Di media sosial terdapat banyak resipi-resipi viral yang menarik perhatian kita untuk mencubanya. Semuanya sangat mudah disediakan, sedap dan sesuai disajikan buat keluarga tercinta. Rata-rata resipi yang viral ini adalah resipi harian mudah yang senang untuk kita cari bahannya dan cara memasaknya juga tidak rumit. Khas buat anda, RASA kongsikan bersama anda seleksi resipi-resipi yang pernah viral di FB yang boleh anda cuba. Memang sedap dan dijamin menjadi. Selamat mencuba!
KOLEKSI RESIPI VIRAL YANG POPULAR DI FB
1. TORTILLA TWISTER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Daun salad secukupnya
Tomato – potong dadu
Lobak merah – disagat
Timun – disagat
Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
Tepung gorengan serbaguna
Telur – dipukul
Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.
1 ekor ayam – dipotong, dibersihkan dan direbus hingga empuk. Masa rebus, masukkan kiub pati ayam ke dalam air rebusan. Air rebusan ayam jdisimpan untuk dijadikan sup.
1 sudu makan serbuk kunyit
1/2 sudu makan serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
Sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras | tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur | tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup
BAHAN SANGAI TANPA MINYAK:
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
BAHAN SAMPINGAN LAIN:
Tauhu
Tempe
CARA MEMASAK:
Satukan bahan sangai, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambah sedikit air kemudian kisar hingga halus.
Lumur bahan kisar pada ayam yang telah direbus. Perapkan selama 2-3 jam sebelum dimasak. Lagi enak jika diperap semalaman. Gaul tempe dan tauhu bersama lebihan bahan perapan ayam. Goreng hingga garing. Ketepikan.
Baki bahan perapan ayam dan tempe yang selebihnya jangan dibuang. Gaulkan pula bersama telur dan tepung beras. Tambah sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
Celupkan ayam perap tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya. Renjiskan baki adunan tepung mengoreng ayam ke dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
BAHAN SUP AYAM:
Ads
Baki air rebusan ayam
1 bungkus sup bunjut
1 batang serai | dititik
1 inci halia – dihiris
Daun sup dan daun bawang – dihiris
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan air rebusan ayam diatas dapur dan tambahkan serai, halia serta sup bunjut. Biar hingga mendidih.
Perasakan sup dengan garam kemudian taburkan daun sup serta daun bawang.
Bila nak dihidangkan, tabur bawang goreng jika suka.
BAHAN SAMBAL PENYET
10 tangkai cili padi
10 tangkai cili merah
10 biji bawang merah | belah 4
3 ulas bawang putih | hiris
5 biji tomato | belah 4
5cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu makan gula merah
Sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Dengan minyak yang sama,gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layu.
Tunggu bahan-bahan goreng tadi sejuk sedikit kemudian masukkan ke dalam pengisar kering. Tambah ikan bilis serta belacan. Kisar halus.
Panaskan semula baki minyak menggoreng tadi dan tumis bahan kisar hingga
Perasakan dengan gula merah dan garam secukup rasa.
Perah limau kasturi jika suka.
Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas, ayam goreng serta sup.
Air secukupnya – anggaran air yang biasa digunakan untuk memasak nasi
Kiub pati ayam secukupnya
3 cawan beras – dibersihkan dan ditos
BAHAN SOS NASI AYAM THAI RINGKAS:
Sos cili thai maggi
1 sudu kicap pekat
Sedikit perahan jus limau nipis
Sedikit air jika perlu
Cili merah | dihiris – boleh guna cili padi kalau mahu lebih pedas
CARA MEMASAK:
Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar/akar daun sup dan hirisan halia. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan perasa kiub pati ayam.
2. Setelah mendidih sekali lagi dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam air rebusan ayam. Letakkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa.
4. Untuk menghasilkan sos nasi ayam versi ringkas, masak sos cili thai bersama kicap pekat dan sedikit jus perahan limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili.
5. Hidangkan nasi ayam thai bersama sos tadi. Selamat mencuba!
Ads
Nota: Jumlah bahan-bahan dalam resipi ini boleh diubah suai dan dipadankan dengan selera masing-masing.
Perap dada ayam dengan tepung bestari dan sedikit air.
Kemudian ambil dada ayam tadi dan gaul dengan tepung bestari ( kering). Goreng hingga garing.
TOPPING:
Sos prego – ikut selera nak guna yang mana. Kalau buat sendiri, kisar tomato dengan sedikit air. Masa katas api. Tambah sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau sampai pekat.
Nanas dalam tin
Tomato
Lada benggala merah
Keju mozzarella parut
Chilli flakes
CARA MEMASAK:
1. Setelah ayam goreng diangkat, letakkan topping ikut kreativiti masing-masing.
2. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 5 minit.
2. Unsalted butter dah habis. So Aya beli yang ni. Sebaiknya, beli unsalted butter ye.
3. Tumis bawang putih dengan mentega tadi. (Nota RASA: untuk 1 ulas, anggaran 1 sudu teh lebih kurang.)
4. Tumis sampai macam ni. Jangan sampai hangit pula.
5. Campurkan tumisan bawang putih tadi dengan ( Nota RASA: jumlah emntega bergantung pada roti yang anda guna.)
6. Gaul sampai sekata.
7. Letak sikit parsley flakes. Jangan banyak sangat.
8. Gaul sampai macam ni.
9. Sapu dekat roti.
10. Bakar dalam oven/ pemanggang ajaib hingga garing. ( Nota RASA: Kalau guna ketuhar, suhu antara 160C dan bakar dalam 5 minit atau hingga roti nampak keperangan.)
11. Taraaaa siap! Sedia di hidang untuk si kecil anda!
Muak dengan hidangan yang berlemak dan berkuah, hidangan yang sederhana seperti ayam masak kicap atau ayam goreng kunyit sudah memadai dan membuka selera. Rasa kicap dan lada hitam memberi kelainan yang menyelerakan. Mudah dan ringkas untuk disediakan.
AYAM MASAK KICAP JAWA STYLE
BAHAN-BAHAN:
4 biji/5 bawang merah besar (sederhana besar)
6 ulas bawang putih
1 inci halia
Satu sudu lada hitam (boleh kurangkan)
3 sekawan bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
Sedikit asam jawa
Cili hijau besar (dibelah dua jangan sampai putus)
6 sudu makan kicap
CARA MEMASAK:
Gorengkan ayam garing dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
Kisar halus bawang merah, bawang merah besar, bawang putih, halia dan lada hitam
Guna dalam lima sudu minyak yang digoreng ayam tadi. Masukkan rempah tiga sekawan dan cili hijau besar. Keluarkan cili hijau apabila layu sedikit dan ketepikan.
Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga naik bau dan garing.
Selepas garing masukkan air asam jawa.
Kemudian masukkan kicap. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. (Jika menggunakan kicap manis tidak perlu masukkan gula)
Akhir sekali masukkan ayam dan cili hijau besar kacau sehingga rata.
Cili padi – di ketuk (Tambah lagi alau mahu lebih pedas)
1 labu bawang besar – dihiris halus
Lada merah – dhiris halus
Bunga kobis – dipotong
kacang panjang – dipotong
CARA MEMASAK:
Satukan bahan yang bertanda * dan gaul sehingga sebati.
Panaskan minyak masak dan pastikan minyak jangan terlalu banyak. Gorengkan ayam terlebih dahulu sehingga sedikit garing dan tidak melekat di kuali.
Selepas itu masukkan sayuran yg bertekstur keras. seperti lobak dll.Masukkan bawang merah dan lada.
Kemudian masukkan bunga kobis. dan akhir sekali masukkan kacang panjang.
Perasakan dengan sedikit garam. Kacau sehingga sebati.
Angkat dan toskan minyaknya. Sedia untuk di hidang. Selamat mencuba.
Kredit: nina mahdar
CILANTRO LIME CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
500gm ayam | potong kecil
4 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan empingan cili
2 biji limau nipis | ambil jus sahaja
1 biji tomato | hiris
1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
1/2 cawan daun ketumbar/cilantro | cincang halus
4 ulas bawang putih | titik
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Untuk bahan perapan, masukkan ayam, daun ketumbar, bawang putih, cili benggala, bawang putih, hirisan tomato. Gaul rata.
2. Tambah pula dengan minyak zaitun, jus limau nipis, empingan cili dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan ketepikan.
3. Panaskan ketuhar pada suhu180C.
4. Sementara itu, alas dulang pembakar dengan aluminium foil, kemudian masukkan perapan ayam di atasnya.
5. Taburkan di atasnya dengan sedikit empingan cili .
6. Bakar lebih kurang 15 minit. Angkat dan hidangkan.
AYAM PANGGANG KENTANG BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
500gm isi dada ayam | potong dadu
2 biji kentang | belah empat
1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu
1 biji bawang Holland | potong dadu besar
2 tangkai daun rosmary segar
1 sudu teh serbuk Thyme
1 sudu teh empingan cili
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan yogurt
½ cawan parutan keju
3 sudu minyak zaitun
1/2 biji lemon | jus sahaja
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Campurkan ayam,kentang, bawang Holland, cili benggala merah dan hijau, bawang Holland, daun rosemary, serbuk thyme, serbuk lada hitam, empingan cili, jus lemon, yogurt dan minyak zaitun. Gaul rata.
2. Perap lebih kurang 15 minit dalam peti sejuk.
3. Sementara itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 180C.
4. Keluarkan ayam dan letakkan di atas aluminium foil dan taburkan parutan keju di atasnya.
5. Balut bahan perapan dan kemaskan balutan.
6. Akhir sekali bakar dalam ketuhar lebih kurang 15 minit.
7. Keluarkan dari ketuhar, dan sedia dihidangkan panas-panas.
Dah mula fikir tentang lauk berbuka puasa hari ni? Bagi anda yang menggemari juadah berbuka puasa selera kampung, seleksi resipi yang dikongsi ini antara yang perlu dicuba. Sedap! Pasti membuka selera.
1. KERUTUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam biasa, boleh juga gunakan ayam kampung dan itik.
2. SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Menu yang cepat siap dan mudah memang digemari ramai. Antara menu pilihan termasuklah hidangan berasaskan kicap sememangnya ringkas disediakan dan boleh dipelbagaikan. RASA berkongsi resipi berasaskan kicap yang pastinya menepati cita rasa anda.
1. DAGING GORENG KICAP BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm daging |hiris nipis
30ml kicap manis
10gm sos tiram
8 biji cili padi |ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih|dicincang
3cm halia |dihiris nipis
1 labu bawang besar |potong bulat
1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke atas daging. Goreng garing dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan cili padi, bawang besar, kicap dan sos tiram.
Masukkan daging yang telah digoreng bersama daun bawang, garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.
2. HATI AYAM KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
300gm hati ayam
45ml kicap manis
15 biji cili padi |dikisar
4 ulas bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih|kisar
1 labu bawang besar |potong bulat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur sedikit garam dan lada sulah pada hati ayam. Goreng garing dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bersama bahan-bahan kisar sehingga cili masak.
Masukkan bawang besar, hati ayam yang telah digoreng terlebih dahulu dan kicap. Kacau sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Penggunaan garam boleh dikurangkan memandangkan hati ayam telah diperasa dengan garam ketika proses menggoreng
3. IKAN CELUP TEPUNG KICAP CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
5 ketul isi ikan merah
45ml kicap manis
10 biji cili padi|dikisar
5 ulas bawang merah |kisar
3 ulas bawang putih |kisar
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan. Salut isi ikan dengan tepung jagung kering dan goreng sehingga garing di dalam minyak yang banyak. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga cili menjadi masak.
Masukkan ikan goreng tepung dan kicap manis. Gaul sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Penggunaan ikan merah boleh digantikan dengan menggunakan ikan jenahak atau ikan tenggiri
4. IKAN GORENG KICAP SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung
3 sudu makan kicap manis
10 biji cili padi |dikisar
4 ulas bawang merah|dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai |dikisar
1 labu bawang besar|dipotong bulat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan yang telah siap dikelar-kelar kemudian lumur sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng di dalam minyak yang banyak sehingga garing. Asingkan seketika.
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
Tuangkan kicap dan tambah bawang besar, garam dan lada sulah secukup rasa.
Masukkan ikan goreng dan gaulkan sehingga sebati.
Info Chef: Penggunaan ikan kembung boleh digantikan dengan menggunakan ikan selar.
5. IKAN TONGKOL KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan tongkol
45ml kicap manis
20gm serbuk ketumbar
20gm serbuk jintan manis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 ulas bawang putih|cincang halus
1 labu bawang besar|dibelah empat
1 biji cili merah |dipotong serong
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur ikan tongkol dengan sedikit garam dan digoreng sehingga garing. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kicap. Didihkan seminit.
Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng bersama bawang dan cili merah.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Ikan tongkol amat enak dimakan apabila ia digoreng bersama rempah
6. MACKEREL GORENG BERKICAP
BAHAN-BAHAN:
5 ketul mackerel (dalam tin)
45ml kicap manis
15ml sos cili
1 labu bawang besar |potong bulat
2 biji cili merah |hiris serong
1 biji cili hijau |hiris serong
3cm halia muda|hiris nipis
2 ulas bawang putih |dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng ikan mackerel sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan bawang besar, halia, cili merah dan cili hijau.
Masukkan kicap manis dan sos cili.
Masukkan ikan mackerel goreng dan tambahkan garam dan lada sulah secukupnya.
Info Chef: Pastikan anda mengambil ikan mackerel tanpa kuahnya di dalam tin
7. SOTONG MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
10 ekor sotong |bersihkan
1 batang lobak merah|potong baji
30ml kicap manis
4 ulas bawang putih|cincang
1 labu bawang besar|potong bulat
1 biji cili merah|potong serong
4cm halia muda|dihiris nipis
5gm serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan sotong, lobak merah dan kicap. Didihkan sehingga sotong menjadi lembut.
Tambah bawang besar, cili merah dan serbuk lada hitam.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef:Pastikan sotong dibasuh bersih bagi mengelakkan ia tidak tahan lama
8. TAUHU TELUR BERKICAP
BAHAN-BAHAN:
3 biji tauhu telur
1 batang lobak merah |dihiris nipis
1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
30ml kicap manis
3 ulas bawang putih |dicincang
1 labu bawang besar |dibelah empat
3cm halia muda|dihiris nipis
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Potong tauhu telur menjadi kiub kecil lalu digoreng garing. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Tuangkan kicap kemudian tambahkan lobak merah dan sedikit air.
Tambah daun bawang, garam, lada sulah secukup rasa.
Masukkan tauhu telur goreng dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef:Tauhu telur tidak boleh dimasak terlalu lama bagi mengekalkan tekstur dan bentuknya
9. UDANG KICAP BERHALIA
BAHAN-BAHAN:
4 ekor udang besar
45ml kicap manis
1 labu bawang besar |dipotong bulat
1 biji cili merah |dipotong serong
1 biji cili hijau |dipotong serong
4cm halia muda |dihiris nipis
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng sehingga masak dan susun di dalam pinggan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan halia.
Masukkan cili merah,cili hijau dan kicap.
Tambah garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
Tuang bahan tumisan kicap ke atas udang goreng dan siap untuk dihidangkan.
Info Chef:Pemilihan udang harimau amat sesuai untuk menu ini sebagai pelengkap rasa kicap yang masin dan udang yang enak
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!