Nak Buat Ikan Goreng Lagi Sedap? Boleh Cuba Ramuan Istimewa Ni

Share

Kebiasaan kita, kalau goreng ikan hanya lumurkan dengan garam dan kunyit saja.

Tapi kalau nak ikan goreng lagi sedap, boleh cuba cara Ummi Hana.

Bahan perapan campuran istimewa bawang, kunyit hidup, garam, cili kisar memang menjadikan menu ikan goreng lagi bertambah sedap!

 

PERAPAN ISTIMEWA IKAN GORENG

BAHAN-BAHAN:

5 ulas bawang merah – beli online di sini


4 ulas bawang putih – beli online di sini
2 inci kunyit hidup – beli online di sini
5 sudu besar cili kisar – beli online di sini
3 sudu besar garam halus – beli online di sini
Belacan sikit (optional)

TONTON Dapur Rasa Live: Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja

TONTON Makan Di Mana Eps 13: Imran Tapau Masakan Padangs On Wheels

CARA-CARA:

1. Tumbuk garam halus, belacan dengan kunyit hidup hingga lumat. Kemudian, tumbuk bawang merah dan bawang putih.

Tak lumat sangat pun tak apa.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

2. Masukkan cili kisar dan gaul sebati. Lepas tu, masukkan dalam bekas bertutup.

Bila nak guna, boleh ambil sikit-sikit.


3. Lumur ikan dan perap kejap. Lepas tu baru goreng.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

* Minyak goreng ikan sedap buat goreng sayur atau buat nasi goreng ikan.

Kredit resipi: Ummi Hana

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN