Buat anda yang berada di sekitar Melaka, kini anda boleh menikmati hidangan Mexico di El Ocho Mexican Eatery sambil menikmati secawan kopi di MN Coffee yang halal.
Terletak di tengah Bandaraya Melaka, restoran dan kafe ini bakal menjadi tarikan gastronomi terkini untuk pelancong dari dalam dan luar negara untuk menikmati hidangan Mexico serta gabungan kopi yang sukar untuk dilepaskan.
El Ocho bermaksud ‘nombor 8’ yang melambangkan gabungan lapan individu penting di dalam team El Ocho Mexican Eatery.
Ads
Menurut CEO dan pengasas Gula Cakery Group, Puan Arieni Ritzal, El Ocho Mexican Eatery menawarkan pelbagai pilihan menu termasuklah Tacos Enchiladas dan Quesadillas yang menggunakan bahan-bahan segar dan rempah asli.
Antara menu yang menjadi pilihan para pelanggan adalah Pulled Beef Tacos di mana hidangan ini menawarkan kombinasi tekstur daging lembut yang telah dimasak perlahan dengan rasa yang luar biasa.
Ads
Kebanyakan hidangan di El Ocho Mexican Eatery telah diolah mengikut cita rasa tempatan demi memenuhi selera tempatan.
Ads
MN Coffee pula menyajikan pelbagai pilihan kopi, dari espresso klasik hingga kreasi kopi khas lokal. Kedua-dua tempat ini dirancang dengan suasana yang nyaman dan dekorasi yang menarik, menciptakan ruang yang sempurna untuk bersantai sambil menikmati kopi.
Jom datang beramai-ramai ke El Ocho Mexican Eatery dan MN Coffee! Anda pasti puas hati dengan hidangan yang disediakan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Orang Parit Sulong, Johor kini tak perlu lagi tercari-cari lokasi kalau nak makan dimsum. Sebagaimana yang kita tahu, dimsum adalah hidangan masyarakat Cina namun ada ramai peminatnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Sejak Disember 2020, Cafe Dimsum menjadi sebutan masyarakat sekitar kerana keenakan dimsum yang dijual.
Paling menarik, di Cafe Dimsum ini terdapat lebih 40 jenis menu dimsum pelbagai perisa yang boleh dipesan. Memang wow! Cakap saja mahu dimsum apa, semuanya ada di sini.
Dihidangkan panas-panas selepas dikukus, pelanggan dapat menikmati kepuasan apabila makan dimsum dicecah dengan sos terpilih. Harga menu dimsum adalah serendah RM5 bagi setiap hidangan.
“Selepas negara kita dilanda wabak daripada virus Covid, memang kafe ini agak terjejas dari segi bilangan pengunjung. Tapi kami tetap berfikiran terbuka dan mengekalkan konsep kedai sebagai tempat lepak dan santai untuk seisi keluarga menikmati momen makan bersama-sama. Saya sendiri tidak berkompromi terhadap keenakan menu yang dihidang. Memang sedap, berbaloi dan puas hati!” kata Nurul Shafawani binti Rozi selaku empunya Cafe Dimsum.
Jangan risau dengan kepelbagaian. Ini kerana Cafe Dimsum turut menyediakan masakan panas. Misalnya nasi goreng, mi goreng, bakso dan tomyam. Ada shellout juga.
Jika anda peminat hidangan pencuci mulut, turut ada waffle, kek, jagung kukus dan manisan Arab seperti kanafeh, baklava dan donita.
Senang cakap, kalau anda mahu makan-makan sempena hari istimewa pun, boleh datang ke sini kerana ada hidangan berat termasuk kek. Senang, kan?
Cafe Dimsum No. 100 Jalan Sri Sulong, Taman Industri Sri Sulong, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kedai beroperasi 10 pagi – 10 malam. Tutup hari Ahad.
Buat yang merindui menu dari Terengganu, boleh cuba di Celup Tepung yang terletak di Setia Alam. Antara menu popular di kedai ini ialah Nasi Dagang, Nasi Minyak Terengganu,Laksam serta Celup Tepung (Ikan, Udang dan Sotong). Team Makan Di Mana telah mencubanya dan ternyata sedap dan padu rasa.
Menurut pemiliknya, Rosdi Abd Rahman dan Anis Taib kini bisnes makanan yang diusahakan mencecah dua tahun. “Selama dua tahun ini banyak perit gentir yang dilalui terutamanya tempoh PKP menyebabkan perniagaan kedai makan agak memberi kesan dan masalah untuk mendapatkan pekerja agak susah. Namun itu bukanlah halangan buat kami untuk teruskan bisnes ini kerana mendapat permintaan yang baik dari pelanggan.”
Istimewanya menu di sini adalah olahan resipi warisan keluarga memandangkan suami Anis berasal dari Terengganu. Anis dapat belajar membuat kuah Gulai Nasi Dagang dari kakak Ipar dan resipi asli Terengganu. Selain itu juga adunan tepung untuk Celup Tepung adalah resipi asal Terengganu, bila makan rasa krup krup yang rangup serta air cuka / sos pencicah juga resipi asli dari Terengganu.
“Kami decide untuk buka kedai makan di Setia Alam, memandangkan kedai masakan Terengganu belum ada lagi. Saya memang suka menu Celup Tepung dan goreng pisang setiap kali ada majlis dengan komuniti kejiranan, kami akan buat menu goreng pisang panas-panas depan rumah.
Itulah tercetusnya idea untuk buka kedai makan Celup Tepung. Di Terengganu juga sangat popular dengan menu Celup Tepung hampir semua pantai-pantai di Terengganu menyajikan menu ini. Bila ingat Celup Tepung mesti akan ingat Terengganu.
Tambahan pula suami memang berpengalaman dalam bidang F&B selama 20 tahun pengalaman menjaga ramai VIP dan pembesar dalam dan luar negara, lebih mendorong untuk memiliki kedai makan sendiri,”
Menu Best Seller
Nasi Minyak dan Laksam sering menjadi permintaan pelanggan yang datang ke sini. Begitu juga dengan minuman Teh Tarik Buih.
Jika datang ke sini boleh juga mencuba Nasi Ikan Singgang. Nasi Putih,Ikan Singgang adalah Ikan Kembung dipotong separuh.Dihidang bersama seekor ikan Selar Kuning digoreng garing. Dilengkapkan pula dengan sambal, budu dan ulam. Rasa masam, masin yang seimbang,sesuai orang berpantang, berdiet dan yang kurang sihat. Campuran kuahnya daripada asam keping, lengkuas, bawang putih, kunyit hidup, sedikit tomato dan serai serta perasa.
Bagi yang nak cuba Laksam, kuah dibuat daripada hirisan ikan Selayang / sardin yang telah direbus dan diambil isinya. Kemudian isi ikan tersebut dikisar dan dicampur dengan santan, bawang merah, lada hitam dan perasa.
Dihidang bersama laksam yang telah dikukus, ulam (kacang panjang, timun, bunga kantan dan daun kesum), sambal dan limau kasturi.
Rasanye lebih lemak, pedas dan masam sangat sedap untuk minum petang atau untuk sarapan.
Untuk menu Celup Tepung Ikan, Udang dan Sotong memang puas makan.
Ikan ikan kembung bersaiz besar lebih kurang 200g digunakan. Begitu juga udang bersaiz besar AA digoreng rangup bersama tepung (adunan sendiri). Sotong juga dipilih bersaiz besar.
Semua celup tepung tadi dihidang bersama air cuka / sos pencicah buatan sendiri juga. Rasa sos ini ada masam, manis dan masin.
Buat yang ingin mencuba menu istimewa ini, bolehlah berkunjung ke kedai ini nanti.
Lokasi perniagaan
Terletak di No 32 GF Jalan Setia Perdana AY U13/AY, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Anda penggemar nasi ayam? Kunjungan ke Jeremy’s Chicks pasti memenuhi cita rasa anda.Nikmati hidangan ayam yang dimasak sempurna sehingga lembut dan berjus. Idea merealisasikan Jeremy’s Chicks berlaku pada permulaan tempoh PKP oleh pengasas bersama, Jeremy.
Di Jeremy’s Chicks, terdapat pelbagai jenis ayam Hainan asli rebus, panggang dan lain-lain untuk dihidangkan kepada semua pencinta nasi ayam di Malaysia.
Selain itu menu seperti Mi Wantan , Pak Choy, Sup Bebola Ikan dan lain-lain boleh anda pesan untuk melengkapkan hidangan anda.
Dan kali ini, hos Makan Di Mana mencuba ayam percik di restoran ini, diolah dengan enak menggunakan rempah ratus terpilih, dihidangkan bersama nasi ayam beraroma.
Ayam percik yang sedap diperap dalam sos pedas dan dihidangkan bersama nasi ayam yang gebu.Menu di sini ringkas dengan harga yang berpatutan.
Nasi wangi yang gebu adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Ia sangat wangi yang anda tidak akan berhenti mengunyah mereka bersama-sama dengan hirisan ayam yang lazat.
Selain itu cili buatan sendiri adalah satu lagi keistimewaan di restoran ini, dengan rasa pedas yang sesuai digabungkan dengan ayam anda.
Jadi, jika anda sedang mencari hidangan lazat untuk makan tengahari atau makan malam, bolehlah berkunjung atau menempah hidangan dari Jeremy’s Chicks.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.