Berita baik untuk para penggemar roti! Sunshine Bakeries melancarkan siri baharu Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk, yang membawa lebih banyak kenikmatan untuk para penggemar roti. Susulan kejayaan Hokkaido Milk Cream Cheese yang digemari ramai, siri ini kini menawarkan lima perisa hebat yang menjanjikan kemewahan aroma susu dan rasa berkrim yang pasti memikat selera anda.
Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk dikenali kerana teksturnya yang lembut dan kelazatan krimnya yang diadun sempurna, ia berjaya menawan hati semua penggemar roti. Didorong oleh permintaan yang semakin meningkat terhadap citarasa autentik dari Jepun, Sunshine Bakeries terus memenuhi selera pengguna dengan menggunakan ramuan susu diperoleh daripada lembu yang dipelihara dalam persekitaran yang bersih di Hokkaido, Jepun. Terkenal dengan kualitinya yang unggul, roti premium ini pasti memberikan pengalaman yang serba mewah setiap kali anda menikmatinya.
Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk menampilkan inti krim yang diperbuat daripada susu Hokkaido terbaik, memberikan kenikmatan yang tiada tandingannya. Roti yang gebu lagi berkrim ini pasti cair di dalam mulut, mengubah persepsi anda tentang hidangan ringan dengan rasanya yang lebih enak dan memuaskan.
Siri Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk yang telah diperluaskan kini menampilkan lima perisa enak, di mana setiap satu dihasilkan menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan diperkaya dengan kemewahan susu Hokkaido:
Cream Cheese: Perisa asli yang menjadi pilihan para penggematnya, menggabungkan
susu Hokkaido yang berkrim dengan inti keju yang mewah.
Ads
Shiro Chocolate:Coklat putih yang digabungkan dengan Susu Hokkaido yang berkrim,
untuk rasa coklat yang sempurna, premium lagi berkrim.
Caramel : Gabungan Susu Hokkaido yang berkrim dan Caramel (Dulce de Leche) yang
kaya , bagi sajian manis dan lazat yang sukar ditolak.
Butter Sugar: Inti mentega yang disukai ramai dipertingkatkan dengan rasa berkrim
Susu Hokkaido, ditambah pula dengan kerangupan kristal gula.
Chocolate Hazelnut: Gabungan mewah coklat dan kacang hazel panggang, diperkaya
dengan Susu Hokkaido untuk rasa berkrim dan kacang yang seimbang.
Tidak kira sama ada anda mengidamkan sesuatu yang manis, berkrim atau sedikit rasa
kacang, siri Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk pasti dapat memenuhi selera semua
orang,membolehkan anda menikmati citarasa premium dengan mudah dan menyelerakan.
Rangkaian Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk Sunshine Bakeries yang telah diperluaskan ini ideal untuk golongan profesional yang sentiasa sibuk, pelajar, keluarga, dan juga kanak-kanak yang mahukan snek premium untuk melapis perut. Diperakui Halal dan mengandungi 0% lemak trans, roti ini memberikan nikmat yang lebih sihat tanpa menjejaskan rasa. Kini, para pengguna boleh menikmati citarasa dari Hokkaido, tidak kira di mana mereka berada, dengan Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk Sunshine Bakeries!
Selain daripada Roti Berkrim SIGNATURE, Sunshine Bakeries turut menawarkan pelbagai pilihan roti yang menyelerakan, termasuk Roti Mentega BRIOCHE SHOKUPAN GOLD, Roti Susu Hokkaido, Roti Mil Penuh 100% Australian Oat dan Roti Soft White. Setiap roti dihasilkan secara teliti dan padat dengan kebaikan khasiat. Sunshine Bakeries turut menampilkan dua pilihan varian perisa roti berkrim berkhasiat yang lain iaitu Cookies & Cream dan Creamy Vanilla, yang diperbuat menggunakan ramuan terbaik yang diperoleh dari seluruh dunia.
Ads
Roti Berkrim SIGNATURE Hokkaido Milk kini boleh didapati di semua pasar raya dan kedai serbaneka utama di Lembah Klang dan Negeri Sembilan. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba roti ini dan menikmati rasa premium dengan perisa hebat yang ditawarkannya.
Belum cuba, belum tahu! Alami kenikmatan Roti Berkrim SIGNATURE Signature Hokkaido Milk Sunshine Bakeries hari ini dan rasai tahap keenakan yang lebih tinggi.
Layari laman sesawang Sunshine Bakeries atau ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
IFTAR@KL diadakan sebagai inisiatif mengimarahkan bulan Ramadan bagi tahun 2025. Berlangsung setiap hujung minggu pada 15,16, 22 dan 23 Mac ini merupakan program anjuran Jabatan Kebudayaan & Keseniaan Negara (JKKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Warisan Seni Samudra dengan kerjasama dari Jabatan serta Agengsi Persekutuan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga Badan Bukan Kerajaan.
Sumber gambar: JKKNSumber gambar: JKKN
Majlis Berbuka Puasa hujung minggu (Sabtu dan Ahad) berskala besar di atas Jalan Raja, Kuala Lumpur berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad ini merupakan pelaksanaan program berkonsepkan kerohanian yang merangkumi pengisian pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan bulan Ramadan.
Program yang mula dilaksanakan pada tahun 2012 dengan nama ‘Festival Ramadan’ dan dijenamakan semula atas nama Iftar @ KL pada tahun 2015. Program ini merupakan tahun ke dua belas (12) pelaksanaannya.
Sumber gambar: JKKNSumber gambar: JKKN
Program kerohanian ini turut menyediakan makan minum kepada orang ramai termasuk anak yatim dan gelandangan untuk berbuka puasa.
Pelbagai pengisian program telah diadakan sepanjang pelaksanaan selama tiga (6) hari ini iaitu demonstrasi memasak bubur lambuk, berbuka puasa di Jalan Raja, sembahyang maghrib dan isyak serta bertarawih di atas Jalan Raja, tadarus al-quran, tazkirah rohani, kutipan zakat fitrah dan persembahan nasyid.
Turut diadakan ceramah ramadan dan lain-lain program.
Sumber gambar: JKKNSumber gambar: JKKN
8,000 Bubur Lambuk Percuma pada 22 Mac ini
Tidak melepaskan peluang untuk sama-sama mengimarahkan bulan penuh keberkatan ini, Majalah RASA akan menyediakan 8,000 bubur lambuk secara percuma kepada pengunjung yang hadir.
Kepada anda yang teringin sangat makan bubur lambuk yang team RASA sediakan bersama para perwira negara, apa kata datang memeriahkan program RASA Bubur Lambuk Rewang Wira pada 22 Mac 2025 (Sabtu) di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Bermula jam 12 tengahari hingga berbuka puasa. Hampir 8000 bubur lambuk akan diedarkan. Ini merupakan program CSR tahun ketujuh anjuran RASA, portal masakan #1 tanahair.
Ada banyak juga aktiviti menarik seperti demo masakan, tazkirah Ramadan, beramah mesra dengan para tentera serta boleh juga temui selebriti terkenal tanahair.
Edaran bubur akan bermula pada jam 5 petang ke atas. Selain itu anda juga boleh berbuka puasa santai bersama keluarga dan teman-teman di Dataran Merdeka sambil meyaksikan pameran pelita-pelita gergasi di Dataran Merdeka sempena malam tujuh likur.
Ada 1000 makanan percuma turut diberikan selain pelbagai hidangan berbuka dijual oleh pengusaha food truck. Tambah menarik, pengunjung bertuah juga akan menerima sample makanan dan produk daripada para penaja program ini. Jumpa di sana!
Bila tiba bulan Ramadan, Bubur Lambuk menjadi antara juadah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang. Tak lengkap rasa kalau tidak menikmati juadah ini ketika berbuka puasa.
Setiap negeri mempunyai resipi Bubur Lambuk masing-masing yang menjadi kegemaran masyarakat setempat. Walaupun nampak sama, tetapi ia punya keistimewaan serta keunikan yang tersendiri. Sekali sekala, cubalah rasa Bubur Lambuk dari negeri yang berlainan. Anda pasti teruja!
RASA BUBUR LAMBUK WARISAN DI MALAYSIA
Untuk tahun yang kelima, Rasa sekali lagi menganjurkan program Bubur Lambuk Warisan yang bakal diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.
Istimewa Bubur Lambuk tahun ini, Rasa bakal menghimpunkan 10 resipi Bubur Lambuk yang popular dan menjadi kegemaran di Malaysia. Antaranya Bubur Lambuk dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Penang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu.
Projek dengan kerjasama BABA’S, Petron Gasul dan Saji serta penaja lokasi, MBSA meneruskan tradisi untuk berkongsi rezeki Ramadan dengan menyumbangkan Bubur Lambuk kepada barisan Frontliner, golongan asnaf, masjid dan orang ramai. Wow bestnya!
Sebanyak 6000 pek Bubur Lambuk bakal diagihkan. Jadi orang-orang sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, jangan lupa datang beramai-ramai ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada hari Sabtu,1 April ini untuk merasai sendiri keenakan Bubur Lambuk yang dibawakan khas oleh BABA’S, Petron Gasul dan Saji.
Berita baik buat para penggemar biscoff, Cinnabon kini telah memperkenalkan Siri Lotus Biscoff yang terdiri daripada satu Cinnabon dan dua minuman, disemai dengan rasa Lotus Biscoff yang cukup lazat.
Produk pertama dalam siri ini adalah Lotus Biscoff Cinnabon baharu. Ciptaan baharu ini menggabungkan roti gulung cinnabon yang ikonik dengan kekayaan karamel Lotus Biscoff. Cinnabon Malaysia telah mencipta frosting keju krim berperisa Lotus Biscoff, bersama-sama dengan karamel mewah dan serbuk biskut Lotus Biscoff. Gabungan ini menjanjikan hidangan yang tidak dapat dilupakan untuk keluarga dan rakan-rakan.
Boleh didapati dalam saiz klasik dan mini, Lotus Biscoff Cinnabon ditawarkan untuk masa terhad, menawarkan gabungan keselesaan dan kemeriahan perayaan yang menggembirakan di dalam satu hidangan yang lazat, menjadikannya ideal untuk dimakan bersama rakan-rakan atau ahli keluarga.
Siri Lotus Biscoff juga memperkenalkan dua minuman baharu iaitu Lotus Biscoff Latte dan Lotus Biscoff Chillatta®. Minuman ini menonjolkan rasa Lotus Biscoff yang istimewa dan menjanjikan pengalaman minuman yang penuh kenikmatan kepada sesiapa sahaja yang mencubanya.
“Kami teruja untuk membawakan rasa segar dan lazat ini kepada rakyat Malaysia, membolehkan mereka menikmati pengalaman baharu untuk isi rumah mereka. Dengan pengembangan kami yang berterusan di seluruh Malaysia, kami berharap dapat mencipta pengalaman rasa terbaik untuk peminat-peminat kami dan berharap semua orang berkongsi lebih banyak detik-detik manis dengan kami,” kata Andy Chaw, Pengasas AC Hesed Group.
Kunjungi Cinnabon di The Exchange TRX, Nu Sentral, Sunway Pyramid dan IOI City Mall dan rasai sendiri siri Lotus Biscoff terbaharu daripada Cinnabon ini! Anda pasti terpukau dengan kelazatannya!