Dalam dunia masakan, bukan mudah untuk mendapatkan trik atau tips bagi menjadikan masakan sedap ataupun wangi.
Namun bagi Hanim Hassan, sangat bermurah hati berkongsi trik rahsia untuk menjadikan masakan kari lebih wangi dari yang lain.
Mengakui memang cerewet bab makan, Hanim memberitahu dia mendapat cara ini ketika makan kari di rumah kliennya.
Walaupun masak menggunakan rempah jenama apa pun dan juga resipi kari sama seperti yang lain, bahan rahsianya ialah DAUN PANDAN.
Ads
*Sebelum tumis bahan kisar, tumis dahulu 4 beradik lepas tu daun kari dan masukkan simpulan daun pandan.
*Minyak untuk menumis, campurkan sesudu minyak sapi. Semenjak itu saya ikut resepi ini dan memang semua orang kata sedap dan aromanya memang wangi.
*Sebelum tutup api, saya akan masukkan bawang goreng dan bawang putih goreng, kacau sekejap. Tutup apinya. Yang ini sebab saya selalu tengok kakak saya buat. Double sedap karinya.
Sekarang ni, kalau masak sup pun saya tumis dengan sikit minyak sapi dan letak daun pandan. Malah, buat sambal tumis pun letak daun pandan.
Yang penting masak dengan ikhlas dan dari hati. Jangan lupa mulakan dengan Bismillah dan selawat.
Kacau ikut lawan jam. Sebab kata sifu saya, kacau lawan jam akan buat kita dapat tenaga positif.
Ads
Hari ni, saya masak kari daging dan sotong masak asam/belacan campur baby buncis.
Sakit betul hati dikala nak memasak dengan cepat, tetapi pisau blender pula tumpul. Lama dikisar, tak juga hancur bawangnya. Dah rugi masa. Lebih sakit hati jika ia berlaku disaat anda nak mengadakan majlis kenduri dan keraian. Beli blender baru pun boleh tahan juga harganya. Jangan risau kerana ada cara yang boleh anda cuba untuk menajamkan pisau blender anda tanpa perlu mengeluarkan kos yang mahal. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk garam kasar
CARA-CARA:
1. Masukkan garam kasar ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
2. Keluarkan garam dan bersihkan blender.
Info: Lakukan kaedah ini dua kali dalam sebulan. Hasilnya, pisau blender anda akan semakin tajam dan makanan yang dikisar akan cepat halus tidak seperti sebelumnya. Selamat mencuba!
Cerek adalah antara kelengkapan di dapur yang kita wajib guna setiap hari. Namun, ada kalanya cerek elektrik yang terlalu lama digunakan mempunyai kesan karat yang tidak menyenangkan. Walaupun dibasuh menggunakan span, kesan tersebut masih ada dan tidak bersih sepenuhnya.
Ada petua yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini. Untuk membersihkan kesan karat tersebut, masukkan air yang dicampur dengan sedikit cuka ke dalam cerek elektrik dan rendam selama beberapa jam. Selepas itu, basuh dan bilas menggunakan air bersih. Hasilnya, cerek anda akan kelihatan lebih bersih.
ATAU anda juga boleh menggunakan cara di bawah ini.
Dapur yang jadi tempat memasak memang tak lepas dari bau masakan yang ada kalanya melekat dan sukar dihilangkan.
Supaya ruang dapur kita berbau harum boleh hasilkan sendiri pewangi tanpa perlu membazir wang membeli produk wangian atau semburan untuk menyegarkan ruang.
Antara cara mengharum dan menyegarkan bau dapur adalah dengan menggunakan limau nipis bersama pelembut pakaian atau pun bunga cengkih.
Bahan-bahan
2 biji limau nipis (saiz besar)
2 sudu besar garam kasar
3 sudu besar cecair hand sanitizer yang ada alkohol
1 penutup cecair pelembut pakaian
Bunga cengkih
Cara membuat
1.Belah empat semua limau nipis tapi jangan sampai terpotong habis. Masukkan setiap satu buah dalam bekas kecil
2.Kemudian, letakkan setengah sudu garam kasar di bahagian tengah buah limau yang dihiris dan dikembangkan.
3. Selepas itu tuang satu sudu cecair hand sanitizer yang mempunyai kandungan alkohol.
4. Akhir sekali tuang pelembut pakaian. Kemudian boleh letakkan pewangi ini di bilik dan wanginya.
5. Selain menggunakan pelembut pakaian, boleh juga letak beberapa bunga cengkih di atas buah limau untuk aroma yang berbeza. Boleh juga menggunakan pewangi yang disukai.
Aroma wangi ini boleh bertahan selama dua minggu, selepas itu boleh buat yang baru.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.