Sedapnya Onion Ring. Snek ringan yang diperbuat daripada gegelang bawang. Malah boleh dijadikan kudapan anak-anak. Orang dewasa pun suka. Walaupun asasnya adalah bawang tetapi bila digoreng, memang tak terasa pun. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nad Nouyu ni. Mudah dan enak.
1.Bancuh tepung serbaguna dengan air. Kalau suka pedas, beli yang pedas. Kalau tak suka pedas, boleh guna tepung perisa original. Bancuh tepung macam nak buat lempeng.
2. Bersihkan bawang, potong bulat. Masukkan ke dalam bancuhan tepung serbaguna tadi.
3. Kacau sebati. Pastikan semua bawang disalut dengan tepung dengan rata.
4. Seterusnya masukkan bawang yang sudah disalut dengan tepung ke dalam serbuk roti. Salutkan lagi sampai semua bahagian kena serbuk roti.
5. Ulang langkah sama hingga habis bahan dan adunan.
6. Sebanyak ini hanya guna sebiji bawang holland sahaja.
Ads
7. Bila sudah siap disalut, panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas. 8. Masukkan ggelung bawang dan goreng guna api perlahan hingga garing keemasan. 9. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
NOTA: Tip untuk salutan yang sempurna, masukkan gegelung bawang satu persatu. Jangan masuk banyak-banyak. Nanti tidak disaluti sempurna dengan serbuk roti. Hasilnya nanti tidak sedap bila makan bawang semata-mata.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Jika menonton tv, memang sedap jika ada kudap-kudapan seperti Kacang Goreng Crispy ni. Mudah sahaja kalau nak hasilkannya. Hanya menggunakan tiga bahan mudah, snek ringan ini boleh anda hasilkan dengan kos yang sangat murah. Tak perlu beli lagi. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zita Samat ni. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1. Gaul kacang yang telah dikeringkan dengan telur sehingga rata.
2. Kemudian masukkan tepung gorengan serbaguna sedikit demi sedikit. Gaul rata dan pastikan kacang disalut dengan sempurna.
3. Panaskan minyak masak dengan banyak di dalam kuali. Masukkan kacang dan goreng guna api sederhana hingga masak sekata dan tidak hangus.
4. Angkat kacang dan toskan minyaknya. Biarkan kacang sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
NOTA: Jika suka rasa kacang goreng yang sedikit manis, boleh tambah sedikit gula. Empunya resipi tidak letak gula atau garam kerana tepung memang sedia masin dan enak.
Bagi penggemar sajian Ayam Pandan, pasti mengetahui keenakan hidangan ini. Sebenarnya, menu ni sangat mudah disediakan secara homemade. Bahan-bahan tak banyak malah cara memasaknya pun sangatlah mudah. Tapi resipi perkongsian saudari Elaine Tanni lagi mudah! Hanya guna Pes Bihun Goreng je, anda boleh hasilkan menu istimewa ini untuk keluarga tanpe perlu kisar rempah lain. Wow… Sesuai sangatlah masak ni bila kesuntukan masa. Jom cuba!
RESIPI AYAM PANDAN AIR FRYER, GUNA OVEN PUN BOLEH
BAHAN-BAHAN: 500gm dada ayam – dibersihkan 2 bungkus Perencah Bihun Goreng segera – beli online disini 2 sudu makan minyak masak Daun pandan secukupnya Toothpick/lidi sate
CARA MEMASAK: 1.Bersihkan ayam dan potong kiub. Boleh dapat dalam 25 ketul asam.
2. Satukan ayam dengan Perencah Bihun Goreng dan juga minyak masak. Gaul sebati dan perap selama 3 jam.
3. Ambil daun pandan, bersihkan dan potong ikut saiz yang sesuai. 4. Ambil isi ayam dan gulung dengan daun pandan. 5. Cucuk dengan lidi supaya kemas dan daun pandan tidak terburai. Lakukan hingga habis isi ayam.
6. Susun Ayam Pandan dalam Air Fryer. Jika tiada, boleh guna ketuhar atau digoreng pun boleh.
7. Masak ayam selama 20 minit dengan suhu 180°C. 8. Selepas 10 minit, pusing ayam dan bakar lagi hingga habis masa supaya semua bahagian masak sempurna. 9. Ayam Pandan paling simple dan mudah sedia untuk dihidangkan.
Bagi penggemar sajian masakan panas ala warung Siam seperti Bihun Tomyam, resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi pastinya perlu anda cuba. Sangat mudah dan enak. Malah ada bahan rahsia yang membuatkan kuah jadi lebih pekat berperisa. Sangat berbaloi cuba masak untuk keluarga tercinta. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUAH BIHUN TOMYAM ALA SIAM PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN A: 1 ketul isi ayam – potong kecil 2-3 ekor sotong – hiris 6-7 ekor udang Bebola ikan secukupnya
BAHAN-BAHAN B: 3 helai daun limau purut 4 tangkai cili padi 1 biji bawang besar Holland 4 ulas bawang putih 1 keratan batang daun ketumbar 3 hiris nipis lengkuas i inci halia – diketuk) 2 batang serai – dihiris pendek & diketuk hujungnya 1 biji tomato Minyak masak secukupnya
BAHAN-BAHAN D: 3 gelas air Aneka sayur pilihan (bunga kubis, lobak merah, saderi.ikut cita rasa) 1 senduk sos cili – beli online disini 1 biji jus limau nipis Garam & gula secukup rasa Daun limau purut secukupnya Cili padi secukupnya Bihun – dicelur
CARA MEMASAK: 1. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan B yang lain kecuali tomato. Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan ke dalam kuah. Ia adalah rahsia untuk memekatkan kuah. 2. Sediakan pes campuran menggunakan bahan-bahan C. Ia bertujuan selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap. 3. Masukkan kesemua pes tadi ke dalam periuk. Kacau dan biarkan seketika.
4. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika. Biarkan ayam separuh masak. 5. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. 6. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan jus limau nipis. Tak suka masam, kurangkan.
7. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, masukkan garam dan gula. Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak. 8. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball. 9. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
10. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik. 11. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!