Selalu biskut menggunakan coklat atau pelbagai jenis coklat seperti white chocolate atau dark chocolate. Kali ini, cuba kita gunakan Ovaltine pula. Beri kelainan sedikit pada variasi biskut yang kita buat.
Jom kita lihat resipinya.
OVALTINE CHOCOLATE CHIP COOKIES
Ads
BAHAN A
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
1 biji telur ayam
1/4 cawan minyak jagung
BAHAN B (diayak)
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan Ovaltine
1/2 cawan susu tepung
1 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
BAHAN C
1 cawan badam cencang (dibakar sekejap)
1 cawan chocolate chip
CARA MEMBUAT
1. Satukan mentega bersama gula halus. Gaul rata.
2. Masukkan telur ayam dan juga minyak jagung. Gaul lagi.
3. Masukkan pula BAHAN B kecuali tepung gandum. Kacau adunan sehingga sebati.
4. Apabila semuanya sudah sebati, baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Sambil diadun sehingga adunan lembut.
5. Akhir sekali, masukkan BAHAN C. Adun rata.
6. Ambil sedikit adunan dan letakkan di atas loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar.
Ulang proses sehingga habis adunan.
7. Bakar pada suhu 180 darjah selsius selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing.
8. Setelah masak, biarkan biskut sejuk seketika sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.
Nak buat kek yang sedap tapi tak renyah ni sebenarnya banyak je resipinya. Resipi kek mini Strawberry Oreo Cheese yang bakal saya kongsikan di bawah ni sangat mudah dan anak-anak di rumah pasti suka. Resipi penuh yang telah dikongsikan oleh Azlina Ina ni sangat sedap dihidangkan untuk ahli keluarga di rumah lagi-lagi yang suka makan keju. Rasa masam lemak manis gabungan keju dan strawberi ni memang ngam!
KEK MINI STRAWBERRY OREO CHEESE
BAHAN-BAHAN:
(BAWAH)
300gm oreo @ biskut marie – dikisar
130gm majerin – cairkan
Biskut dan marjerin – gaul sebati
Tekan biskut pada dasar cawan kertas.
Guna cawan kertas yg kedut tepi dan boleh regang tepinya Saiz S atau M
(ATAS)
500gm cream cheese tatura wajib suhu bilik
100gm gula ising
210ml fresh yogurt strawbery flavour
20gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil emulco strawbery atau cordial strawbery
*guna mixer bentuk sauh dah sebati tukar bentuk sanggul
5. Masuk dalam cup yang ada crust oreo/biskut merry yang kita padatkan.
6. Letak filling bukan jem ya.
7. Filling ade gelatin jadi dia tak turun ke bawah.
8. Kemudian penuhkan dan kalau nak buat corak, letak filling atas dia.
9. Bakar 150 30-35 minit sebelah dulang cup tadi korang letak tuala basah yang betul-betul basah tau letak dalam loyang ya dan bakar water bath macam biasa je.
Kek orang lama atau dipanggil sponge cake yang menjadi kegemaran seisi keluarga. Reisipi ini sangat mudah sebab tidak perlu untuk perap adunan untuk dapat tekstur bersarang. Paling hebat hanya perlu masak guna rice cooker.
KEK GULA HANGUS @ SARANG SEMUT
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
125gm butter
4 biji telur ayam gred B
Setengah tin susu pekat
1 camca besar baking soda (wajib )
I unit rice cooker
CARA MEMASAK:
1. Panas gula api sederhana sehingga hangus. (tapi bukan hangit)
2. Bila nampak keperangan tuangkan air panas sikit demi sikit dan sampai habis. Perlahankan api sampai gula hangus dan air sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau. Biarkan seketika.
3. Masukkan 4 biji telur ke dalam mangkuk dan kacau sebati dengan susu pekat. ( kacau untuk sebatikan sahaja)
4. Masukkan tepung dan baking soda. Kacau hingga sebati.
5. Kemudian tuangkan air gula hangus tadi (ketika masih suam-suam) ke dalam adunan sambil kacau sehingga habis.
6. Gris kan rice cooker. Kemudian tuang adunan ke dalam dan tekan button memasak.
7. Kek akan masak sendirinya selepas button masak dah tendang naik. Boleh juga gunakan pisau untuk cucuk samada sudah masak atau belum. Jika perlu tambahkan masa tekan kembali button masak tadi.
Tip: Tuangkan air gula ketika masih suam-suam sebab dengan suhu sebegitu baking soda akan cepat bertindak dan tidak perlu nak biarkan atau peram. Terus masukkan dalam rice cooker saja.
Ramadan dan Syawal bakal menjelang. Rasa tak lengkap tanpa adanya biskut Almond London ni. Kombinasi rasa coklat dan kacang badam rangup, memang sedap sangat. Menurut empunya resipi, cara yang dikongsi sangat mudah kerana tidak memerlukan mesin pengadun. Malah sukatannya juga menggunakan cawan sahaja. Wah..mesti sedap kan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Fazilah Zakaria ni. Pasti puas hati.
RESIPI ALMOND LONDON
BAHAN A:
1 cawan buttercup
3/4 cawan gula ising – kalau tak nak manis, boleh kurangkan
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN B:
2 ½ cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu makan tepung beras
1 sudu teh serbuk penaik
3 sudu makan serbuk badam
BAHAN C:
2 cawan coklat masakan – cairkan guna kaedah double boiler
Kacang badam secukupnya – panggang dalam ketuhar pada suhu 150C selama 15 minit
CARA MEMASAK:
1. Gaul bahan A sampai sebati guna senduk kayu sahaja. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli. Kalau doh lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, boleh tambah sedikit mentega. Uli jangan lama. Cukup sekadar sampai doh tak melekat di tangan sahaja.
2. Cubit doh, gentel dan masukkan 1biji kacang badam. Saiznya ikut kesukaan anda. Buat hingga habis dan susun biskut dalam dulang pembakar.
3. Bakar biskut pada suhu 170C selama 25 minit. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
4. Bila biskut dah masak, sejukkan terlebih dahulu. Bila dah sejuk, boleh celupkan dalam coklat.
5. Letak biskut dalam cawan kertas dan boleh dihias dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara.
Ayam sambal untuk makan dengan nasi lemak lain cara memasaknya, tak sama dengan ayam sambal untuk hidangan nasi minyak, nasi tomato dan sebagainya.Ini yang...