Makanan dalam tin tidak kurang enaknya  kalau kreatif mengolah resipi  menjadi menu baru yang cepat, mudah dan sedap.  Sangat sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk dan boleh juga menjadi menu terdesak  jika ada tetamu datang mengejut.  Oleh itu,  makanan dalam tin boleh menjadi penyelamat.  Tidak tahu nak masak apa, ini Rasa sediakan 10 resipi mudah olahan makanan dalam tin untuk anda semua cuba.

IKAN SARDIN PERCIK

Nak Cuba Sesuatu Lain Dari Yang Lain ? Hakak-Hakak Boleh Cuba Resipi Olahan Menu Makanan Dalam Tin Ini

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin besar ikan sardin | asingkan kuah dan isinya

BAHAN KUAH PERCIK:

  • 500ml santan kotak
  • 1 batang serai | titik
  • 1 keping asam gelugor
  • 1/2 helai daun kunyit | carik dan simpul
  • 5 tangkai cili kering | kisar
  • 4 ulas bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 2 cm halia | kisar
  • 2biji buah keras | kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Bakar ikan sardin menggunakan ketuhar atau pemanggang. Setelah garing angkat dan ketepikan.
  2. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan kisar bersama santan.
  3. Didihkan di atas dapur dengan api sederhana.
  4. Setelah mendidih masukkan asam gelugor, serai dan daun kunyit.
  5. Kacau hingga kuah pekat.
  6. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah timbul minyak. Tutup api dan hidangkan ikan sardin bakar tadi dengan sos percik.

INFO CHEF: Hidangkan sardine bakar dengan sos berasingan atau dituang terus di atas ikan.

SARDIN TELUR BUNGKUS

Nak Cuba Sesuatu Lain Dari Yang Lain ? Hakak-Hakak Boleh Cuba Resipi Olahan Menu Makanan Dalam Tin Ini

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin sedang ikan sardin | asingkan dari kuah
  • Sedikit  cili benggala | dadu halus
  • 1 pokok daun bawang | hiris halus
  • 1/2 biji buah tomato | dadu halus
  • 1/2 biji bawang Holland | dadu halus
  • 1 biji bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak masak

BAHAN TELUR DADAR:

  • 2 atau 3 biji telur
  • Secubit garam
  • Secubit serbuk lada sulah

CARA MEMASAK:

  1. Hancurkan isi sardin dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
  3. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan sardin, cili benggala dan tomato, kacau rata.
  5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  6. Setelah kuah kering, tutup api.
  7. Sediakan pula telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk.
  8. Masukkan sedikit garam dan lada sulah, kacau rata.
  9. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak.
  10. Tuang telur dan dadarkan ikut saiz sesuai dengan  isi sardin tadi.
  11. Setelah garing, letakkan isi sardin di tengahnya, kemudian lipat bahagian tepi hingga menjadi bentuk empat segi sama.
  12. Angkat dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Cara mudah untuk terbalikkan telur dadar, tekapkan telur dengan piring atau pinggan di atasnya kemudian terbalikkan kuali. Telur akan masuk dalam piring dengan cantik.

IKAN MACKEREL ASAM PEDAS

Nak Cuba Sesuatu Lain Dari Yang Lain ? Hakak-Hakak Boleh Cuba Resipi Olahan Menu Makanan Dalam Tin Ini  BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin besar ikan mackerel | asingkan isi ikan dari kuah
  • 4 biji bendi
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 1 kuntum bunga kantan | belah dua
  • 3 pucuk daun kesum
  • 1/2 cawan air asam Jawa
  • Air secukupnya
  • 2 sudu makan pes cili kering
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2cm lengkuas

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili, kacau lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula air asam Jawa, biarkan mereneh seketika baru masukkan sardin.
  4. Seterusnya masukkan kacang bendi, bunga kantan, daun kesum .
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  6. Biarkan mereneh seketika sehingga  timbul minyak. Tutup api,
  7. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF:   Jangan kacau selalu untuk mengelakkan isi ikan hancur.

SAMBAL SOTONG & PERIA

Nak Cuba Sesuatu Lain Dari Yang Lain ? Hakak-Hakak Boleh Cuba Resipi Olahan Menu Makanan Dalam Tin Ini

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin sotong dalam tin | toskan airnya
  • 2 biji peria katak  | buang biji & hiris nipis
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya | untuk menumis dan menggoreng

BAHAN KISAR:

  • 10 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia
  • 1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Sotong yang telah ditoskan airnya, dilalukan di bawah air paip mengalir kemudian toskan semula.
  2. Hirisan peria, digaul bersama garam dan kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.
  3. Panaskan minyak, goreng peria  separuh masak, angkat dan ketepikan.
  4. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  5. Masukkan sotong dan kacau rata. Diikuti dengan semua bahan sos dan air asam Jawa.
  6. Kacau sebati masukkan pula peria.
  7. Kecilkan api, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  8. Setelah cukup masak dan timbul minyak. Tutup api.
  9. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Tujuan peria digaulkan dengan garam untuk mengurang rasa pahit.

GULAI DAGING LENGKUAS BERSAMA NANAS

Nak Cuba Sesuatu Lain Dari Yang Lain ? Hakak-Hakak Boleh Cuba Resipi Olahan Menu Makanan Dalam Tin Ini

BAHAN-BAHAN:

  • 2 tin sup daging dalam tin | toskan kuahnya
  • 250ml santan kotak | campur 1/2 cawan air suam
  • 1 potong nanas  | dadu sederhana
  • 1 biji tomato | belah empat
  • 4cm lengkuas| hiris nipis dan titik
  • 1 batang serai | titik
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 3cm kunyit hidup
  • 5 tangkai cili kering
  • 5 biji cili padi
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan serai dan lengkuas hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan,  setelah mendidih masukkan daging bersama nanas. 
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan tomato.
  6. Setelah cukup masak, tutup api.
  7. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Jangan masak terlalu lama kerana daging dalam tin sudah empuk.

AYAM MASAK THAI

Nak Cuba Sesuatu Lain Dari Yang Lain ? Hakak-Hakak Boleh Cuba Resipi Olahan Menu Makanan Dalam Tin Ini

BAHAN-BAHAN:

  • 2 tin sup ayam dalam tin
  • 2 batang serai | titik
  • 3 helai daun limau purut | carik-carik
  • 1/2 biji bawang Holland | hiris
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 biji limau kasturi | ambil jus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1cm kunyit hidup
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji cili merah

CARA MEMASAK

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi.
  2. Masukkan sos cili, tomato, tiram dan air limau nipis kacau seketika.
  3. Seterusnya masukkan ayam, kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan hirisan bawang Holland dan daun limau purut.
  6. Kecilkan api, kacau perlahan untuk elakkan ayam dalam tin lembut isinya.
  7. Setelah masak, tutup api. Ayam Masak Thai sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Jika menggunakan ayam biasa, anda boleh goreng separuh masak dahulu. Ia lebih sedap.

KERABU KERANG TOMATO BUNGA KANTAN

Nak Cuba Sesuatu Lain Dari Yang Lain ? Hakak-Hakak Boleh Cuba Resipi Olahan Menu Makanan Dalam Tin Ini

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin kerang dalam tin | buang kuah
  • 1 kuntum bunga kantan | hiris halus
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • Sedikit hirisan daun ketumbar
  • 1 biji limau nipis | ambil jus
  • 3 biji cili padi | hiris
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

  1. Lalukan kerang yang telah ditoskan air di bawah air paip mengalir. Tos dan ketepikan.
  2. Masukkan semua bahan hirisan, daun ketumbar dan kerang dalam mangkuk.
  3. Perahkan jus limau nipis, masukkan kerisik,  garam dan gula secukup rasa.
  4. Gaul rata, dan kerabu sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Jika ingin lebih pedas boleh tambah hirisan cili padi.

TUMIS CORNBEEF BERTELUR DAUN BAWANG

Nak Cuba Sesuatu Lain Dari Yang Lain ? Hakak-Hakak Boleh Cuba Resipi Olahan Menu Makanan Dalam Tin Ini

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm cornbeef
  • 1 biji telur
  • 2 pokok daun bawang | hiris panjang
  • 1/2 biji cili Benggala | potong dadu
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos tomato
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 4 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan cornbeef, kacau rata hingga daging bertukar warna.
  3. Seterusnya masukkan sos tiram dan sos tomato.
  4. Tolakkan ketepi kuali tumisan daging, kemudian pecahkan telur di dalam kuali yang sama.
  5. Kacau rata sehingga menjadi telur hancur, kemudian gaul rata bersama tumisan daging tadi.
  6. Masukkaan hirisan cili Benggala, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Tutup api dan masukkan daun bawang, gaul rata hingga daun bawang layu.
  8. Sedia dihidangkan.

INFO CHEF:  Jika tidak da cornbeef boleh gunakan daging kisar biasa yang ada dijual di pasaraya utama.

CORNBEEF DENGAN KACANG PANJANG

Nak Cuba Sesuatu Lain Dari Yang Lain ? Hakak-Hakak Boleh Cuba Resipi Olahan Menu Makanan Dalam Tin Ini

BAHAN-BAHAN:

  • 200gm cornbeef
  • 6 batang kacang panjang | potong 3-4cm
  • 4 biji tomato ceri | belah empat
  • 1/2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Garam  secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak

BAHAN KISAR:

  • 5 tangkai cili kering
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cornbeef, kacau rata hingga daging bertukar warna,
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan kicap.
  4. Kacau rata dan masukkan kacang panjang, kacau lagi.
  5. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  6. Setelah masak, tutup api dan masukkan hirisan tomato ceri.
  7. Sedia dihidangkan panas-panas.

INFO CHEF: Selain kacang panjang,boleh tukar dengan peria atau terung tetapi goreng terlebih dahulu terung dan peria tersebut.

Selamat mencuba!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI