Bila sebut Nekbat ni meleleh air liur dibuatnya. Nekbat ni cukup popular di Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu.
Menurut Khairul Hasrol yang membahasakan dirinya Abam,katanya,” Bahan-bahannya ringkas tetapi memerlukan skil untuk membuatnya. Ringkasnya nekbat adalah bahulu tanpa gula yang disira dengan air gula dan disimpan dalam peti sejuk. Sejuk aje bila lalu ditekak.”
Jom kita ikut resipi yang dikongsikan Abam dalam laman FBnya.
CARA MEMASAKNYA : 1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Masukkan nekbat. Tunggu sehingga nekbat menyerap air gula
3. Angkat dan sejukkan 4. Siap!
TIP BUAT NEKBAT DARI ABAM: 1. Uji adunan nekbat terlebih dahulu dengan membakar sedikit adunan tersebut. Sekiranya terlalu rapuh, boleh tambah sedikit lagi tepung tetapi jangan terlalu banyak kerana nekbat akan mengeras/bantat.
2. Konsistensi tepung adunan lebih kurang sama macam bancuhan membuat bahulu
2. Di Terengganu, tepung gandum digunakan bagi menggantikan tepung beras
3. Nekbat yang dibuat menggunakan tepung beras, teksturnya lebih kesat/kasar
4. Sira nekbat ketika hendak makan. Sekiranya terlalu awal, nekbat akan menjadi terlalu lembik nanti
Resipi yang ringkas, rasa lemak manis labu yang terserlah dengan campuran kelapa dan minyak sapi. Kuih yang lembut dan gebu amat sesuai sebagai sarapan atau minum petang.
KUIH LABU BAKAR GULA MERAH
BAHAN-BAHAN :
1 cawan labu lenyek (stim atau rebus)
½ cawan gula merah (kalau nak manis lagi boleh tambah 1-2 cawan Gula Merah)
1 kotak kecil santan kelapa
½ cawan air masak / air mineral.
1 sudu besar Minyak Sapi
2 biji telur ayam
1 sudu kecil esen Vanilla
1 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Campur semua bahan-bahan kecuali labu lenyek. Kacau sehingga sebati. Tapis untuk dapat adunan yang halus.
2. Selepas tapis baru masukkan labu lenyek. Kacau lagi hingga sebati.
4. Masukkan dalam pembakar dan biarkan sehingga masak.
Info: Jika suka boleh taburkan bijan di atas adunan.
SG Academy ni satu lagi peluang belajar yang baik buat adik-adik yang minat kulinari. Akademi ini ialah pusat bertauliah kemahiran swasta yang menjalankan pelbagai program kemahiran selaras dengan permintaan industri terkini.
Ditubuhkan pada tahun 1999, dahulunya dikenali sebagai SG Systems & Multimedia Centre (SGSMC) berikutnya dilantik sebagai NCC Pendidikan, Pusat Latihan U.K dan Pusat Latihan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) di bawah Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2001.
Matlamat akademi ini adalah untuk menempatkan pelajar di industi sejurus tamat kursus dengan melengkapi pelajar dengan kemahiran seperti yang dikehendaki oleh industri. Ia juga ingin meningkatkan peluang kepada para graduan melanjutkan pendidkan di tahap yang tinggi. Pelajar juga mempunyai piilihan untuk mendapatkan dwi-diploma.
Di antara program yang disediakan adalah Diploma dan Sijil dalam Servis Makanan dan Minuman, Diploma dan Sijil dalam Penyediaan Makanan serta Diploma dan Sijil Pembuatan Pasteri di samping program-program lain selain kulinari.
SG Academy menyediakan fasiliti latihan terbaik dan persekitran kondusif latihan kemahiran di dalam kesemua pusat latihan kemahiran . Disebabkan itu SG Academy dianugerahkan taraf 5 bintang oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk tahun 2013.
Di antara fasiliti yang disediakan bagi program di atas adalah dapur utama, dapur konvensional pastri dan bakeri, cold kitchen, Chinese kitchen, Mock table Dine Restaurant, Ballroom Hall, Dry Store, Banquet Store, Mock Up Beverage Bar Counter dan Kawasan Perkhidmatan.
Di antara peluang kerjaya dalam bidang masakan dan penyediaan makanan, modul pengajiannnya turut menekankan dan membentuk golongan usahawan. Kalau nak tahu di antara rakan kongsi industri akademi ini adalah KLCC Convention Centre, Big Onion Cateres, Sheraton Petaling Jaya dan pawagam GSC.
Pencapaian yang pernah diraih adalah semi finalis dalam SCaT Fair 2017, tempat ketiga dan kedua Pertandingan Masakan SABERKAS kali ke- 4. Finalis Worldskill Sarawak Malaysia Cooking Competition dan Pemenang Episod Versus 1001 Rasa BABA’S
Diiktiraf oleh Badan Persijilan Tempatan dan Antarabangsa seperti berikut ;
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Pembangunan Sumber Manusia
Universiti Sains Malaysia
Open University Malaysia
Pearson BTEC United Kingdom
City & Guilds United Kingdom
TAFE South Australia
Inilah antara resipi hebat yang pernah dihasilkan oleh Sg. Academy untuk majalah RASA:
GERMAN SPAETZLE SAUBIAN
BAHAN-BAHAN :
Bahan spaetzle :
240gm tepung gandum
1biji telur
5gm serbuk lada hitam
5gm serbuk cili
5gm garam
5gm mentega
Bahan ditumis :
200gm kepingan ayam ham | dipotong halus
50gm daun parsli | dicincang halus
35gm lada benggala hijau | dipotong kiub kecil
30gm bawang holland | dicincang halus
20gm bawang putih | dicincang halus
15ml minyak zaitun
3gm serbuk cili
2gm daun rosemary |dicincang halus
2gm thyme | dicincang halus
Garam secukup rasa
60ml susu segar
Keju parmesan secukupnya sebagai hiasan dan melazatkan rasa
CARA MEMASAK :
1. Dalam periuk besar isi air dan biarkan hingga mendidih. Sementara itu ayakkan tepung ke dalam mangkuk
2. Dalam mangkuk lain, pukul telur dengan garam dan air.
3. Secara beransur-ansur tambahkan campuran telur ke tepung dan pukul bersama dengan tangan atau menggunakan pengadun elektrik sehingga adunan dipukul dengan baik dan berbuih, tanpa sebarang ketulan.
4. Bentukkan doh menjadi spaetzle (mi berbentuk butiran kecil),kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak.
5. Selepas 3-5 minit setelah spaetzle masak ( terapung atas air), keluarkan dan toskan sehingga tiada air. Ketepikan
6. Gaulkan spaetzle dengan mentega dan tambah sedikit garam dan lada secukup rasa.
7. Dalam kuali panaskan minyak, tumiskan bawang putih ,bawang holland, lada benggala dan dada ayam dan letakkan serbuk cili,rosmary dan thyme.Tambahkan sedikit garam sehingga cukup rasa.
8. Masukkkan spaetzle dan gaulkan dengan bahan tumisan, tuangkan susu segar dan masak seketika . Tutup api dan hidangan siap disediakan.
Saiz hidangan:1-2 orang
Waktu memasak: 25 hingga 30 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Masakan mi telur (Jerman)
Keistimewaan: Rasa pasta telur gandum yang lembut dan rasa berkrim susu
Anggaran kos: RM 20
2. NASI KATOK BRUNEI
BAHAN-BAHAN:
Sepinggan nasi kukus
Bahan sambal (dikisar) :
6 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci @ 2.4sm halia
10 tangkai cili kering
3 tangkai cili padi
40gm belacan | dibakar dahulu
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya Ikan bilis goreng sebagai hiasan
Bahan ayam goreng berempah :
500gm ayam | dipotong saiz sederhana
Daun kari 3 tangkai
20gm biji ketumbar | disangai dan dikisar
20gm jintan manis | disangai dan dikisar
200gm jintan kasar | disangai dan dikisar
3 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2.5sm @ 1 inci halia | dikisar
Serbuk lada hitam secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak sambal : 1. Kisar semua bahan. 2. Panaskan minyak (2 sudu besar). 3. Masukkan bahan-bahan kisar tadi dan kacau sehingga sebati. 4. Selepas itu, masukkan belacan kacau sehingga naik bau. 5. Perasakan dengan gula dan garam 6. Taburkan ikan bilis goreng di atasnya sebagai hiasan
Cara masak ayam goreng berempah : 1. Perapkan ayam dalam 3-4 jam dengan bahan-bahan yang dikisar. 2. Perasakan dengan lada hitam dan garam. Masukkan daun kari ke dalam minyak 3. Goreng hingga empuk dan keperangan 4. Siap untuk dihidang bersama nasi.
Saiz hidangan : 1- 2 orang Waktu memasak : 1 jam 30 minit Cara memasak : Tumis dan goreng Jenis masakan : Nasi bungkus, Brunei Keistimewaan : Hidangan ringkas yang dibungkus sekali nasi, sambal dan ayam Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Makanan pilihan harian ringkas yang boleh dijamu sebagai sarapan, makan tengahari atau pun makan malam
LOKASI : SG Academy, Ibu Pejabat :Putra Majestic Business Centre, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur
Cawangan : SG Academy Sarawak : Lot 208 Muara Tuang Land Distict, Kuching, Sarawak
INGINKAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA DI RUMAH. JOM LAYARINYA DI SINI.
Suka makan sotong goreng tepung? Kalau buat sendiri mesti korang hadapi masalah minyak akan ‘meletup”. Kemudian tepung sadur akan lerai dari sotong. Sakit hari dibuatnya. Tapi jangan risau ada cara untuk pastikan sotong goreng tepung elok kejadiannya. Korang ikut je resipi dan cara memasak seperti yang dikongsikan ini.
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong | dibersihkan dan buang kulit hitam bahagian luar sotong
2 sudu besar cuka epal
Selepas sotong dipotong bulat, perapkan seketika bersama cuka epal. Ini untuk mengelakkan sotong daripada ‘meletup’ sewaktu digoreng.
BAHAN TEPUNG SADUR:
10 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
Gaul sebati semua bahan di atas.Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.
CARA MEMBUAT:
Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.
SOS PENCICAH:
3 sudu besar sos Thai
1 sudu besar mayones
*CARA MEMBUAT:
Gaul sebati dua bahan ini dan taburkan sedikit bijan jika suka.
Hidangkan bersama sotong yang telah digoreng tadi.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!