SuiSan Aliezsha melalui facebook group RASA Share Resipi berkongsi resipi membuat sup tulang dan sambal kicap yang gerenti sedap. Sup tulang ni sedap dimakan dengan nasi atau juga mi. Tak kisah sama ada mi kuning atau mihun. Lagi sedap kalau dimakan lengkap dengan sambal kicap. Resipi ni memang sedap betul. Sup tu rasa segar. Sambal kicap pulak sesedap rasa. Cubalah.
SUP TULANG
BAHAN
1 kg tulang lembu
1 peket sup bunjut
Minyak masak untuk menumis
Rempah 3 sekawan
5 ulas bawang merah kecil (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
1 Kiub pati lembu
3 biji limau kasturi (perah jusnya)
BAHAN HIASAN
Sedikit daun sup (hiris)
2 biji tomato (belah 4)
Taugeh
Tauhu (dipotong kecil dan digoreng)
Ads
CARA MEMBUAT
1. Dalam periuk, rebus tulang lembu bersama sup bunjut sehingga empuk. Biarkan mendidih.
2. Dalam kuali, panaskan minyak masak. Tumis rempah tiga sekawan, bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
3. Siap tumis, masukan tumisan ke dalam periuk berisi tulang lembu tadi.
4. Masukkan kiub pati lembu dan air perahan limau kasturi.
5. Masukkan garam dan biarkan mendidih lagi.
6. Letakkan bahan hiasan selepas dihidang dalam mangkuk.
BAHAN SAMBAL KICAP
Cili api (kuantiti terpulang tahap kepedasan yang dimahukan)
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
1/2 bawang besar
Kicap pekat
Kicap manis
Secubit garam
Sedikit gula
2 biji limau kasturi (diperah jusnya)
CARA MEMBUAT
1. Kisar cili api, bawang putih dan halia. Kemudian masukkan dalam kuali.
2. Letakkan kicap pekat, kicap manis, garam, gula dan perahan limau kasturi.
3. Masak semuanya seketika. Matikan api.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Bila sebut sate, sate ayam dan daging antara yang paling digemari ramai. Malah hidangan ini juga sangat sinonim dengan raya. Bagi anda yang rasa nak makan sate yang sedap dan mudah, resipi yang RASA kongsi ni boleh dicuba. Boleh buat awal dan sangat jimat berbanding yang dibeli. Jom cuba!
1. SATE AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | dibersihkan
5 sudu makan madu
BAHAN KISAR:
15 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
2cm halia
10 tangkai cili kering – ikut kepedasan sendiri
7 batang serai
2cm kunyit hidup
1 sudu teh garam
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
150gm gula
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
Ayam dibersihkan dan diambil isinya. Potong dadu dan masukkan ke dalam bekas besar.
Kemudian tuang bahan kisar. Gaul rata.
Tuangkan madu. Gaul lagi hingga semua bahan sebati. Perap selama 2 jam.
Cucu isi ayam pada lidi dan bakar hingga masak.
Sedia untuk dinikmati.
2. SATE DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | dihiris nipis
30 ulas bawang merah | dikisar
15 ulas bawang putih | dikisar
20 tangkai cili kering | dikisar halus
5cm kunyit hidup | dikisar halus
3 batang serai | dikisar halus
3cm lengkuas | dikisar halus
3cm halia | dikisar halus
3 sudu teh jintan manis | dikisar halus
3 sudu teh jintan putih | dikisar halus
3 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sapi | dicairkan
1 batang serai | dititik
Lidi sate secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan daging dan perapkan bersama bahan yang telah dikisar halus. Tambahkan garam serta gula secukupnya. Perap semalaman.
Cucuk daging pada lidi sate dengan kemas. Jangan susun terlalu rapat kerana akan menyebabkan sate masak tidak sekata.
Bakar sate sehingga masak. Ambil serai dan celup pada cairan minyak sapi dan sapu pada daging supaya tidak kering semasa dibakar .
Biasanya kalau masak nasi kabsah ni mesti ada acara khas atau ada tetamu istimewa nak bertandang ke rumah. Memang berselera kalau dapat makan menu ni, buatnya pun tak susah. Beras yang digunakan mestilah beras special untuk masak nasi arab ataupun beriani.Bila masak akan cantik dan tidak hancur. Bila dah cantik mesti selera orang tak sabar nak makan. Boleh ikut resipi yang dikongsi ini.
NASI KABSAH KAMBING
Nasi:-
4 cawan beras basmathi (rendam 1/2 jam)
2kg kambing
2 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
Daun pandan
Daun ketumbar
3 sudu majerin
6 sudu besar minyak (nak tambah minyak sapi pun boleh.Kalau guna lagi sedap + bau wangi
4 sudu rempah kabsah
Cara masak:-
1. Tumis halia, bawang putih + merah yang dikisar dengan rempah kabsah.Masukkan air ikut sukatan beras 4 cawan digandakan jadi 8 cawan. Sudah mendidih rebus daging kambing sampai lembut.
2. Rebus sampai daging kambing agak masak. Lepas tu, keluarkan daging kambing dan ketepikan
3.Masukkan beras dengan air rebusan tadi dalam rice cooker. Dan masukkan daging kambing susun di atas beras daun pandan,daun ketumbar.Tutup semula periuk. Biarkan nasi masak.
Bekas isteri polis Puan Hajah Zainab berkongsi resipi yang disimpannya selama 33 tahun selama dia berjiran dengan orang Kelantan. Masakan ikan percik ini memang popular disajikan lebih-lebih lagi ketika bulan puasa. Resipi lama jadi igauan selamat mencuba!
Resipi ni saya simpan dah hampir 33 tahun yang lalu ..semasa saya menjadi isteri Polis berjiran dengan orang Kelantan ..Masa tu dok suka sangat ..Hari-hari buat ..tapi dulu saya suka pakai ikan sungai .(ikan Talapia)- Puan Hajah Zainab
RESIPI IKAN PERCIK KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung(bersihkan,kelar dan bakar)
Kalau pakai ikan Sungai ( ikan Talapia lagi sedap , itupun klu yg mkn ikan sungai lah kan .)
*10 tangkai cili kering rendam bagi lembut
*1 biji bwng besar
*1 inci halia
*sedikit belacan (tak yah letak pun tak apa )
1/2 inchi kunyit hidup @ serbok kunyit pun boleh
2 batang serai ( titikan saja )
Santan dr sebiji kelapa
2 keping asam keping
Garam n perasa
1@2 sudu gula Pasir
Sedikit tepong beras untuk memekat kan kuah
CARA-CARA:
Kisar bahan bertanda *
Masukkan santan dalam periuk
Masukkan bahan kisar tadi
Masukkan serai dan asam keping
Masukkan garam, perasa dan gula
Didihkan atas dapur hingga pekat masukan sediki tepung beras yang dibancuh dengan air terlebih dahulu untuk memekatkan lagi kuah tersebut
Bila siap, curahkan atas ikan yg dah siap bakar. Kemudian nak bakar semula pun boleh, ikutlah cara masing masing .
Masukan dalam periuk tu sekali pun boleh supaya ikan tu mesra bersama kuah .
Cucur badak montok ini memang buat kita teruja untuk makan. Bentuknya yang bulat comel Bersama inti homemade tak dinafikan cukup sedap.Kuih tradisi ini tak...