2. Kemudian, sediakan dua bekas berasingan. Buang biji rambutan. 3. Hiris dua isi rambutan. Atau jika suka, boleh hiris halus tapi jangan terlalu halus pula ye.
4.Gaulkan isi rambutan dengan asam boi dan cili padi. 5. Isikan dalam botol. Dah siap, bolehlah masuk dalam peti ais. Uish, sedapnya makan sejuk-sejuk ni kan.
Dah menonton Rasa Nostalgia Ramadan Musim Kedua, episod kelima di Astro Prima dan Prima HD petang tadi.
Kali ini memaparkan gelagat Datuk Chef Wan bersama artis jemputam penyanyi terkenal Naqiu Boboy atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin bin Mohd Najib. Naqiu tak kering gusi melihat gelagat Chef Wan.
Penyanyi yang makin meletop letop selepas memenangi Juara bersama Gegar Avanza 2019 yang juga bapa kepada lima cahayamata ini terus bersinar kembali dalam industri seni.
Huh, teruja tak tengok Naqiu berkongsi dapur dengan Datuk Chef Wan memasak masakan yang mengimbau nostalgia ramadan Naqiu iaitu Nasi Tomato, Ayam Sambal @ Ayam Masak Merah dan tak ketinggalan kuih tradisional Koleh Kacang.
Banyak juga rahsia dan cerita menarik yang dikorek Chef Wan tadi dari Naqiu.Yang pasti Naqiu cukup berminat dengan ilmu memasak yang diturunkan Chef Wan.
Nak resipi lauk pauk dan kuih yang dimasak tadi, jom catat resipi yang dikongsikan RASA ini, jangan lupa mencuba ya. Selamat Berbuka.
1. NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN :
125ml minyak sapi
1 labu bawang merah besar | dihiris
3 ulas bawang putih | dihiris
15 biji bawang merah kecil | dihiris
2 serai | dititik
2 sudu makan pes tomato
4 sudu makan kismis | dikisar
15 biji badam
3 biji buah pelaga
Halia
Bunga lawang
Bunga cengkih
Tomato dadu
2 kulit kayu manis
2 helai daun pandan
500 ml stok ayam
4 sudu besar susu sejat
3 sudu makan air mawar
2 helai pudina | dicincang kasar
500gm beras basmathi
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan Hiasan:
Bawang Goreng
Kismis
Daun pudina
Daun ketumbar
Daun bawang
Kacang pis
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak sapi 2. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih, dan kulit kayu manis. 3. Kemudian masukkan bawang merah besar, bawang merah kecil, bawang putih, halia, serai, dan buah pelaga. Tumis sehingga naik bau. 4. Masukkan daun pandan, tomato dadu, kismis, badam, pes tomato dan beras. Kacau sehingga sebati. 5. Masukkan daun pudina, stok ayam, susu sejat, garam dan gula. Biarkan nasi sehingga masak.
2. AYAM SAMBAL @ AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam | dipotong 8
1 sudu teh serbuk kunyit
250ml minyak masak
125ml sos tomato
1 labu bawang merah besar | dihiris membulat
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Bahan Kisar:
3 sudu besar cili kisar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Bahan hiasan:
Bijan putih
Daun bawang
Bawang goreng
Daun ketumbar
CARA MEMASAK : 1. Kisarkan bahan kisar. 2. Sapukan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. 3. Panaskan minyak dan goreng ayam. 4. Tinggalkan sedikit minyak. 5. Tumis bahan kisar, masukkan garam dan gula. 6. Masukkan ayam dan sos tomato. 7. Akhir sekali taburkan bahan hiasan.
3. KUIH KOLEH KACANG
BAHAN-BAHAN :
1 cawan santan pekat
1 cawan gula merah
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air
2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang)
Beberapa helai daun pandan disimpul
Secubit garam
CARA MEMASAK : 1. Masak 1 cawan santan dan air sehingga menjadi tahi minyak. Apabila siap, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan dalam 2 sudu besar lebihan minyaknya dalam kuali. 2. Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika. 3. Satukan tepung kacang hijau, santan pekat, garam dan daun pandan dalam satu bekas dan kacau hingga sebati. 4. Masukkan adunan tadi ke dalam kuali yg berisi lebihan minyak kelapa tadi. Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan lebihan minyak tadi. 5. Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN MUSIM KEDUA SEPANJANG RAMADAN INI
Teruskan menonton Rasa Nostalgia Ramadan dengan resipi yang menarik dan menyelerakan dari Datuk Chef Wan bersama artis dan selebriti jemputan yang lain berkongsi masakan yang menjadi nostalgia Ramadan masing-masing.
Esok saksikan resipi dan aksi menarik Datuk Chef Wan dalam Rasa Nostalgia Ramadan bersama dramatis hebat Didie Alias. Sure kecoh.
Rasa Nostalgia Ramadan musim kedua bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, setiap jam 5 petang di Astro Prima di saluran 125 dan Prima HD di 105.
Dah fikir nak masak apa untuk makan malam? Tulang dan daging korban pun masih banyak, jadi boleh kita buat sup tulang.Cukup bahan-bahannya, memberikan aroma yang enak pada sup tulang ni.Cara yang ditunjukkan ini dimasak secara manual bagi yang tidak mempunyai pressure cooker.
1.Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3.Kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
2.Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.Tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi menjadi empuk.
3.Dah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perisa.Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.
4.Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.
Menu apa yang paling simple dan bertambah makan. Bagi yang rindukan ayam goreng kunyit kat kedai tomyamtu,boleh cuba masak sendiri.Gerenti licin sepinggan
AYAM GORENG KUNYIT
Bahan-bahan perap:
Ayam yang telah diperap Garam Kunyit Tepung jagung Cili giling Gaul sehingga sekata. Biar selama sekurang-kurangnya setengah jam
Kacang Panjang Bawang Holland Cili besar
Cara memasak:
1.Panaskan minyak.
2.Masukkan ayam yang telah diperap, goreng hingga warna keemasan.
3.Masukkan kacang panjang, cili dan bawang Holland. Goreng selama 2 hingga 3 minit.
Ayam masak kicap memang lauk tak pernah gagal pikat selera — tapi bila ditambah madu, rasanya terus naik satu level!Gabungan manis, pedas dan berempah...