Bakar kek tanpa oven? Takder oven macam mana nak bakar kek? Boleh ker nak bakar kek atau biskut kalau kita tak mempunyai oven? Jawapannya boleh! Jangan risau dan jangan bagi alasan bila suami atau anak-anak nak makan kek buatan ibu. Ikut cara ini lebih jimat, sangat mudah dan tak menyusahkan.
Cara Bakar Kek Tanpa Oven
Pilih periuk besar atau kuali besar. Pastikan saiznya lebih besar daripada saiz loyang kek.
Letakkan TUNGKU dalam periuk. KALAU takut periuk bocor, isikan pasir 1 inci tinggi dari lantai periuk dan ratakan… setakat ni masak kek cara ini tak pernah bocor pun periuk nya)
Tutup periuk dan panaskan periuk dengan api kecil selama 5 minit (Preheat).
Masukkan loyang adunan dan letakkan di atas tungku dalam periuk tersebut.
Tutup periuk. Kalau gunakan kuali, tutup dengan penutup kukus.
Masak dengan api kecil ikut masa cadangan yang diberikan (Kalau 35-45 minit, buat 40 minit)
Selamat menjamu selera dengan kek tanpa oven!
Ads
Peringatan Bila Bakar Kek Tanpa Oven
1. Selepas adunan dimasukkan ke dalam periuk dan ditutup, JANGAN SEKALI-KALI MEMBUKA PERIUK KURANG DARI 30 MINIT. Sekiranya dibuka, kek akan mendap / jatuh / bantat.
2. Kaedah bakar kek tanpa oven ini tidak sesuai untuk kek yang menggunakan majerin / butter yang masih sejuk sebagai bahan adunan sebab nanti kek atau biskut atau pastrinya akan berminyak.
Soalan Lazim Bakar Kek Tanpa Oven
1. Nak letak AIR ke?
Kalau letak air jadi kek kukus. Jadi, kalau nak bakar tak perlu air.
2. Nak letak pasir dalam periuk ker?
Boleh letak, tak letak pun tak apa. Kalau letak, haba panas lebih lama. Tak sesuai untuk kek yang bermain suhu turun naik macam Japanese Cotton Cake. Kalau bakar biskut, pasir sungai sangat digalakkan untuk membakar biskut.
3. Periuk tak BOCOR ker?
Setakat ni dah lama buat cara macam ni, berpuluh-puluh biji kek terhasil, tiada sebarang masalah.
4. Sebelum masak kek nak kena PREHEAT?
Ikut resepi. Kalau resepi sebutkan preheat, kena preheat. Kalau resepi kata tak payah, terus jer bakar macam biasa.
5. Masa preheat nak kena TUTUP ke periuknya?
Wajib tutup sebab kita nak periuk tu kumpul haba yang cukup untuk bakar kek.
6. Macam mana nak tahu PERIUK SUDAH CUKUP PANAS?
Ads
Renjis sedikit air pada TUDUNG periuk. Kalau hilang kesan-kesan air tu maknanya dah cukup panas.
7. API besar mana?
Guna api kecil sahaja. Kalau Japanese cotton cake, buat api sederhana kecil dan api kecil.
8. Masa memasak?
Ikut resepi.
9. Bila masa untuk cucuk lidi pada kek?
Selepas 30 MINIT adunan kek dimasukkan ke dalam periuk.
Ads
10. Biskut / kek apa yang sesuai?
Semua jenis KECUALI kek / biskut yang memerlukan penggunaan api atas sahaja.
Sila SHARE petua ini kepada semua yang teringin membakar kek tapi tak mempunyi oven. Tiada alasan tiada oven lagi lepas ni
Siapa yang berniaga kek mesti tahu kepentingan whipping cream atau krim putar ini. Harganya pun boleh tahan mahal jugak. Bagi orang yang buat bisnes bakeri dan kek memang terkesan jugak kan.
Ni ada cara membuat whipping cream cara homemade, gerenti sedap, segar dan halalan toyibban.Bagi Soleh Fattah dia lebih gemar membuat sendiri kerana krim putar ini adalah bahan yang selalu kena standby ada bila membuat kek.
Katanya, “Dapat juga teruskan niat berniaga sambil bersedekah dan jimatkan kos.”
1 sudu makan ovalette
5 sudu makan susu pekat manis
4 sudu makan susu tepung ( susu powder)
3 sudu makan gula – boleh kurangkan kalau tak suka manis
1 bekas ais – pastikan ais dalam ketulan kecil supaya senang nak pukul
.
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas besar. Gaul hingga sebati.
.
2. Pukul campuran menggunakan mixer selama 1 minit menggunakan kelajuan paling rendah. Ia bagi mengelakkan ais terkeluar dari bekas.
3. Masuk minit kedua, tingkatkan kepada kelajuan sederhana. Pukul selama 3 minit sehingga tak nampak ais. Masa ni tekstur adunan sudah berkrim dan kembang.
4. Bila ais dah tak ada (boleh dengar bunyi ais masa sedang adun), boleh tingkatkan kelajuan pengadun kepada maksimum. Pukul selama 2 minit sahaja. Jangan overbeat.
5. Siap dan bolehlah digunakan. Masa penyediaannya hanyalah 5-6 minit sahaja.
Cara mudah buat bubur asyura kalau guna periuk Noxxa ni. Pelbagai resipi remeh boleh jadi mudah. Sajian wajib yang menjadi trend masyarakat Islam menyediakan bubur Asyura pada hari ke 10 dalam kalendar Islam iaitu 10 Muharram. Boleh cuba sendiri resipi dari utara ni memang sedap dan cantik rupanya.
Pada tahun lalu masak dalam kuantiti yang banyak sebab berniat nak berikan kepada semua kawan pejabat dan jiran tetangga. Masa tu Kak Noor guna dua bungkus @ 500 gram tepung beras. Kacau pula di dalam kuali. Ambil masa yang lama juga untuk kacau, lebih kurang 2 jam.
Resepi ini adalah dalam kuantiti yang sedikit; makan untuk keluarga dan bolehlah dirasai bersama oleh jiran-jiran terdekat. Bagi rakan-rakan yang memiliki periuk NOXXA, bolehlah ikut resepi ini. Lebih mudah dan cepat dimasak. Penerangan dan langkah-langkah ada pada setiap gambar. – Perkongsian dari Kak Noor
RESIPI BUBUR ASYURA NOXXA
(VERSI UTAQA)
Bahan-bahan A:
2 cawan tepung beras
3 cawan santan sawit KHALIS
Sedikit garam
1 cawan gula pasir } masak guna
2 ketul gula kabung } 1 cawan air
Bahan-bahan B:
1 biji keledek oren (anggaran 500 gm)
1 cawan kacang hijau
1 cawan kacang merah ABC
1 cawan kacang merah kecil
1 cawan kacang ketupat (kacang duduk)
1 tin jagung berkrim
1 tongkol jagung
10 biji pisang emas
3 sudu besar sagu biji
2 helai daun pandan
Persediaan awal bahan-bahan:
Masak dua ketul gula kabung dengan 1 cawan air dengan api perlahan. Setelah larut, masukkan gula pasir dan masak sehingga larut. Ketepikan.
Ubi Keledek dikupas kulit dan dipotong dadu kecil.
Setongkol jagung – diambil isinya
Pisang emas dipotong dadu.
Sagu biji direndam selama 5 minit, kemudian dibersihkan dan ditoskan.
Kacang hijau, kacang merah ABC, kacang ketupat dan kacang merah kecil dibasuh dan diketepikan.
Bahan A disatukan dan digaul rata.
Kemudian masukkan ke dalam blender dan dikisar sehingga semuanya sebati (kaedah ini lebih mudah digunakan untuk mendapatkan adunan yang halus dan tidak berketul)
Cara-cara Memasak Menggunakan Periuk NOXXA:
Masukkan kacang hijau, kacang merah ABC, kacang merah kecil dan kacang ketupat di dalam inner pot. Tuang 1 cawan air. Tutup periuk dan halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set butang `HIGH PRESSURE’ selama 15 minit dan tekan `ON’. Selepas 15 minit periuk akan berbunyi `BEEP’. Bebaskan tekanan dengan memusing tombol ke arah `STEAM’. Biarkan wap habis dikeluarkan supaya tudung periuk boleh dibuka. Tekan `OFF’.
Masukkan ubi keledek dan tutup periuk. Halakan tombol kepada `PRESSURE’. Set butang `HIGHT PRESSURE’ selama 3 minit dan tekan `ON’. Selepas masak, bebaskan tekanan. Tekan `OFF’.
Selepas itu masukkan bahan-bahan A yang telah dibancuh dan diblend halus bersama-sama jagung krim, isi jagung, sagu, pisang, dan daun pandan. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Tekan butang `STIR FRY’ dan tekan `ON’. Semasa proses stir fry, periuk tidak perlu ditutup. Kacau sehingga adunan menjadi pekat dan tidak melekat pada periuk. Selepas masak, tekan butang `OFF’. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang disukai.
Suka makan sup tulang atau sup daging tapi takut tahap kolestrol naik mendadak sebab. Pelbagai sebab lain untuk kita mendapat kolestrol tinggi tapi ini masanya kita untuk tahu mengawalnya tetapi dapat merasa hidangan yang kita gemari.
Selalunya sebelum kita memasak sup kita akan merebus daging atau tulang terlebih dahulu. Ini cara mudah dan cepat bagi mengasingkan lemak yang berlebihan dalam sup daging atau tulang.
LANGKAH-LANGKAH:
Mula-mula rebus daging tau tulang dengan air biasa hingga empuk.
Selepas itu asingkan daging dan tulang. Sejukkan sup seketika.
Ambil beberapa ketul ais dan masukkan dalam mangkuk stainless steel dan letak mangkuk di permukaan sup (sila rujuk gambar) beberapa minit kemudian kita akan nampak hasilnya iaitu lemak-lemak membeku dan melekat pada mangkuk.
Info: Elakkan penggunaan mangkuk plastik kerana lebih susah untuk hilangkan kesan minyak yang melekat itu.
Cara lain untuk asingkan lemak dengan menyimpan semalaman air rebusan dalam peti sejuk kemudian lemak-lemak putih akan timbul di permukaan. Selepas mengasingkan lemak dari air rebusan boleh terus gunakan untuk memasak sup istimewa anda.