Pankek biasa mungkin sudah jemu kita makan, apa kata ubah selera dengan membuat pankek pandan bersama sos kastard ini.
Teksturnya pankek yang lembut gebu dengan rasa pandan dilapis sos kastard pekat memang sedap bila dimakan. Sesuai dihidangkan untuk sarapan ataupun makan petang.
Kuih Tepung Bungkus merupakan sejenis kuih tradisi yang diperbuat daripada tepung dan berinti kelapa. Kuih ini dibungkus dengan daun pisang. Rasanya yang lemak-lemak dan manis membuatkan kuih ini menjadi buruan ramai terutama ketika bulan Ramadan. Apa kata berbuka puasa hari ini kita cuba masak kuih Tepung Bungkus mengikut resepi seperti yang dikongsikan oleh Dapur Kak Chik ini. Resipi sukat pakai cawan.
BAHAN-BAHAN:
Daun pisang – layur atas api. Potong ikut saiz.
BAHAN A (UNTUK INTI)
1 biji kelapa 2 1/2 cawan gula merah 3 sudu gula pasir 3 cawan air Daun pandan (disimpul) Garam 2 sudu besar tepung gandum
CARA MEMBUAT:
1. Masak atas api bahan A. Sentiasa kacau. Apabila inti kering, taburkan 2 sudu besar tepung gandum. Kacau sekejap. Tutup api. Sejukkan.
2. Bulatkan kecil-kecil dan balutkan dengan adunan doh tepung pulut.
DOH TEPUNG PULUT: 1/2 paket tepung pulut bancuhkan dengan air dengan sedikit garam. Adunkan agak-agak menjadi doh seperti doh kuih koci.
Menu petang ni kita buat kuih Apam Telur Terengganu, ada yang panggil apam lambung. Pasti ada peminat kuih ni. Buatnya mudah saja yang penting kena ada yis dan kelapa parut untuk melengkapkan rasa apam ini. Apam Telur Bahan-bahan: 2 cawan tepung beras-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu besar tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil yis mauripan-BELI ONLINE DI SINI Garam secukup rasa ½ cawan gula(kalau suka manis letak lebih) Pewarna kuning Perasa vanilla (hilangkan hanyir telur,tak letak pun tak apa) 2 cawan air 5 biji telur Kelapa parut putih sahaja (kukus dan campur sedikit garam untuk tahan lama)
Cara membuat:
1.Campurkan tepung beras,yis,tepung ubi,garam dan gula. 2.Masukkan air sedikit demi sedikit.Kacau rata.Tutup,biarkan 1 ke 2 jam. 3.Lepas itu ambilkan adunan tadi,masukkan sedikit pewarna kuning dan perasa vanilla.
4.Kemudian masukkan dalam satu bekas,Masukkan telur,pukul hingga sebati. 5.Masukkan ke dalam bekas acuan (sapu minyak).
6.Bakar atas api perlahan, bila keperangan(boleh bakar bahagian bawahnya) dan masak boleh angkat dan dimakan dengan kelapa parut. Kredit: Muliadi Ramli
Enaknya dapat menikmati kuih peria. Apatah lagi, jika cara penyediaannya mengikut resipi secara tradisional. Pasti menggamit kenangan.
Begitu jua lah resipi yang dikongsikan oleh Achik Ita ini. Resipi tradisi turun temurun daripada neneknya yang menggunakan daun pinang untuk memulas menjadikan corak.
Namun, bagi yang sukar menemui daun pinang, ada juga yang menggunakan daun palas untuk memutar atau lidi untuk melorek corak pada kuih.
BAHAN-BAHAN:
Daun pinang (pilih yang besar dan elok)
(BAHAN ADUNAN)
500g tepung gandum
Santan (untuk menguli)
½ sudu kecil gram (jangan melimpah)
Pewarna kuning, hijau, merah (untuk hijau, boleh gunakan air daun pandan sebenar yang dikisar)
CARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan untuk adunan di atas kecuali santan. Gaul-gaulkan dan asingkan ke dalam tiga bekas.
Titikkan pewarna berlainan ke dalam setiap satu bekas itu. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan uli satu persatu.
*Tujuan letakkan tepung gandum ini adalah untuk elakkan kuih terlalu liat. Kuih yang menggunakan tepung pulut, nisbahnya 500g tepung pulut : segenggam tepung gandum dah memadai.
(INTI)
Sebanyak 500 gram kacang hijau direbus sampai empuk. Masukkan kelapa parut sebelah dan gula setengah. Kacau hingga agak lembut dan gula telah hancur.
Kemudian, letakkan 1 sudu kecil garam. Gaulkan hingga kering. Masukkan pula tepung gandum anggaran secawan atau hingga likat adunan. Dah siap, sejukkan dan kemudian bentukkan bulat-bulat.
Ini daun pinang, Pilihlah daunnya yang besar dan elok. Ini segar dari tepi rumah bonda. Kalau takde daun pinang, macamana?
Daun lain tak rasa aromanya bila kukus. Paling penting, nanti tak nampak corak urat daun buah peria tu. Tapi, kalau dah takde langsung, loreklah dengan pisau atau lidi. Cuma, ajaran bonda suruh pakai daun pinang.
Daun yang bersaiz kecil pula boleh dipotong-potong dan disusun di dalam bekas. Ini untuk berikan aroma wangi ketika mengukus.
Susun daun jangan ikut depan daun yang berurat. Letak yang bahagian dalam. Kalau tidak, nanti akan bertambah pula coraknya pada kuih kalau kita letak kuih melintang.
Ini inti kacang hijau yang telah dibulatkan dan dileperkan sedikit agak-agak sebesar ibu jari.
Pilih daun pinang yang besar sedikit. Potong hujung kanan dan kirinya, ambil tengahnya saja. Layurkan pada api sekejap bagi layu dan berubah warna. Tujuannya, untuk elakkan daun mudah koyak ketika nak memutar nanti.
Kemudian, sapu sedikit sahaja minyak. Sapu manja-manja saja.
Doh tadi, kepal-kepalkan begini.
Leperkan adunan tepung. Letakkan inti kacang hijau di tengah dan tutup kesemuanya. Selimutkan dengan daun pinang.
Sekarang, tiba masa untuk putar. Gulung daun pinang menutupi adunan doh. Putarkan serentak atas dan bawah. Macam kita putar kertas pelapik gula-gula.
Macam ni la rupanya bila dah buka selepas putar.
Bila dah siap semuanya diputar, susunkan di dalam kukusan. Sebelum itu, panaskan air dalam pengukus hingga menggelegak. Kukus sekejap saja. Agak-agak kuih dah berubah warna macam dah masak, daun pun dah berubah warna anggaran dalam 5 minit.
Inilah perbezaan sebelum dan selepas kukus. Warnanya lebih menyerlah, kan.
Ketika suam-suam, terus angkat dan susun elok-elok di dalam bekas. Jangan biarkan sejuk sebab susah nak angkat dan dah melekat pada daun.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.