Dah habis sediakan menu tengah hari, kepala ligat fikir apa pula menu petang untuk sekeluarga nikmati. Bagi yang kreatif macam Norfazida Gda boleh buat Pastry Stick Ketam ni. Tak payah pakai oven, guna kuali pun boleh.Syaratnya perlu ditutup untuk masak sempurna. Tak susahkan, semua pun boleh membuatnya.
PASTRY STICK KETAM Bahan-bahan: 1 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 3 sudu besar butter sejuk 3 sudu besar air sejuk Sedikit garam 4 batang stick crab-BELI ONLINE DI SINI 3 helai daun bawang Sos cili #zida2004 Serbuk lada (optional) Cheddar/Mozzarella cheese
Cara membuat: 1.Campurkan tepung gandum, butter dan garam. Gaul sebati menjadi seperti serbuk roti. Masukkan air. Gaul dan uli hingga sebati dan menjadi doh yang lembut. Bulatkan doh. Rehatkan selama 20-30 minit. 2.Canai doh menipis. Potong kepada bentuk segiempat kecil sesuai saiz gigitan. 3.Sapukan sedikit minyak pada kuali. Masak doh pastri hingga separuh masak dibawahnya, alihkan pastri ke satu bahagian yang satu lagi. Pada bahagian bawah yang dialihkan ke atas, sapukan sos cili, letakkan potongan stick crab, taburkan daun bawang yang di dadu dan sagatkan cheese.
Ads
4.Tutup permukaan kuali dengan penutup. Masak pastri dengan api yang perlahan selama 4-6 minit atau hingga cheese mencair sepenuhnya. 5.Siap untuk dihidang. Kredit: #norfazidagda
Sambal belado bilis kentang dan terung lauk simple dan sedap untuk dinikmati bersama keluarga. Bila makan lauk macam ni tak cukup sepinggan nasi mesti bertambah.
Masakan belado begini boleh juga ditambah dengan bahan-bahan lain seperti tempe. Goreng semua bahan dan kacau sebati dengan bahan yang dikisar, rasa dia memang paling legend.
Kalau dah jemu makan lauk bersantan dan juga berlemak, boleh jadikan menu ini idea untuk hidangan keluarga. Berebut semua nak makan.
Sambal belado bilis kentang & terung
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Kentang (potong dadu)
Terung (potong memanjang)
Tempe
(semua bahan goreng tak perlu letak kunyit)
Bawang putih
Bawang merah
Cili api merah
Cili besar
Belacan
Bahan (kisar kasar)
Bawang holand ( hiris besar
Garam
Gula
Cara Memasak:
Goreng ikan bilis, kentang, terung dan tempe secara berasingan dan ketepikan.
Tumis bahan kisar kasar sampai garing.
Masuk garam, gula, dan bawang Holland
Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
Siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas memang sedap!
Kita kan Malaysia, apa salahnya sajian tradisional India jadi hidangan tengahari atau malam anda. Kalau dah keputusan idea nak buat lauk apa, 3 lauk popular ini boleh menceriakan famili anda.
Jom kita cuba resepi yang disumbangkan oleh Chef Sureshkumar Chandrasekaran Nair yang juga mengetuai dapur India di New World Petaling Jaya Hotel. Jom tukar selera….
Sous Chef Sureshkumar Chandrasekharan Nair, New World Petaling Jaya Hotel
IKAN JENAHAK MANGACHAR
BAHAN-BAHAN :
800 gm isi ikan jenahak | dihiris
2 biji mangga muda | dipotong beberapa keping
10 gm daun kari | digoreng
Bahan kuah:
50 gm cili padi hijau
120 gm bawang kecil
40 gm halia | hiris nipis-nipis
5 gm halba
10 gm serbuk kunyit
200 ml santan kelapa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumiskan bahan-bahan kuah sehingga naik bau. 2. Masukkan mangga muda dan sedikit air, masak hingga mangga jadi separuh masak. 3. Masukkan isi ikan dan kemudian tambahkan santan kelapa. 4 .Perasakan dengan garam secukupnya. Apabila mendidih perlahan api. 5. Biarkan ia mereneh sebentar dan biarkan hingga hampir pekat. 6. Taburkan daun kari yang sudah digoreng di atasnya, untuk rasa yang lebih enak
Saiz hidangan : 9-10 orang Masa memasak :20 minit Cara memasak :Tumis, didih dan reneh Jenis masakan : Masakan India Keistimewaan : Rasa pedas dan masam manis mangga yang enak berempah Anggaran kos : RM 35
INFO CHEF: Resepi ini disebut Mangachar merujuk pada mangga. Ia sajian popular di negeri -negeri selatan India terutamanya Kerala.
AYAM MASALA ALA GUJARAT
BAHAN-BAHAN :
600 gm ayam peha dan kaki |dipotong beberapa ketulan
50 gm daun ketumbar | diracik halus
Bahan perapan:
1 cawan yogurt biasa tanpa perisa
2 sm halia |ditumbuk halus
2 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk cili
2 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
1.5 sm halia | ditumbuk halus
120 gm bawang putih | dicincang halus
1/2 sudu teh biji sawi
Bahan untuk kuah:
1 sudu makan mentega tanpa garam
125 gm bawang besar |dicincang halus
2 ulas bawang putih / dihiris halus
1 biji cili hijau | dihiris haluss
2 sudu teh serbuk ketumbar
25 gm kulit kayu manis
3 gm chat masala
1/2 sudu teh kasoori methi (daun halba kering)
120 gm tomato/dibelah baji
40 gm gajus panggang
1 cawan krim masakan
1/2 cawan daun ketumbar/dihiris halus
garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK ;
1. Campurkan bahan-bahan perapan, ayam dan gaulkan sebati. Masukkan ke dalam beg plastik makanan dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam. 2. Panaskan kuali grill dan letakkan ayam di atasnya. biarkan ayam masak sepenuhnya atau boleh juga dibakar ayam di dalam oven pada suhu 180C selama 30 minit atau sehingga masak 3. Sementara itu panaskan kuali dengan minyak masak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hijau sehingga wangi 4. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk paprika, chat masala masala,kasoori methi, gula dan garam secukupnya 5 . Biarkan lebih kurang 15 min dengan api yang sederhana panas 6. Masukkan krim masakan, tomato dan gajus dan gaul rata. masak sehingga kuah pekat atau cair sedikit ikut kesukaan anda. 7. Selepas itu masukkan ayam tadi dan kacau sebati. biarkan selama 5 minit 8. Taburkan sedikit daun ketumbar dan ayam siap dihidang.
Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak : 25 minit Cara memasak : Tumis dan panggang Jenis masakan : Lauk tradisional India Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi, roti naan dan roti pita Anggaran kos : RM 18
INFO CHEF : Sajian India Utara memang banyak menggunakan yogurt dalam masakan. Cukup popular Gujarat dan wilayah Punjab. Anda boleh juga menggunakan sos tomato atau puri tomato dalam masakan ini.
AYAM PAKORAS DENGAN PUDINA CHUTNEY
BAHAN-BAHAN :
800 gm peha ayam dan kaki /dibuang tulang
Bahan dikisar (A) :
200 gm tepung kacang kuda
50 gm serbuk kunyit
120 gm serbuk cili
50 gm serbuk jintan putih
80 gm halia
120 gm bawang putih
Garam secukup rasa
30 gm chat masala (campuran serbuk rempah dan masala)
1 cawan minyak masak
Bahan pudina chutney @ acar :
250 gm daun pudina /dikisar
100 gm daun ketumbar
30 gm serbuk jintan putih
150 ml yogurt biasa (tanpa perisa)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kisar bahan A sehingga menjadi batter 2 .Perap ayam dengan campuran batter ini semalaman 3. Kisar bahan pudina chutney dan ketepikan 4. Goreng ayam yang diperap ke dalam minyak penuh yang sudah pijar 5. Hidangkan bersama pudina chutney dan taburkan serbuk chat masala
Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Goreng Jenis masakan : Lauk tradisional India Keistimewaan : Ayam goreng rangup berempah dengan pudina chutney,sajian terkenal di Gujarat, India Utara Anggaran kos : RM 15
INFO CHEF : Chat masala biasa dihidang dalam masakan India, Bangladesh, Punjab (Pakistan) dan Sindh, Pakistan. Chat masala ialah campuran rempah berasal dari India, terdiri daripada serbuk mangga kering, jintan putih, ketumbar, halia kering, garam, lada hitam, asafoetida (sejenis gam dari herba) dan serbuk cili.
Terima kasih : New World Petaling Jaya Hotel
No. 1, Jalan SS7/26A, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ada pelbagai menu boleh dimasak menggunakan roti dan juga sardin. Bagi anda yang ada kedua-dua bahan ini di rumah, apa kata cuba resipi Roti Goreng Sardin yang dikongsi oleh saudari Elina Kamarudin. Bahan-bahannya cukup mudah dan cara memasaknya pun ringkas sahaja. Sesuai sangat dinikmati pada bila-bila masa.
CARA MASAK ROTI GORENG SARDIN
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus roti sandwic – hiris petak kecik 1 tin kecil sardin – lenyek – beli online disini 1 sudu makan cili boh @ cili giling – beli online disini 2 biji bawang merah – hiris 1-2 biji cili hijau – hiris bulat 3 ulas bawang putih -hiris – beli online disini Air – anggaran 1/2 tin sardin 1 pokok sawi – hiris Minyak untuk menumis Secubit garam Gula dan cuka secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih hingga layu.
2. Masukkan cili boh. Tumis lagi hingga cili masak.
3. Kemudian masukkan ikan sardin yang telah dilenyek. Pastikan sos sardin juga dimasukkan bersama. Gaul rata.
4. Bila sardin kelihatan sekata, perasakan dengan garam, gula dan juga cuka dengan secukupnya.
5. Tambahkan hirisan sawi dan juga cili hijau. Kacau lagi.
6. Masukkan air. Gaul semua bahan dan biarkan mendidih.
7. Masukkan hirisan roti. Gaul hingga semua bahan bergaul dengan sempurna.
Nak jimat dan tetap rasa sedap? Cuba resipi beef prosperity burger homemade dengan sos blackpepper pekat dan daging juicy. Mudah, berbaloi dan sesuai untuk satu keluarga!