Teringin nak makan mi udang. Nak beli, kadang tak sesuai dengan harga. Mahal tapi udang tak banyak. Kalau ada pun, mungkin udangnya kurang segar. Ha, kalau macam tu, apa kata masak sendiri mi udang ikut selera kita.
RASA kongsikan resipi mi udang. Boleh cuba buat hujung minggu nanti. Mi udang menjadi kesukaan bagi mereka yang gemar makan makanan laut. Rasa udang yang manis-manis disertai dengan pedas kuah mi itu sangat menghantui. Kalau kita boleh masak sendiri, mesti lebih puas makan.
MI UDANG KUAH PEKAT
Ads
BAHAN-BAHAN
Udang secukupnya
Kepala udang direbus untuk jadikan stok
Sebiji kentang
Sebiji keledek sederhana besar
Garam
Gula
Mi kuning secukupnya
BAHAN KISAR
Segenggam cili kering
3 ulas bawang putih
2 inci halia
7 biji bawang merah
1 sudu besar pes tomyam
2 peket udang kering
Ads
BAHAN HIASAN
• daun bawang
• bawang goreng
• cili merah dan hijau
• telur rebus
• limau nipis / kasturi
CARA MEMBUAT
1. Rebus kepala udang. Dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan keledek. Kisar halus dan ketepikan.
3. Kisar semua Bahan Kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan stok udang. Masak lagi sehingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Masuk keledek dan kentang yang sudah dikisar tadi.
7. Tambah air jika perlu. Bila dah didih baru masukkan udang. Biarkan mendidih dan matikan api.
Ads
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan mi yang sudah dicelur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah.
3. Hiaskan dengan Bahan Hiasan.
4. Sedia dinikmati.
Istimewa buat penggemar hidangan berkuah panas, Rasa kongsikan seleksi resipi sup mudah yang pastinya sedap. Hidangan ringkas sebegini memang jadi kegemaran ramai ketika bulan puasa. Nak masak pun tidaklah susah mana. Ada resipi, main campak-campak je. Bagi anda yang gemarkan sajian sebegini, seleksi resipi sup senang buat dan sedap ini antara yang boleh dicuba. Sesuai sangat disajikan buat keluarga ketika sahur di bulan Ramadan ini.
KOLEKSI RESIPI SUP MUDAH, SEDAP UNTUK SAHUR
1. SUP UDANG DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
300gm udang sederhana besar
1/2 biji nanas | dihiris
1 biji cili merah
2 biji cili padi
3 ulas bawang putih | dihiris
Sedikit daun bawang | dihiris
Air secukupnya
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika.
Seterusnya masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi.
Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
Sedia untuk dinikmati.
2. SUP KAMBING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
5 keping isi dan tulang kambing
1 biji bawang Bombay | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
2 sudu makan serbuk rempah sup | tambahkan sedikit air supaya menjadi pes
1 kiub stok daging
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh herba basil
1 liter air
1 biji ubi kentang | dipotong kiub
Hirisan cili merah secukupnya
Hirisan daun bawang secukupnya
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang Bombay, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan pes rempah sup dan tumis seketika.
Masukkan daging serta tulang kambing dan gaul sebati. Tambahkan air dan kacau sebati. Perlahankan api dan biarkan sup merenih.
Tambahkan kiub stok daging, herba basil dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
Perasakan dengan garam mengikut cita rasa anda.
Hidangkan bersama hirisan cili merah dan daun bawang.
3. SUP KELAPA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang
1 biji air kelapa
1 kiub stok ayam
100gm isi kelapa | dihiris nipis
2 biji cili padi merah | dihiris nipis
Daun bawang untuk hiasan
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.
4. SUP EKOR PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ekor lembu
3 ulas bawang putih | diketuk
1 biji bawang bombay | dimayang
2 kiub stok daging
2 liter air
3 biji tomato ranum | dibelah empat
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Masukkan ekor lembu, bawang putih, bawang Bombay dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
Kemudian masukkan stok daging. Reneh menggunakan api perlahan. Tambah air jika perlu.
Masukkan buah tomato dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah dengan secukupnya.
Warna warni pada cupcakes steamed Thai ini bukan hanya nampak menarik malah rasanya buat anda tak henti makan. Boleh dipelbagaikan warna ikut citarasa. Tepung naik sendiri boleh dicampurkan dengan tepung gandum jika mahu. Penutup kukusan tak payah dibalut seperti yang kita sering buat pun tidak mengapa, ia tidak akan menjejaskan rupa cupcake ini.
CUPCAKES STEAMED THAI BAHAN-BAHAN: 4 cawan tepung naik sendiri – diayak-BELI ONLINE DI SINI 2 sudu teh baking powder – diayak 2 sudu teh esen vanila-BELI ONLINE DI SINI 405 ml susu segar 2 sudu besar ovalette-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan gula kastor 2 biji telur 8 sudu besar air sejuk
CARA MEMASAK:
1) Satukan ovalette, gula kastor, telur, esen vanila dan air sejuk ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang dan bertukar warna putih. (10 minit)
2) Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar sehingga habis. Kaup balik dengan spatula / senduk kayu hingga rata.
3) Rehatkan adunan selama 30 minit. 4) Selepas 30 minit, kacaukan adunan sekali lagi sebelum dimasukkan ke dalam acuan.
5) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, warnakan ia dengan warna pilihan. 6) Panaskan kukusan. 7) Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 10-15 minit menggunakan api yang besar. Siap untuk dihidang.
Pasta biasanya ramai memilih untuk dimakan bersama sos citarasa Itali seperti Bolognese, Carbonara dan sebagainya. Bagi anda kurang gemar, boleh je nak guna pasta ni untuk masak hidangan yang kena dengan Melayu seperti goreng dan juga sup. Sedap! Walaupun ringkas, tapi bila dah tambah macam-macam bahan enak seperti sayur, daging, cendawan dan macam-macam lagi, hasilnya pasti anda kagum. Jom cuba.
PASTA SPIRAL GORENG RINGKAS
BAHAN A:
1 paket pasta spiral
Sedikit mentega dan minyak zaitun
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano
Sedikit cili kisar atau chili flakes (salah satu)
4 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar – dihiris dadu
Sedikit sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Nampla
Garam secukup rasa
Sedikit kiub pati ayam (pilihan)
BAHAN B:
Aneka makanan laut ( sotong / udang dll )
3 keping daging burger – dihiris dadu
Bebola ikan
Cendawan shiitake – dipotong kecil
BAHAN C:
Lada benggala
Brokoli
Tomato ceri
Lobak Merah
CARA MEMASAK:
1. Rebus pasta spiral pasta dengan sedikit minyak dan garam. Toskan airnya dan gaul dengan sedikit minyak atau mentega.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau diikuti cili kisar.
3. Masukkan bahan B dan gaul hingga masak. Tambahkan bahan C kecuali tomato ceri.
4. Seterusnya masukkan pasta spiral, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos nampla, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Gaul hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan gaul rata.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!