. Para tetamu boleh menikmati semua juadah hidangan dengan harga RM88.00 seorang untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak yang berumur dari 7 hingga 12 tahun pula berharga RM45.00 seorang. Turut ditawarkan ialah harga istimewa untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas iaitu RM75 seorang.
Pihak pengurusan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) turut menyediakan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat dengan harga bermula daripada RM98.00 seorang untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini turut menyediakan hidangan bufet, dewan khas untuk berbuka puasa, sistem audio, penyediaan ruang solat khas serta kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula dari jam 6.00 petang.
Selain itu, para tetamu turut boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak Aras 3 PWTC. Segala kelengkapan solat seperti telekung bagi kaum muslimah dan sejadah disediakan khas buat para tetamu.
Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef Suzaini Mohamed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah setiap minggu. Antara menu yang bakal menawan selera tetamu pada tahun ini ialah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang dan Daun Salam, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua, Ayam Brastagi, Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kaduk serta Daging dan Paru Kari Kawah.
Antara hidangan lain yang turut bakal ditawarkan kepada para tetamu yang hadir adalah 13 jenis ulam ulaman, enam jenis keropok, lapan jenis jeruk, tujuh jenis ikan masin, 14 jenis sambal dan dressing, 13 jenis kerabu dan hidangan panas seperti kambing goreng berempah, fried crab salted egg and oats dan pelbagai lagi.
Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisan dan pencuci mulut seperti lapan jenis kuih-muih Melayu, lima jenis kek, empat jenis pai, aneka jeli, ‘mousse & pudding’, tiga jenis bubur manis, aneka biskut Melayu dan pelbagai lagi. Di samping itu, terdapat juga warung minuman sejuk dan panas yang menyediakan air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, tiga perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik.
Istimewanya pada setiap bufet Ramadan di PWTC, terdapat Carving Station yang akan menyediakan kambing panggang setiap hari. Kambing panggang dihidangkan dengan sos lada hitam dan sos cendawan pasti mampu membuka selera ramai.
Pihak PWTC juga turut menyediakan tawaran baucar Early Bird di mana pelanggan yang membeli baucar Ramadan sebelum 5 Mei 2019 hanya perlu membayar RM75 setiap satu dan baucar ini boleh digunakan sehingga akhir bufet Ramadan, iaitu sehingga 3 Jun 2019.
Untuk sebarang tempahan atau pembelian baucar bufet Citarasa Warisan @ PWTC, para pelanggan boleh datang terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh terus hubungi Restoran Riverside. Baucer dengan pelbagai tawaran harga menarik juga turut boleh didapati melalui Fave dan 11Street.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Thai Omelette viral yang rangup di luar dan gebu di dalam. Ikuti resipi lengkap bersama Sos Prik Nam Pla asli Thailand untuk rasa yang lebih sedap dan padu.