Muruku dan Deepavali sangatlah sinonim. Sama jugalah dengan hari raya dengan lemang. Senang cakap, kena ada. Tak susah pun nak buat kudapan untuk dimakan di rumah sepanjang Deepavali nanti. Paling penting kudapan yang dibuat sendiri lebih sedap sebab air tangan sendiri.
Kali ni RASA nak kongsi resipi kudapan berupa muruku cheese yang rasanya manis dan berlemak. Sedap sangat tau. Senang pulak tu nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je. Bolehlah cuba. Bukan orang dewasa je suka, kanak-kanak pun suka makan muruku macam ni.
MURUKU CHEESE
BAHAN-BAHAN 175 gram tepung beras pulut (BELI DI SINI) 250 gram krim keju 100 gram gula ising 1 biji telur ayam 60 gram air 1/2 sudu kecil garam (BELI DI SINI) Minyak masak untuk menggoreng
IKLAN
Cara memasak 1. Satukan tepung beras pulut, krim keju dan gula ising. Gaul rata. 2. Kemudian masukkan telur ayam dan air. Perasakan dengan garam. 3. Adun sehingga sebati dan tidak berketul. 4. Masukkan adunan maruku ke dalam acuan dan goreng dalam minyak menggunakan kepanasan sederhana. 5. Angkat muruku setelah ia kelihatan kekuningan.
Resipi Chi Kwa atau snek daging kering ni sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina sewaktu menyambut Tahun Baru Cina. Resipi asal telah di olah supaya menjadi versi yang Halal untuk di makan oleh orang Islam di kongsikan oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan di Facebook. Dalam resipi ni menggunakan daging ayam sahaja. Jom kita cuba resipi ni.
Bahan serbuk ni, kalau malas nak sediakan satu-satu, beli sahaja rempah pra-campuran “chinese 5 spices” di pasar raya.
Campurkan rempah dan bawang putih pada ayam kisar. Gaul sebati.
Letak sos merah, atau kicap masin. Nak letak apa-apa perencah lain pun silakan. Resepi ni saya tak gunakan garam sebab sos dah masin.
OK ni sos merah ramuan rahsia! Padu benda ni!
Bahan-bahan: (dapat 1 cawan sos) 4 sudu besar taucu manis (masin pun OK) 8 sudu besar gula Melaka 2 sudu besar minyak bijan ½ sudu kecil cili boh ½ sudu kecil pes asam jawa 2 sudu kecil tepung jagung
Masukkan madu dan gaul sebati lagi. Dah gaul banyak kali baru terfikir kenapa tak campur semua bahan, barulah gaul.
Peraplah beberapa jam. Semalaman pun boleh.
Lepas dah perap, ambil isi ayam, dan ratakan ke atas kertas minyak. Jangan tebal sangat, jangan nipis sangat.
Lepas tu masukkan dalam oven yang dah dipanaskan. Masak dengam suhu 170-200°C untuk 10-15 minit. Suhu dan masa masak ni sebenarnya ikut saiz dan ketebalan chi-kwa kalian.
Ni dah masak separuh. Keluarkan dan asingkan air dan minyak yang terhasil.
Ini minyak dan air yang terhasil.
Letak sikit sos merah dalam minyak tu. Gaul sebati.
Sapu rata campuran minyak dan sos merah pada chi-kwa. Kemudian masukkan semula dalam oven.
Masak lagi 10 minit. Keluarkan, terbalikkan chi-kwa, sapu lagi minyak sos merah. Masak lagi 10 minit. Ulang masak sampai chick-kwa jadi kering dan berkilat. Renyah sikit prosesnya. Secara tradisi, mereka salai atas bara api.
Chi-kwa ni rasanya kenyal, masin, dan manis, serta sedikit berempah. Boleh makan begitu sahaja sebagai snek, atau dipotong kecil dan tabur atas bubur atau nasi goreng.
Terasa nak makan keropok lekor panas-panas? Boleh cuba buat Keropok lekor viral ni. Guna mi segera dan tak pakai isi ikan pun! Tapi hasilnya memang macam keropok lekor ikan yang beli dekat kedai tu. Kos tak sampai RM8. Jom cuba resipi perkongsian dari Puan Zuraita Mohd Anua ni. Anda pasti kagum dengan rasanya.
KEROPOK LEKOR MI SEGERA VIRAL
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mi segera – perisa asli atau apa-apa perasa pilihan anda
1 biji telur
6 sudu makan tepung ubi kayu
2 sudu makan tepung gandum
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Rebus mi segera hingga kembang. Kemudian toskan.
2. Masukkan mi segera tadi, perasanya, telur dan sedikit garam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati.
3. Seterusnya campurkan tepung ubi dan tepung gandum.
4. Uli seketika sehingga doh tidak melekat di tangan.
5. Bahagikan doh dan uli memanjang.
6. Didihkan air dalam kuali atau periuk kemudian rebus keropok lekor tadi. Tunggu hingga keropok timbul baru diangkat.
7. Potong keropok menjadi potongan kecil.
8. Goreng hingga garing.
9. Angkat dan sedia dinikmati bersama sos pilihan.
Bila tiba Ramadan, murtabak antara hidangan ringan yang digemari ramai. Jika ahli keluarga ramai, boleh tahan juga harganya kalau dibeli. Jadi apa kata, cuba buat sendiri. Mudah je! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MURTABAK MINI AYAM KEJU
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia secukupnya
2 biji telur
Kepingan keju cheddar
Daun sup & daun bawang secukupnya – hiris
Garam secukup rasa
Sedikit tepung gandum – bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam
BAHAN INTI:
Isi ayam @ daging – cincang
Ubi kentang – potong dadu
Lobak merah – potong dadu
1 paket kecil rempah kari daging
3 ulas bawang putih – hiris
1 biji bawang besar – hiris
2 biji bawang besar – potong dadu
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Bagi menyediakan inti, panaskan kuali dan tuang sedikit minyak masak. Tumis bawang yang dihiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis rempah sehingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan isi ayam, kentang dan lobak merah. Masukkan air hingga separas dengan bahan-bahan yang dimasak.
4. Setelah inti hampir kering, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Boleh juga letak serbuk perasa.
5. Masak hingga inti betul-betul kering. Sejukkan.
6. Untuk membuat murtabak, pecahkan telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan inti yang dimasak tadi.
7. Masukkan daun sup dan daun bawang jika suka. Kacau sebati.
8. Ambil kulit popia, letak atas dulang. Letak sekeping keju di tengah-tengahnya.
9. Ambil 3 sudu makan inti yang dicampur dengan telur tadi dan letak di atas keju.
10. Lipat kulit popia denga kemas dan sapu bancuhan tepung gandum pada lipatan terakhir.
11. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Masak murtabak mini hingga masak dan berwarna keemasan.