
Tak percaya! Cubalah dulu resipi ni ye, admin dah cuba, ia sangat mudah dan senang membuatnya. Tak sampai 30 minit dah siap. Jadi untuk share dengan anda semua, ini resipi Rolade Tauhu yang sangat sihat dan tinggi kandungan protien.
ROLADE TAUHU :
BAHAN-BAHAN ISIAN :
- 3 biji tauhu | kukus
- 100gm isi udang | cincang halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 3 ulas bawang merah | cincang halus
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1 biji telur
BAHAN TELUR PEMBUNGKUS:
- 3 biji telur
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukupnya
- Aluminium foil secukupnya | untuk membungkus
LANGKAH DEMI LANGKAH:
LANGKAH 1: Hancurkan tauhu, kemudian masukkan isi udang yang telah dicincang tadi. Kacau rata.
LANGKAH 2: Masukkan garam dan lada sulah. Kacau rata.
LANGKAH 3: Masukkan telur di dalamnya, kacau hingga sebati. Kemudian ketepikan.
LANGKAH 4: Pecahkan tiga biji telur, tambahkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kaca rata.
LANGKAH 5: Panaskan sedikit minyak dan dadarkan telur tadi hingga menjadi lapisan nipis.
LANGKAH 6: Letakkan telur dadar di atas aluminium foil, kemudian isikan campuran tauhu di sisi tepi dan gulung hingga habis. Kemaskan gulungan dengan aluminium foil sebelum dibakar atau dipanggang. Selepas di bakar bolehlah potong dan hidangkan.
INFO : Untuk rasa lebih pedas boleh tambahkan hirisan cili dalam campuran tauhu. Atau boleh hidangkan dengan sos cili
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Michael Ang Ajar Cara Untuk Masak Chinese Food, Teow Chew Steam & Steam Egg! Waa Nampak Menarik!

Bagi peminat industri seni tempatan, nama Michael Ang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pernah mendapat pendidikan dalam bidang penyiaran di salah sebuah universiti di Australia, beliau memulakan karier dalam bidang pengarahan melalui penerbitan iklan komersial sekitar tahun 2000. Kemudian, beliau mengambil keputusan untuk menerbitkan sebuah filem menggunakan duit poketnya sendiri dan filem pertamanya ialah Anak yang telah membelanjakan hampir RM1 juta.
Michael kemudian mendapat peluang dan terus diberi kepercayaan untuk menghasilkan beberapa buah drama bagi stesen televisyen berbayar. Antara drama hasil karya dan terbitan Michael Ang yang mendapat sambutan penonton ialah Suri Hati Mr Pilot, Dia Semanis Honey dan terbaru, Rahsia Hati Perempuan.
Pengarah dan penerbit ternama yang dikatakan peramah itu juga telah terlibat dalam bidang perniagaan baju Melayu baru-baru ini dimana beliau telah mengeluarkan koleksi baju Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri yang lepas dengan tujuan untuk menarik perhatian masyarakat Cina menggayakan baju Melayu dalam perayaan atau majlis-majlis perkahwinan.
Tapi siapa sangka selain daripada kerjayanya di belakang tabir dalam industri seni tanah air, beliau juga sebenarnya pandai memasak! Terbaru Michael berkongsi cara-cara memasak masakan Cina, Teow Chew Steam Fish dan Steam Egg menerusi akaun Instagramnya. Nampak sangat menarik!
Jom kita lihat video langkah demi langkah yang diajarkan oleh Michael.
Resipi Teow Chew Steam Fish
Bahan-Bahan
- Sayur masin*
- Halia*
- Cili padi* (dipotong kecil)
- Cendawan (sudah direbus)*
- Ikan bawal emas
- Daun bawang*
- Tomato*
- Tahu putih*
- Soya sos (1 ½ tbs)
- Sour plum (4 biji)
- Semua bahan bertanda * diletakkan mengikut citarasa masing-masing
Cara Penyediaan
- Masukkan sayur masin, halia, cili padi, cendawan ke dalam satu bekas.
- Masukkan ikan yang telah disumbat dengan halia dan daun bawang ke dalam bekas tersebut.
- Taburkan semula sayur masin, cili padi, cendawan, tomato, tahu putih, halia ke atas ikan.
- Masukkan sour plum lebih kurang 4 biji dan kemudian letakkan 1 ½ tbs soya sos.
- Kukus selama lebih kurang 10-15 minit bergantung kepada saiz ikan.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan!
INFO: Untuk menonton video langkah demi langkah Teow Chew Steam Fish, boleh pergi ke akaun Instagram Michael Ang
Resipi Steam Egg
Bahan-Bahan A
- 4 biji telur
Bahan-Bahan B
- 1 ½ cawan air
- ½ tsp lada putih
- ½ tsp serbuk halia
- ½ serbuk bawang putih
- Sedikit sesame oil
Bahan-Bahan C
- Century egg (jika suka)
Bahan-Bahan D (Soya Sos)
- Soya sos
- 3@4 tangkai daun bawang
- Sedikit halia (dihiris)
- 4@5 ulas bawang putih (diketuk)
Cara Penyediaan
- Pukul bahan A iaitu 4 biji telur dan letak ke tepi.
- Dalam bekas yang berasingan, campurkan semua bahan B dan kacau sebati.
- Campurkan bahan A dan B kemudian pukul hingga rata.
- Tapis bahan yang dicampurkan itu ke dalam bekas yang telah diletakkan century egg.
- Wrap dan kukus selama 15-20 minit.
Cara Penyediaan Sos
- Campurkan semua bahan D dan gaul rata.
Cara penyediaan Steam Egg
- Setelah telur siap dikukus, sediakan 1spf minyak yang telah dipanaskan dan curahkan ke atasnya, diikuti dengan sos soya.
- Taburkan daun bawang yang telah dihiris halus.
- Siap!
INFO: Sukatan telur dan air hendaklah tepat jika tidak resipi steam egg tidak akan menjadi
https://www.instagram.com/p/BmLRN-jnK5O/?hl=en&taken-by=michaelang38
Ini pula hidangan-hidangan menarik lain yang disediakan oleh Michael. Boleh lah korang cuba nanti ya!
Chicken herbal soup with mushroom n abalone
https://www.instagram.com/p/Bj4g0exni4c/?hl=en&taken-by=michaelang38
https://www.instagram.com/p/Bi6snELHpCR/?hl=en&taken-by=michaelang38
https://www.instagram.com/p/Bii_jzinLS-/?hl=en&taken-by=michaelang38
Terliur melihat hidangan-hidangan hasil masakan Michael Ang ni. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah, malah cara penyediaannya sangat ringkas dan senang. Sedap sudah pasti! Selamat mencuba!
Sumber: IG Michael Ang
Resipi Gulai Tempoyak Telur Goyang, Mudah Je Resipinya

Isi Kandungan
ToggleJom cuba masak Gulai Tempoyak Telur Goyang untuk keluarga. Nampak sangat sedap dan mudah dimasak. Malah menu ini juga tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa untuk insan tersayang, menu ini boleh diketengahkan. Fastabiqul Khoirot ada kongsikan bahan-bahan serta cara memasaknya. Selamat mencuba!
RESIPI GULAI TEMPOYAK TELUR GOYANG PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- Telur ayam @ telur itik – digoreng goyang
- Cili padi
- Cili merah besar – buang biji
- Bawang putih (guna banyak) – beli online disini
- Tempoyak segar – ditumbuk @ dikisar halus
- Air secukupnya
- Serai – diketuk
- Sedikit santan – beli online disini
- Serbuk kunyit secukupnya – beli online disini
- Cili api – boleh ganti dengan timun/petai/nanas muda/labu siam/terung
- Garam, gula & penyedap rasa jika perlu
- Asam keping – jika guna tempoyak baru yang kurang masam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan goreng bawang putih untuk mengurangkan baunya. Guna bawang putih yang banyak untuk memekatkan kuah.
2.Kisar cili padi, cili merah dan bawng putih hingga halus.
3. Masukkan bahan kisar dan tempoyak ke dalam kuali atau periuk yang bersesuaian.
4. Masukkan air dan serai yang telah diketuk. Jumlah air bergantung pada jumlah telur yang digunakan.
5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sedikit santan dan serbuk kunyit.
6. Masukkan juga cili padi sebiji-sebiji. Ia boleh digantikan dengan bahan-bahan sampingan lain seperti timun, petai, nanas muda, labu siam atau terung.
7. Akhir sekali, masukkan telur ayam atau telur itik yang sudah dugoreng goyang terlebih dahulu.
8. Perasakan dengan garam, gula dan penyedap rasa jika perlu.
9. Jika menggunakan tempoyak baru yang kurang masam, tambahkan asam keping.
10.Gulai Tempoyak Telur Goyang sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Fastabiqul Khoirot
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Korang Kena Try Buat 3 Cara Masak Telur Dadar Ni, Sedap Sangat

Isi Kandungan
Toggle
Telur dadar biasanya kita buat bubuh bawang dan garam je kan? Jom ubah sikit. Telur dadar boleh berubah jadi lebih istimewa. Silap-silap boleh jadi kudapan yang enak dimakan begitu sahaja.
TELUR DADAR TOMATO BERKEJU
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
50 gram keju mozarella (disagat)
Sedikit garam
1/2 biji lada benggala (dihiris)
Minyak masak untuk menggoreng
1 biji tomato (dipotong bulat)
Cara Memasak
1. Pecahkan telur ayam di dalam mangkuk besar. Masukkan mayones, keju dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan lada benggala. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Letak kepingan tomato diatasnya. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati sehingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.
TELUR DADAR CENDAWAN
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
6 biji cendawan butang (dihiris nipis)
1 biji bawang besar (didadu)
1 biji cili merah (dihiris halus)
2 ulas bawang putih (dicencang)
1 pokok daun sup (dicencang halus)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang.
2. Masukkan semua bahan di atas dan kacau sehingga rata. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Panaskan kuali dan panaskan minyak masak secukupnya.
4. Masukkan bancuhan telur dan masak menggunakan api yang kecil. Tutup kuali menggunakan tudung periuk dan biarkan masak.
5. Balikkan telur dengan berhati-hati. Angkat apabila masak dan menjadi warna keperangan. Sedia untuk dihidangkan.
TELUR DADAR BROKOLI
Bahan-Bahan
4 biji telur ayam
1 sudu besar mayones
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
100 gram brokoli (dihiris halus)
1 biji bawang besar kuning (dicencang)
1 biji cili merah (dihiris)
50 gram isi ayam rebus (dicarikkan)
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Memasak
1. Pecahkan telur di dalam mangkuk besar. Masukkan mayones, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. Pukul hingga kembang.
2. Kemudian masukkan hirisan brokoli, bawang besar, cili merah dan isi ayam. Kacau rata. Rehatkan seketika.
3. Panaskan minyak di dalam kuali menggunakan api kecil dan masukkan bancuhan telur tadi. Tutup kuali dan biarkan masak.
4. Terbalikkan dengan berhati-hati hingga kedua-dua bahagian telur menjadi warna kekuningan. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Selamat mencuba!