
Dah malam malam gini tetiba rasa lapar pulak. Kalau dapat goreng nasi guna nasi baki tengah hari tadi sedap ni. Boleh makan sambil tengok tv..nyum..nyum.
Penggemar makanan pedas boleh cuba resipii nasi goreng yang ringkas. Makan ketika masih panas buat lagi teruja makan nasi goreng sotong pedas ini.
NASI GORENG SOTONG PEDAS

BAHAN-BAHAN:
- Nasi putih (1 pinggan penuh)
BAHAN TUMIS:
- 1 biji lada merah
- 8 biji cili padi (tidak suka pedas kurangkan)
- 3 biji bawang (sederhana)
- 2 biji bawang putih
- 1/2 inci belacan
- Sedikit ikan bilis (goreng ketepikan)
- 1-2 ekor Sotong (dipotong)
- Kacang, lobak merah (atau sayur-sayur lain kegemaran anda)
- Kicap manis
- Kicap sotong
- 1 biji telur
- Garam & perasa
- Minyak
CARA MEMASAK:
- Tumbuk lada merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan & masukkan sekali ikan bilis yang telah digoreng tadi (tumbuk jangan hancur sangat bahan tadi)
- Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan tumbuk tadi goreng sekejap.
- Masukkan sayur kacang panjang, lobak merah dan sotong.
- Gaul rata dengan api sederhana. Masukkan kicap sotong dan kicap manis (sukatan agak-agak secukup rasa)
- Pecahkan telur gaul rata dengan bahan tumisan tadi & masukkan nasi.
- Kacau dan rasa jika tawar letaklah sedikit garam.
- Goreng dalam 2 ke 3 minit &dan boleh tutup api. Sedia untuk dimakan.
INFO:
- Boleh tukar berapa banyak kandungan cili padi yang anda suka. Ikut tahap kepedasan anda.
- Boleh makan bersama ulam seperti timun, salad atau tomato.
- Boleh juga tambah udang atau bahan lain.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Ryna Kharysta
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sotong Goreng Tepung Tak Meletop Tapi Rangup


Selalu ada masalah goreng sotong tapi asyik meletup-letup. Ada juga goreng tapi tepung tidak melekat dekat sotong, jadi lembik dan tidak sedap. Ini tip dan resipi untuk dapatkan sotong yang rangup dan tidak meletop ketika digoreng.
SOTONG GORENG TEPUNG
BAHAN-BAHAN A:
- Sotong
- Bawang putih
- Garam
- Lada sulah
- Cuka makan

CARA MENYEDIAKANNYA:
- Basuh dan tos sotong seketika.
- Masukkan sesudu dua cuka. Boleh guna cuka kurma. Cuka untuk keluarkan air dari sotong. Tak perlu banyak. Nanti lari rasa.
- Tumbuk halus bawang putih. Kacau dalam tos sotong bersama lada sulah dan sedikit garam. Biar 10 minit.

BAHAN B:
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jangung
- Suku cawan tepung beras
- 1 sudu garam
- Sedikit kunyit
- Serbuk lada sulah
- Serbuk lada hitam
(Kacau semua bahan sekali. Biar kering. Jangan tambah air)

CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak yang banyak.
- Kacau telur putih dan kuning. Jangan terlalu lama. Boleh buat telur ringan dan tepung tak melekat.
- Masukkan sotong tadi kedalam telur.
- Celup dalam adunan tepung tadi dan goreng. Jangan goreng sotong terlalu lama. Nanti sotong jadi liat.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Awatif Osman
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resipi Nasi Minyak, Daging Masak Hitam & Acar Tumis, Sedap Macam Dekat Kenduri!

Ramai orang suka makan nasi minyak tiap kali kenduri. Mesti rindukan nak makan nasi minyak. Tapi dengan sekarang keadaan kes yan semakin meningkat, ada yang terpaksa ditangguhkan niatnya.
Yang teringin nak makan nasi minyak, bolehlah cuba resipi nasi minyak bersama daging masak hitam dan acar tumis yang dikongsikan Nurul Ateekah ini.
NASI MINYAK

BAHAN-BAHAN:
5 pot beras basmati
1 cawan susu cair
5 biji bawang merah | dihiris halus
3 ulas bawang putih | dihiris halus
2cm halia | dihiris @ ditumbuk
1 batang serai | diketuk
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 batang kecil kayu manis
3 biji bunga cengkih
2-3 sudu besar minyak sapi
Sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit (hujung sudu)
Garam & serbuk perasa (agak-agak)
TONTON Asam Pedas Ikan Kembung | Dapur Rasa Live
CARA MASAK NASI:
1. Rendamkan beras basmati selama 30-45 minit dan toskan (P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air).
2. Tumiskan bahan-bahan sehingga naik bau. Dalam gambar, yang warna putih tu saya letak minyak kambing (rebusan air kambing mengeluarkan minyaknya, lemak beku tu la. Macam minyak sapi tu)
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, bawang putih, bawang merah, serai dan halia.

4. Tumis sehingga keperangan dan masukkan 1 sudu kecil kunyit, 1 sudu kecil perasa knorr dan 1 sudu kecil garam. Masak seketika.

5. Masukkan 1 cawan susu cair. Masukkan air 5 pot beras= 5kali x 1¼ cawan air atau ( air rebusan daging). Kacau-kacau.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

6. Masukkan beras. Lubangkan 4 tempat dan masukkan pewarna kuning telur. Tunggu 10 minit, gambuskan nasi dengan garpu agar nasinya tidak hancur.


7. Bila nasi dah masak, taburkan bawang goreng, daun ketumbar dan kismis (jika suka).
DAGING MASAK HITAM

BAHAN-BAHAN:
1kg daging (direbus sehingga empuk)
4@5 sudu besar kacang peas dalam tin (jika suka)
1 kotak kismiss @ 4 sudu besar kismis
½ botol kecil kicap manis (saya guna cap kipas udang)
1 batang serai | diketuk
2 batang daun kari
1 sudu besar air asam jawa
2 biji bawang besar | dihiris halus
2 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk sup
1 batang kayu manis + 1 biji buah pelaga + 1biji bunga lawang + 2 biji bunga cengkih
3 sudu besar gula pasir @ gula melaka
Garam & serbuk perasa
Minyak masak (untuk menumis)
4 senduk air rebusan daging
TONTON Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live
BAHAN KISAR:
5 batang batang serai
10 tangkai cili kering (boleh tambah jika suka pedas)
Halia sebesar ibu jari
20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar
4 biji buah keras
10 biji bawang putih
CARA MASAK:
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, serai, bawang yang dihiris, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis. Masak sehingga naik bau atau sedikit kekuningan.
2. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak dan masak.
3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan serbuk kari dan serbuk sup (masak seketika).

4. Masukkan 1 sudu besar air asam jawa, kicap manis dan air rebusan daging (4 senduk) dan masukkan sekali daging yang telah direbus.
5. Masukkan kismis, kacang peas dan masak sehingga agak sedikit kering (kalau suka berkuah pun tak apa)
6. Perasakan dengan gula melaka, gula putih, garam dan serbuk perasa (rasakan secukup rasa yang dimahukan). Siap.
ACAR TIMUN BERTUMIS

BAHAN-BAHAN:
1 biji timun | dipotong
1 biji lobak merah | dipotong
15 biji bawang kecil
15 biji bawang putih
2 cm halia | dihiris halus
1 sudu besar biji sawi
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar gula melaka
1 sudu besar gula putih
2 sudu besar kismis
2 sudu besar cuka
Garam (agak-agak)
Serbuk perasa
1 tangkai daun kari
3 sudu besar minyak masak

CARA MASAK:
1. Panaskan minyak masak dan masukkan biji sawi dan daun kari. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
2. Masukkan serbuk kari dan masak seketika. Masukkan halia, bawang kecil dan bawang putih, masak sehingga lembut (guna api perlahan).
3. Apabila sudah lembut, masukkan cuka, garam, gula melaka, gula putih, serbuk perasa dan kismis.
4. Masukkan lobak merah dan timun. Masak sehingga lembut.
P/S: sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam, ayam masak tomato, ayam masak merah, kari ayam, kari daging, masak kurma ayam, daging,kambing atau telur atau ikut yang disukai.
Kredit resipi: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Sedap, Mudah & Berbaloi, Mudah Je Nak Buat Pepes Ayam Homemade
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Berat Badan Naik Selepas Puas Beraya Ke? 5 Jenis Diet Ini Boleh Cuba

‘Esok nak diet lah!’ ialah antara kata-kata atau ayat yang kita sendiri kadang- kala tidak mampu nak laksanakan.
Berikut ialah jenis-jenis diet yang popular bagi menghilangkan lemak tepu yang telah anda kumpul semasa berkunjung ke rumah terbuka rakan-rakan mahupun sanak saudara. Nak sihat dan kurus haruslah kene disiplinkan diri kan? Selamat mencuba!
Diet Paleo

Diet Paleo atau dikenali sebagai diet orang zaman batu mempunyai teori bahawa sakit moden yang masa sekarang ini adalah disebabkan pengambilan bahan-bahan seperti bijiran, tenusu dan juga makanan yang telah diproses. Diet Paleo lebih fokus pada pemakanan seperti sayuran, buah-buahan, kekacang dan mengelak pengambilan makanan yang diproses, gula, tenusu dan juga bijiran.
Diet Atkins

Diet Atkins merupakan antara diet yang popular di Malaysia. Diet atkins akan menolong dari segi kawalan tahap insulin dalam badan anda menerusi cara pemakanan yang betul.
Diet Atkins dikatakan berkesan kerana makanan yang anda ambil haruslah merupakan makanan yang mengandungi protein dan lemak serta mengelak daripada mengambil karbohidrat. Antara sebab utama diet ini berkesan adalah kerana ianya mengurangkan selera anda untuk mengambil makanan yang akan meningkatkan berat badan anda.
Diet Vegetarian

Kebanyakan vegetarian adalah lacto-ovovegetarians, dalam erti kata lain, mereka tidak makan makanan yang berasaskan haiwan, kecuali telur, susu, dan madu.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan bahawa golongan vegetarian mempunyai berat badan yang lebih rendah, kurang mendapat penyakit, dan secara umumnya mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada orang yang makan daging.
Diet Makanan Mentah (Raw Food)

Diet makan makanan mentah atau raw foodism, melibatkan makanan dan minuman yang tidak diproses, makanan tersebut berasaskan tumbuhan serta bahan organik yang ideal.
Bagi mereka yang ingin mencuba Raw Foodism, tiga perempat daripada pengambilan makanan anda harus terdiri daripada makanan yang belum dimasak. Sejumlah besar pengamal raw foodism turut merupakan vegan iaitu mereka tidak makan atau minum apa-apa yang berasaskan haiwan.
Terdapat empat jenis makanan mentah utama: vegetarian mentah, vegan mentah, omnivora mentah, dan karnivora mentah.
Intermittent fasting

Puasa secara berselang-seli adalah corak makan yang mana kitaran pemakanan adalah antara tempoh puasa dan makan. Daripada menyekat anda daripada makan, diet ini menandakan masa untuk anda perlu makan.
Puasa secara berselang-seli biasanya diamalkan untuk menurunkan berat badan kerana memudahkan proses penyekatan kalori anda.
Terdapat 4 kategori Puasa berselang-seli iaitu
- Metod 16/8: Tidak mengambil sarapan dan hanya makan untuk 8 jam sahaja.
- Metod Makan-berhenti-makan : Melibatkan anda berpuasa selama 24 jam sekali atau 2 kali dalam seminggu
- Diet 5:2: Menghadkan pengambil kalori hingga 600 kalori 2 kali seminggu dan mengambil makanan seperti biasa bagi 5 hari yang selebihnya.
- Diet Pahlawan: Hanya mengambil makanan seperti sayuran dan buah-buahan pada waktu pagi dan hanya mengambil makanan yang besar pada waktu malam.
Tapi haruslah ingat amalkanlah mengikut kemampuan anda. Diet, diet juga, senaman tetap kena buat juga. Lemak tepu itu takkan dapat hilang dengan mudah.
Selamat Berdiet!
Kredit: Y.Helmy
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Rendang Sedap & Mudah Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Rendang Sedap & Mudah Untuk Sajian Tetamu Di Hari Raya
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!

